29 March 2013

Jatuh Cinta Pandang Pertama

Assalamualaikum..

Minggu ni sangat busy. Semoga sihat tubuh badan untuk melakukan aktiviti seharian. :)

Baru plan nak jogging malam ni tapi orang yang ditunggu tak balik rumah lagi. :(

Pernah tak kauorang mengalami situasi macam zila pernah alami ni? Dulu kauorang tak suka makan lepas tu tiba-tiba je kauorang suka makan. Pernah tak, pernah tak? sila jawab dengan pantas.. :p Tengok tu asyik cerita pasal makanan je kan. T_T

Terung

pakcik google

Serius dulu memang tak makan terung sebab tengok terung tu lembik je kan. Rasa geli je nk makan. Tapi tiba-tiba jadi suka sejak mak zila masak terung goreng sambal / kicap. Dari situ zila jatuh hati pada terung. Makan sekali nak lagi dan lagi. Macam dah jadi favourite terung ni. Kempunan nak makan terung sambal ni. T_T Macam mano ni. 

Tempe

pakcik google

Dulu ayah pernah cakap, "Ai tauhu makan, air soya minum tapi tempe tak makan". Masih segar dalam kepala ni. Tapi masa tu sengih je bila ayah tanya. Macam biasalah yang buat zila suka kt tempe ni, dari mak zila lah juga. Mak buat tempe goreng cecah sambal kicap. Cuba makan, dan nak lagi. Wah, memang 'marvelous'lah. Tapi tengok juga rasa macam mana, lain orang, lain cara masakannya. :)


KUPANG

pakcik google

Dulu zila tak suka makan. Masa kecik-kecik dulu teman mak pergi kedai beli barang dapur, Nampaklah kupang tu bergerak-gerak. Rasa takut nak makan tengok geli je kan. Sejak zila practical barulah nak jinak-jinak makan. Mak angkat masakkan kupang masak sambal. Bukan setakat tempe dan terung je zila jatuh cinta. Kupang pun jatuh cinta juga. Rasanya manis-manis gitu ha. Masa zaman study diploma dulu, baru zila tahu rupa-rupanya kupang tu macam ni rupanya. (ketinggalan zamanlah kau zila) Yelah dah dulu tak makan kupang, so tak ambil tahu pasal kupang ni. dah tahu macam rupanya. hehehe... 

pakcik google

Kt muar banyak kupang belum dikopek ni. Ada jual tepi-tepi jalan je.


TAPI YANG BELUM JATUH CINTA LAGI
mak cakap masa kecik-kecik geli nak pegang
-
-
-
-
-
-
-
-
-
IALAH
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TAPI

TEMPOYAK, GULAI TEMPOYAK MAKAN.. 

HEHEHE
Walau dah jamah sikit tempoyak tapi still durian tak ada tempat dihatiku. :P

Samalah macam ikan keli tu, Tapi sedap kalau ikan keli goreng (mengecek orang makan keli goreng) Memang sedap tapi tak jatuh cinta lagi macam terung, tempe tu.. :D

PSST : Awak semua pernah alami tak situasi macam ni. Mana tahu kita serupa. hehe -__-

16 March 2013

Makan Masakan Gemuk

Assalamualaikum..

Yeah.. cerita pasal makan ni. Memang sah dalam fikiran ni terbayang makanan yang enak-enak belaka. 

"Ya Allah, sedapnya",  "Marvelous", "Laparlah".

 Lagi-lagi kalau tengok gambar, iklan yang boleh menaikkan nafsu makan ni. Waaa nak nangis pun ada.. Confirm tekak ni telan air liur banyak kali, nasib baik pakai tudung, kalau tak pakai nampaklah halkum ku bergerak atas bawah kan.

Aktiviti lepas balik kerja. Kadang-kadang tu mengeteh ngn kawan-kawan. Kalau mengeteh mestilah minum air sambil pekena roti canai cicah kari je kan. Tapi ni bukan kira mengeteh bagai. Habis kalau dah order makanan set, makanan berat. Itu namanya makan malam. huhu >_<

Kalau time picnic. Makan apa-apa pun masuk je. Memang berselara makan ramai-ramai ni. Lagi-lagi lah masakan mak. hehehe... Masakan zila?? Errrr.. tak pro macam mak dan perempuan yang lain-lain. Still learning. Kadang-kadang sampai lupa resepi. Mana tak nya dah belajar satu masakan tapi tak practice. Tu yang jadi lupa. Practice make perfect right?? hehehe :D Kalau ada rumah sendiri, ada dapur confirm punya setiap hari pegang kuali, sudip tu. :p >_<


Mee Rebus Azizah Sdn Bhd. Nyuummy gulp~~~



Ayam dan ikan 


Kalau selalu sangat melantak makan. Ini lah jadinya, ramai kawan tegur.

"Zila, kau makin gemuk ea sekarang", "Zila tembamnya kau", "Zila, tak takut gemuk ke?" "Zila bagi aku sikit daging kau" "Zila bla..bla..bla.....". 

Sampai kelu lidah nak jawab. "Errrrr......." Jawapan selamat

  "Hati senang, Alhamdulilah, maybe tu mok jadi nya"
tak pun
  "maybe kau dah lama tak jumpa aku, sebab tu kau fikir aku gemuks" 

Jawapan yang tak berapa nak selamatkan macam bagus sangatkan.
"Kalau nak gemuk macam haku ni, makanlah banyak-banyak" (pending kejap,boleh ea)

Ni lah gaya budak kelaparaan!! Tak perasan ada org snap. 

psst : InshaAllah akan rajinkan diri untuk update ok.. dah macam chipsmore dah tapi sedap.. :)