30 November 2011

PUISI CINTA ZAHIRIL UNTUK SHERA

Assalamualaikum...

Zila nak kongsikan kt korang tentang pasangan pengantin baru ni,, hero pelakon juvana ni.. sweet kan pasangan ni.. tetebi zila rasa, bilalah zila nak langsungkan hari bahagia ni.. Tapi bestnya zahiril ni, buat puisi lg tau.. jom kite tgk, gambo dyowg.. wow.. sweet giler.. cair zila tgk..

Tapi sebelum tu, kita tgk gambar pra perkahwinan mereka,, shera comey dan cantiklah.. zahiril pun boleh tahan jgk.. Ada salah satu gamabr pra perkahwinan mereka dijadikan kad jemputan. Rasa nak buat cam tu je bila nak kawen,,hehe.. Gatalkn zila..:P Setiap orang ada impian masing2 kan tuk hari bahagia meraka.


Puisi cinta meraka :

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



TEPUNG PLUS SERBUK KUNYIT.. ASYIK~~

Assalamualaikum.. hai, cmne hari ni.. korang sihat x? post kali ni nk tujukan kwan2 zila dak pelanduk flat A..heehe..

Zila tiba-tiba rasa nak update blog pasal "tepung plus serbuk kunyit". Mesti korang tertanya apa benda lah.. Zila buat kuih perasa kunyit ke? Nope, ni bukan buat pasal kuih ke, kek ke or something like that.. Ni pasal zila kena mandi ngn tepung + kunyit.. Mandi? best ke mandi ngn benda tu, tuk apa pula?buat rawatan tradisional ke, nk jd awet muda ke,langsing badan yang bam ni ke solid? Semua bukan,. Oh,bukan2.. Hehe, saja je nak bg hide ke hit ea? mls nak google,huhu.. kt korang.. Jom2 baca dengan penuh minat & tekun k..:P

Dalam bulan 11 jugalah, benda ni terjadi, minggu ke dua bulan 11. Zila tak ingat tarikhnya.. Ok, malam tu zila kai bju hitam,suar hitam, tudung coklat. Time tuk mkan.. Lepas mkan, En Daus ajak lepak kt bawah sinaran lampu jalan, ok kami pun ok je lah.. Tapi miss ain & miss nuyul naik atas umh dulu ada sikit. K tinggal zila, maya, daus, pie, acap, tiqa. Tggu lama jgklah si ain n nuyul ni,. dyowg ni hantar burger atau makan burger ni. Ok, masih menunggu dan menunggu. Yang si cik maya farida & si tiqa. Ajak zila berbual, ok fine, layan kan pertanyaan dyowg. Banyak tanya pula dyowg ni =_='' sampai xterkata zila. Sebab memekirkan jawapan yang sememengnya zila tahu..huhu.. TIBA-TIBA~~

Zupp~~ terus ke pangkal jantung, terkejut..Suprise, zila dimandikan oleh miss Ain yang comey lagi bergaya.. Dengan tepung + serbuk kunyit,tanpa rela.. huhu.. pergh, memang marvellouslah.. rasa cam nak lagi je.. Memang banyk ain taburkan zila. OK, zila dah start mengganas ye kawan2,tibanya masa korang pula dimandikan oleh zila, nyum2~~. Berlari, berkejaran seperti romie & julie. hehe.. Mangsa pertama Ain, mangsa kedua pie.. Haha.. pie,y paling zila kesian sebab dia kena herat ngn zila. Masa tu zila da tak ingat pape tah, masa tu tengah geram. Amik pie, kena mandikan ngn zila pula.. Maya pula, lepas tu daus & nuyul, kena ngn zila. Apa macam sedap x? hehe.. nak tgk gambo yang kami, yang putih melepak ni,, jom scroll bawah..huhu =_=''
Lepas zila kenakan pie, pie bisik kt zila, jom kenakan dyowg pula.. Pie tambahkan lg perisa air butter jagung, mangsanya Ain.. Huhu.. Sedapkan Ain..hehe..


zila, maya. pie & nuyul. Tapi nuyul cam nmpk bersihkan..

Ok, ni zila & pie yang bermandikan ngn tepung2 dan serbuk kunyit.


Ok,zila nak sambung buat keja.. to pie jgn lupa buat keja ea. kwan2 jumpa 12/12 ni k.. Rindu kt korang.. =) Ni adalah kisah persahatan kita.

Kalau dah baca, suka.. jemput2 lah like.. so zila akan tahu bpe orang yang baca entry ni..Anda pun dipersilakan pun komen disini.. Like & komen anda sangt berharga buat zila.. Thank you sebab sudi baca, lain kali dtglah sini lg.. ok. Wk'salam..


GARIS PANDUAN MAKANAN & MINUMAN DARI JAKIM

1. Tujuan

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

2. Sumber Bahan Makanan Dan Minuman

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.

  • Haiwan

    Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;
    • pic_020








      Haiwan Darat

      Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;
      • Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
      • Babi.
      • Anjing.
      • Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
      • Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.
      • Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
      • Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
      • Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
      • Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.
      • Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.
    • pic_020








      Haiwan Air

      Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

      • Tumbuh-tumbuhan

        Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.
      • Minuman

        Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.
      • Bahan Semulajadi

        Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
      • pic_020








        Bahan Kimia

        Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
      • Bahan Tambah

        Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.

      3. Bahan Gunaan Orang Islam

      Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

      • Kosmetik

        • Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.
        • Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.
      • pic_020








        Pakaian dan Peralatan

        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan
        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.
        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan
        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.

TIPS UNTUK JAGA WEBSITE DAN BLOG ANDA SEMUA DARI DI HACKER


Assalamualaikum w.b.t

Sejak-sejak akhir ni zila rajin sikit untuk berblog, taip entry panjang-panjang macam karangan da maklumlah zila skg nga break semester, tapi yang tak bestnya, cuti-cuti dapat assigment. alahai rasa tak seronok sangat cuti kali ni..

Ok, beralih pada topik sebenarnya, zila terjumpa satu post dari Gigahackers dari Cyber 4rmy kt wall friend zila. Zila berminat dengan post dari gigahackers tu dan zila pun berminat nak kongsikan kt kawan2 semua bagaimana cara-cara / tips untuk jaga website, FB,Blog dari digondam atau di hacker k.. Tujuannya untuk sedarkan pembaca semua agar dapat menjaga security blog, facebook, twitter, akaun bank online dan sebagainya.. Memang bahaya peraang siber ni kan dan sekiranya blog @ web peribada korang di hack oleh orang lain, sudah tentu segala maklumat yang ada dalam website tu rosak dan sebagainya. Mesti korang stresskan bila kena di hack. Mungkin tip-tip ni korang da tahu, tapi ada juga yang tak tahu kan. Zila nak kongsikan apa yang zila tahu untuk korang semua.

Di sini, zila nak kongsikan sedikit tips untuk jaga website dan blog korang semua dari di hack :

  1. Pastikan pasword anda sentiasa gunakan kombinasi nombor dan huruf. Cth : gigahacker9876!@#$%^& . Elakkan menggunakan nama diri dari perkataan yang sebenar, nama keluarga-Tujuan nak pastikan pihak hackers tidak dapat meneka pasword yang anda sedang guna. Selaulah up to date korangnya punya password ok.
  2. Pastikan anda tidak menggunakan email yang sama dalam satu masa, Cthnya, akaun FB dan Blog di gunakan bersama dan juga pasword pun diguna bersama2 - Ini nak mengelakkan facebook dan juga blog anda di gondam dan sekaligus membawa masalah kepada anda.
  3. Pastikan anda jangan download apa2 content yang mempunyai virus, sbg contoh keygen. Kerana di dalamnya terdapat keylogger. Keylogger berfungsi sebagai alat untuk merakam apa yang kita taip dlaam komputer kita. Hal ini menyebabkan segala maklumat peribadi anda yang ditaip pada komputer peribadi anda di rakam dan dihantar kepada hanckers2 yang lain..
  4. Pastiakn anda tidak login pada web palsu, cthnya "phishing". Ini menyebabkan anda akan di alihkan ke satu laman web yang sama menyebabkan email & pasword anda di terima oleh hackers, bukannya machine blogger google k. So pastikan anda berhati-hati, Tips kt sini ialah pastikan anda lihat pada address bar betul2 sebelum login sesuatu perkara di laman web. Tahukan address bar kt mne? =)
Ada banyak lagi, Kalau korang nak tahu lebih lagi maklumat ni, korang boleh search kt internet ok..



29 November 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H

Assalamualaikum.. Rasanya zila tak terlambat lagi untuk wish Salam Ma'al Hijrah y ke 1433H..

Ok, korang mesti da ada gambar raya family untuk tahun ni. Tapi zila dan family baru je shoot gambar masa awal muharam y lepas. Terlambat shoot, sbbnya baju zila tak siap lagi.. hehe.. Now, baju tu da da siap pun sebulan lepas.. baru sekarang berkesempatan untuk pakai baju kali kedua untuk buat photo album family raya 2011 ni. Tema baju family raya tahun ni warna biru lembut/ cair. Tahun ni semua perempuan, mak zila buat maxi jubah.. Warna dinding raya warna hijau mcam contoh gambar family zila kt bawah tu.

Ok, mak zila sewa cameraman hehe,, sewa lah sangatkan. Mintak tolong je ngn anak jiran belakang rumah zila. Tapi last-last, camera sendiri yang shoot, pakai timer je. Berapa banyak kali nak shoot lah. Asyik tak jadi je. Nasib badanlah labu sbb jadi model tak bertauliah ni. hehe.. Akhirnya jadi juga, & dapat gambar yang berkenan dihati.

Zila nak kongsikan kt kawan2 gambar family zila shoot raya / awal muharam 1433H ni.. =)

Ni adalah keluarga zila,. cuba tgk muka adik laki zila. suka sangat wt muka mcm tu tau dy.. =)
dinding & langsir warna hijau jgk, raya tahun ni punya. Dah lama tak bertukar lansir & dinding. Tapi sarung kusyen warna gold, p simpan kt robok, pakai time raya je..

TQ.. Jumpa lagi next entry


28 November 2011

Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri..

Petua ini diajarkan oleh Dato Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda,menawan dan berseri..Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja,asalkan kita istiqamah mengamalkannya..

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
~ambil air segelas
~baca al-Fatihah sekali
~Ayatul Qursi sekali
~Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
~Tiup dalam air dan minum..Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga..
{Surah al-waqiah ayat 35 -38}

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri,awet muda luaran dan dalaman,amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

~Baca "Ya Badiyah" 1 x
~Baca "Ya Nur" 1x
~Baca "Ya Hadi" 1 x
~Baca "Ya Allah" 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan,kemudian sapu ke muka kita..Lakukan setiap hari..

Cara 3:
~Amalkan membaca ayat2 seperti berikut :

~Baca ayat ke 35,36,37 dan 38 dari Surah Al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh..
~Selepas baca ayat2 ini,hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut..

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik,muda dan bertenaga luar dan dalam..
Semoga Bermanfaat..
InsyaAllah

27 November 2011

Temuduga Major sem6

Assalamualaikum para blogger, y sudi landing belog zila y nth pape ni..(emo pula kite erk)

Ok post kali ni, zila nak kongsikan kt korang semua tentang temuduga major zila.. nk thu apa tu major? K, zila amik coz grafikkn, grafik ni bnyk cabang.. cthnya multimedia, animasi, advertising, identity corporate, illustration, packaging,landskap dll.. so, setiap pelajar y bakal ke sem6 akan ada interview tuk melayakkan kite ni lebih pd apa.. mcm poli zila just ada advertising & multimedia, identity corporate serta illustration & packaging.. Klu ikutkan zila minat identity corporate, second advertising lastly illustration.. Identity coporate (ID) kena reka logo tuk company, ada undang2.. Advertising & multimedia mcm kena reka iklan dlm paper, tv, radio,billboard, bunting.. Illustartion & packaging pula tentang melukis, mewarna (rendering), packaging..

Lepas raya haji baru2 ni, hari rabu 9/11, zila ada briefing tuk major ni.. nk perkenalkan n citekan tentang ape itu major ID,advertising & illus.. Ape tindakan kiteowg kena buat sebelum pergi interview 14/11 - 15/11.. Kami kena buat :
  1. portfolio (artwork sem1-sem5) p lebihkan ape y kite minat
  2. Reserch company
  3. tiga Proposal (ID, adverb & illus)
Sebelum hari interview, zila kena buat semua mcm kt atas tu, ada tinggal 5 hari je.. reserch & propsal segala bagai.. dan mula proses mengarang karangan..huhu..Kumpulkan semua artwork, shoot gambo, print, n simpan dalm fail putih..Malam terakhir zila buat kedai tengah malam.. nasib badan, heheh.. kedai mana bukak mlm2 kn.. so kwn2 umh print kt zila.. untungnya ada diskaun lg sbb kawan2 kn..sampai xtdo mlm sbb kawan2 nk print..

Now, hari INTERVIEW MAJOR.. pg2 kul8 da g poli.. zila interview ID, mmg kena tggu turn sowg2.. tp sampai no 6 kena interview sekali dua 0rang.. masa tu zila ngn maya.. mula2 da rasa seronok da,dalam hati "yessss" bagai.. tapi bila sampai kt panel interview (lectrr ID), dy kata "saya panggil dua org ni sbb ramai y dtg intervie tuk major ni, jd dugaan awk utk interview dua owg ni besar kit, awk berdua kena fight tuk yakinkan kami, n salah sowg akn sy ambil, n myb sy xambil dua2".. masa tu, terkedu masing2.. walamak.. kena fight kwan sendiri tu.. xleh jd mcm ni.. masa interview mmg fight lah.. p zila fight samapi tercita pasal advertising. mmg kena baslah ngn panel tu.. Keluar dr bilik, rasa mcm confirm xdpt, sbb terang2 cite pasal advrb.. masa tu da berserah je.. zila da buat abs baik da..

Result interview :
Mmg menyedihkan sbb zila xde dlm senarai, kwn zila pun xde jgk.. ada 13 org je.. nak lg 7 owg.. zila da mula give up, tp zila nak ushakan jgk tuk interview adverb pula.. balik umh buat pae y ptt tuk adverb..

Hari kedua interview, zila try interview ID dlu, klu ada rezeki xkemana.. Interview kali ni, zla pun kena fight ngn maya jgk.. zila n maya kena reka logo Hari Wanita.. mulalah cari loyout pad, pemadam & pensil.. mmg zila da blur, & da start give up, xnak interview da.. p maya paksa zila tuk terus jgk, jgn putus asa,, akhir sekali zila pergi jgk bila nama da dipanggil.. ok, masa time tuk fight habis-habisan.. sory ye maya sbb komen logo awk.. hehhe.. Akhirnya result keluar.. Alhamdulilah.. zila lulus interview kali ni, syukur sgt2... just 4 owg je... p maya xdptlah :( p ada 2owg lg lectr nk cari.. p maya pun da give up, dy xnak interview ID, dy nak interview advrb.. akhirnya dy dpt jgk adverb..

Briefing ID, zila da dpt asgmnt da.. nmpknya cuti sem ni xrehatlah zila sbb kena buat research & design journal.. :) Now, zila tgh cuti sem & tgh siapkan asgmnt.. harap2 dptlah settlekan sebelum tarikhnya.. :) pray for me k.. InsyaAllah, i can do it & i will to be confident for new sem / last sem..

Jumpa next entry.. Wk'salam..

BarakaAllah... :)

17 November 2011

Cerita sebulan ni

As'salam.. sorylah da lama kan zila tak meng'update blog ni.. maklumlah sangat busy sejak sebulan ni.. maklumlah tengah final projek tuk smester 5.. final projek for epublishing, motion design, advertising, paper english, corporate.. tapi yang paling tertekan final projek e-publishing. mmg xckup masa, sampai xtido mlm buat.. time ni zila da pindah rumah sewa dari intan 4,cahaya masai.. pindah ke rumah flat kt jalan pelanduk.. sbb apa zila pindah adalah atas kehendak ayah, untuk memudahkan zila pergi n balik kelas ada teman.. Rumah y zila dok skg ni.. Alhamdulilah, best tinggal kt sni.. kwn2 pun best.. thank you to ain, maya, nuyul, daus, pie dah menceriakan hidupku..hahahhhhhaha (ketawa sopan)... terus teranglah korang mmg the best.. :p..

OK.. assigmnt pun da settle.. time raya haji pula.. cuti just bpe ari je.. just 3 hari.. raya haji ni raya kt kg mak kt serom 1, balik kg hari sabtu kul3, p singgah kota jp tuk sembahyag, n ayah potong rambaut. mmgs sengaja gerak dr kota ke kg lambat, sbb kami sekeluarga suka balik kg mase malam, mmg best kn.. sampai kt perhentian sedenak, trun tuk sembhyag magrib.. zila blm kuar keta lg, nak tggu ayah parking keta dlu, bila ayah da kuar, ak belum kuar lg,, ayah zila terus lock keta, terkejut beruk zila,, aduh mcm ni,, mmg panik,mula2 biarlah sekejap je kot, xlemas rasenya.. tapi xboleh tahan, kena msj mak bgthu bukak lock keta, nsb baik mak ada bawk pendua, nak suh ayah msti ayah da g sembhyang.. klu x melayang nyawa.. :)

Ahadnya Pagi2 sembhyang raya,lepas tu paksu zila, buat sembelih lembu niat tuk mak dy. nak wt kt kg dy kt kundang, xde orang kt situ, so buatlah kt kg isterinya(maksu tuk adik mak zila).. malam tu pula buat kenduri. zila kenduri xkai bju kurung pun,kai t-shit je.. sbbnya nanti nak mengemas rewang, basah2. sng nak buat keja, jd xpakailah.. hehe.. klu dlm perancangan malm tu lepas kenduri terus balik kg ayah kt labis segamat, tapi ayah ckp xjadi, balik kg sok pg je.. sbbnya orang tengah berkemas, kite g cm2 je kn..mlm tu zila mkn mmg selera sgt, sbbnya ada udang masak sambal.. favourite tu..:) so plan tuk sok kena bgun pg, mandi,sarapan mmg sedap ada udang lgi ttbe tergigit pp pula..mmg sah t kena mata ikan..:( lepas tu siapkan diri tuk g balik kg ayah pula.. balik kg ayah setengah hari je.. ptg da nak balik kota.. semptlah zila tidur,sempat tgk cite al-hijab.. mmg seram p endingnya xbpe syok..huhu.. makn tengahri pula lauk pucuk ubi,petai.. zila lg la jd hantu mkn, bila nmpk pucuk ubi & petai.. mmg xpandang kiri kanan sampai tergigit pp tuk kali kedua temapt yang sma kena pula :(

Ok, petang tu dalam kul5 dabergerak balik ke kota, ke destinasi asalku. my sweethome.. tp dalam ksesekan jalan raya membuatkan ak jd mabuk tido.. mmg pening.. tapi boleh pula pewot ni memulas, bukan zila je, mak pun sama, so berhenti kt surau tuk.. zila rasa skt pewot ni mesti makn petai bnyk sgt tu y jd cm 2.. pening pun da mula merayap kt pale.. rasa nak muntah2 je.. mual2 jdnya.. nsb baiklah leh tahan.. mmg lama sesak, maklumlah orang balik cuti.. sampai kota kul9.. ayah singgah kedai, mengeteh & mkn sekali, ayah belanja.. menu mee goreng basah tuk 4 owg n my bro mkn nasi goreng.. menu dy paling lambt sampai, orang lain da bas dy bru da dapt mkn.. sampai je umh kul11.. balik umh ak mandi nak ilangkan pening pale ni, p angin kt bdn tetap kuar, angin tu bau petai tau,, tekak still mual2 lg,..

Bagun je tdo, ak terus muntah2.. muntah je mmg lega, tapi xlarat nak mengemas umh,, tapi gagahkn jg mengemas, bila tgk umh sepah benor..t mak balik penat2, tgk umh bersepah.. tekak still rase mual2, bdan still sakit2... ptg tu mak,ayah n adik n zila kuar lg tuk hantar zila balik umh sewa.. sbb sok ada briefing tentang interview.. mlm tu ak tdo je, sampai xsiap lg keja flash page flip tuk e-pub.. mmg xlarat, dengan xmandi terus tdo.. sampai ke pg.. OK JUMPA NEXT POST..