02 November 2012

Ekor Bengkok

Assalamualaikum.. :)

Masih ingat pada cerita saudara aku seekor yang bulu kembang seperti bunga ros yang sentiasa kembang. Aku adalah kawan dia. Nama aku Mike, aku bukan kacukan mat saleh. Nama aku je glamor mengalahkan mat saleh. Aku telah dibela masa kematian Mickel Jackson. Sebab tu nama jadi Mike. Aku seekor kucing jantan lagi gagah perkasa. Aku adalah kucing belaan pertama tuan aku. Ayah cik zila panggil aku MEK, rasa melayu terengganu kt situ pula. Tapi orang lain panggil aku Mike. :)

Psst.. kalau korang perasan, ekor aku ada bengkok sikit. 

Aku masih ingat lagi, masa aku baru nak mengenali ABC  tuan aku. Aku selalu melepaskan hajat aku kt katil anak dara tuan aku. Cik Zila tak tahu pun apa hajat aku baring2, golek2 kt bilik dia awal pagi. Siap dia usap badan aku. Aku rasa lagi lah tak boleh tahan, akhirnya aku melepaskan juga. Bila aku berak je, bau busuk menghangat dalam bilik.  Cik zila terus menjerit "MIKE!! kenapa kau berak kt sini" Dengan pantas kilat cik zila bangun dengan muka bengisnya. Aku dengan muka innocent nya cepat-cepat lari menyelamatkan diri. Aku memang dari malam tadi tahan, sebab selama ni aku ingat toilet kt tilam cik zila. Aku siap kais-kais tilam tu macam tanah, lepas tu terus buang. Memang selalu buang besar dan kecil kt situ.  Lepas tu ayah cik zila letak lidi kt tanah, barulah aku pandai membuang dengan tempat yang betul.

Ekor aku memang bengkok dari kecil macam tu. Bukan si Kembang je ada bulu yang kembang tau, Aku pun tak nak kalah juga. Dulu masa aku baby, dyorang kata aku macam garfield. Mungkin bulu aku macam tu. Ayah cik zila selalu bersihkan muka,telinga dan mata aku. Masa kecil mata aku bulat. Bila dah dewasa ni je mata aku jadi ala-ala "korea" gitu. Mata aku berwarna ala-ala kuning gitu.

Ha aku nak jawab soalan entry dulu. Kenapa aku tak takut pada penyapu lidi. Mungkin masa kecil aku selalu diagah-agah macam tu. Dan aku tahu itu taktik tuan aku. So aku rasa tak takut, tak gentar dengan penyapu lidi tu (ynag ni cik zila tolong jawabkan)

Aku kalau lapar ke, aku akan gesel manja dengan tuan-tuan aku. Yang aku dah tersangat lapar. Aku bila dah merayap cari awek baru aku ingat balik rumah. Balik rumah nak makan je.. hehe.

Aku masih ingat lagi, masa aku sakit. Aku makan pun tak selera, luka-luka, senyap je, tak aktif , badan pun semakin susut. . Tuan-tuan aku dah mula risau sebab aku jadi pendiam terus. Aku rasa terharu. Cik zila siap tanya aku "Mike, kenapa tak makan, sakit ke?" Sambil menelek muka aku, tengok luka kt badan, muka. Ayah cik zila sapu minyak gamat kt badan aku. Selain itu aku dibagi air kelapa. (terasa seperti manusia pula) Alhamdulilah, aku sihat semula selama seminggu aku sakit.

Semoga aku akan sentiasa sihat, InsyaAllah.. :)

*Macam mana perasaan korang, bila kucing yang dah bela lama tiada, Zila harap Mike dan Kembang sihat selalu. Amin.

12 comments:

Fendy said...

kucingku telah mati...sob3...teringat kenangan lama...

Nur Azila said...

Fendy : Tak ada rezeki nak bela dia sampai hari tua. setiap yang hidup pasti mati.

Kenapa kucing mati?

Khalilah MNor said...

dr kecik mmg sy pun suka kucing. berekor2 dh kami bela smpai cucu cicit dr kucing asal ... last sekali bela kucing kesayangan 7tahun lepas. Kucing paling syg- mitto' hilang buat kali ke 3 terus tak jumpa2... Rindu sgt. huhuhu dah tak bela dah. Semua tak snggup rase sedih lg.

Nur Azila said...

bila kita kehilangan sesuatu yang kita syg, mesti kita rasa sedih kan.. dan kita tak sanggup rasa sedih lg bila kejadian tu..

lama jgk bela ea. zila baru 3,4 thun mcm tu lah.. :)

mcm mana mitto tiba-tiba muncul depan rumah?

Halimatun Sa'adiah said...

pkai miow wat entry ek..

Nur Azila said...

just perkongsian utk rakan2..

CekbOlat-bOlat said...

hahaa . kucing blogging ! raree kucinggg punya ekor bengkok

Nur Azila said...

kucing ni memang pandai menaip.. :D

Miss Zahirah said...

ehh.. sma la.. kucing kta pn ekornye
bengkok ngn pndek..
sian dia x ble nk kibas2 ekor.. hihihi

nur azila said...

hihihi..kan.. boleh kibas tapi tak selentik mcm kucing yang ekor tak bengkok..

Yousof said...

Boleh tahan segak si Mek ni kan ;D

Ekor bengkok tu unik, Mek patut rasa bangga ok! hihi

Apa motif "letak lidi kt tanah" tu Zila?

Saje nak bagitau, kucing dekat rumah baru 2, 3 hari beranak. tak pasti berapa berapa ekor anak² comel dia dapat ;)

Nur Azila said...

Motifnya :
kata orang tua, kalau nak ajar kucing buang air ke besar. kita ukur ekor dia guna lidi. berapa panjang ekornya.. lepas tu lidi pacakkan dekat tanah kt tempat mana yang kita nak dia buang..

wah. dh dpt anak kan.. sy tak tahulah bila kembang nk ada ank.. sbb dia kecik lg..