22 November 2012

Ohh Simpul Biawak

Assalamualaikum..

Famous biawak ni dikalangan orang kena cramp

Dalam minggu ni dah banyak kali kena simpul biawak / tarik mengkarung / leg cramp. Zila baru tahu namanya simpul biawak dari kawan-kawan office. Selama ni zila panggil cramp je. Tarik mengkarung, bahasa orang utara kot. :) 

Tengah duduk layan blog & twiter sambil tonton cerita "Rooftop Prince"  tiba-tiba kaki cramp. Terus  "Adoii" menjerit kesakitan. Minta tolong suami ira picit jari kaki kuat-kuat. Walaupun sakit boleh lagi ketawa. Tengok jari kaki pun takut sebab nampak jari yang satu tu bengkok. 

Tadi dalam office. Tiba-tiba, jari kaki terus cramp, menjerit sikit tapi tak lah macam menjerit kt rumah. Cramp kali ni lama betul, picit kaki sendiri masih tak jalan juga. Kawan suruh pijak ibu jari guna tumit kaki. Tapi still sakit lagi. Sambung semula buat kerja, jalan pun terdengkot-dengkot, jari kaki still bengkok lagi. Tak boleh jadi ni, minta tolong kawan pula pijak kaki. Pun still tak elok-elok juga. Last2 google search sendiri macam mana nak hilangkan simpul biawak ni. Ooo baru thu cara merawat. Minta minyak angin dekat kawan, buat urutan tradisional sendiri. Alhamdulilah terus lega. Mak ai memang sakit, sakitnya memang tak boleh cakaplah. sampai sekarang pun rasa sakitnya walaupun sekadar suam-suam kuku lah macam tu. bahasa apa yang zila guna ni

Time tengah dibuai mimpi indah, tiba-tiba otot betis kejang, menjerit kesakitan sampai meleleh air mata tahan sakit. Lama juga menahan, betulkan urat-urat kaki ni. Malam tu kesejukkan tapi memang dah pakai gebor sebelum tidur lepas tu hilang. Nampak benor ganas tidurnya disitu. Zila jenis orangnya kalau tidur tak suka pakai kipas kuat-kuat, tapi zila berkongsi dengan ira, so kenalah faham2.. Kalau kt rumah makayah, zila dan adik beradik kalau nak tidur memang guna kelajuan kipas  2 / 1.

Punca  (mengikut kefahaman) :

  • Duduk tempat sejuk / cuaca sejuk sebab tu sakit ni datang time pukul 2-4 pagi gitu  (akhir-akhir ni hujan je)
  • Tak bersenam (rindu nak bersenam)
  • Badan banyak toksik dan angin dalam badan (seorang yg banyak angin dalam badan, asal picit je confirm keluar angin mulut)
  • Peredaran darah yang kurang baik.
  • Kekurangan kalsium.
  • Terlalu banyak fosforus.
  • Kekurangan garam (terutamanya dalam cuaca yang panas)

Rawatan
Minyak Angin Cap Kuda
  • Minta tolong orang tekan tapak kai dan picit-picit.
  • Sapukan minyak panas kt jari dan kaki
  • Picit ibu jari kuat-kuat, kalau tak kuat macam zila, pijak je ibu jari dengan tumit
  • Picit2 pergelangan kaki tu.
  • Tarik semua jari ke atas.
  • Terus bangun, try berjalan rasa sakit lagi tak.

*psst : kaki zila terasa sakit lagi ni, rasa urat tegang lagi. Macam ada 'harapan' nak kena lagi je..Stanby minyak dalam beg. Mesti!!

9 comments:

Mila Ahmad said...

saya selalu kena jugak time tengah syok-syok tidur time tulah kena...

Miss Zahirah said...

owhh.. nmanyer simpul biawak yer..
xtau la plak..
tp slalu je kna..
kdg2 tgh tido pn tetiba kna.. aduhhh sakit..

Kongsi Apa2 Aje said...

salam singgah sini. balas kunjungan anda (^_^)

semoga cepat sembuh yer..

Nur Azila said...

terima kasih kongsi doakan kesembuhan saya.. inshaaAllah.. :)

Ammelia Yusoff said...

masa sekolah dulu2 selalu kena. sekarang takda dah :)

Nur Azila said...

dulu masa PLKN selalu kena, lepas tu dah ok.. sekarang dtg balik..

CekbOlat-bOlat said...

selalu jadi mase waktu tidur tgh malam . kdg mengeliat2 tertarikk .

pehhh azabbb haha

Kongsi Apa2 Aje said...

dah baik lum..bahaya jugak "simpul biawak" tu kan.mintak2 dijauhkan dari admin..amin (^_^)

Nur Azila said...

alhamdulilah dah baik...