30 January 2013

Bas Degil Harung Air Banjir

Assalamualaikum..

Dari 18/1/2013, seminggu seterusnya.

Hujan tak henti-henti turun. Dari siang hingga ke malam dan bawa sampai keesokkan harinya. Jangan banjir sudahlah. Elakkan tak balik kota je, isnin bolehlah bagi alasan banjir tak boleh lalu.. hehehe...

Malam tu dengan akal bijak adik zila. Tengah tidur, boleh pula dia hala kipas kt depan muka dia.Tup-tup keesokkan bangun je pagi-pagi, dada mula sesak. Sahlah semput. Risau tengok. Ayah bawa pergi klinik masukkan gas, barulah elok sikit. Bolehlah bergurau-gurau dengan dia. hehe. Dapat main gusti-gusti ngn dia.. hahahaha

Dapat khabar berita, Batu 18 dah naik air. Kenderaan berat je yang boleh lalu. Air dah paras peha "KATANYA". Tapi kalau kenderaan ringan, bawa orang ramai, jadilah kenderaan berat sebab bawa mak cik (zila) semangat ni dalam kereta. hahaha..

Balik tu hantar zila lalu jalan Bukit Payung --> tembus Tenggaroh 2. Jauh tak jauhlah. Habis jalan dekat dah tak boleh lalu..

Banjir di Batu 18
Sepanjang perjalanan Jalan Jemaluang Mersing - Kota Tinggi


Akibat banjir ni.. mula-mula jalan Batu 18 je tak boleh lalu. Last-last, jalan Bukit Payung, tak boleh lalu.

Kesian family sebab terkurung kt sana selama berapa hari. Dengan bekalan makanan tak ada. Cuma beras je yg banyak. Hari tu mak belanja barang dapur sikit je. Mujur ada kebun kt belakang rumah, walaupun tak banyak. Alhamdulilah, kt sana dapat bekalan makanan banjir. Walaupun cuma biskut banjir, bersyukur sangat.


Bas yang degil, kan dah masuk side jalan - Jlan Bukit Payung

23 January 2013

Bila Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua..




Bila maulud:

  • Berselawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W
  • Berarak keliling kampung, pakai sedondon bersama orang kampung atau kawan-kawan sekolah sambil bawa banner/sepanduk.
  • Nasyid bersama-sama kumpulan nasyid masa sekolah rendah, menengah dan agama 
  • Khatam Al-Quran sama-sama dengan kawan sepermainan.
  • Makan dalam satu dulang
  • Dengar ceramah dari penceramah yang best. Tak kering gusi.
  • Dan lain-lain............................................................................... :)





Dirimu ku sanjung
Sepanjang masa
Engkaulah Muhammad
Nabi junjungan

Indahnya akhlakmu
Tidak tergambar
Engkaulah Muhammad
Nabi terakhir

Jasamu ku kenang
Sunnahmu ku amal
Walau ku tak pernah
Menatap wajahmu

Sakaratul maut
Menimpa dirimu
Namun kau bersabar
Untuk hadapinya

Pelbagai cabaran yang menimpa dirimu
Namun engkau sabar untuk menempuhnya
Engkau diseksa,dianiaya,disingkir dan dipulaukan
Engkau mencari perlindungan
Untuk pengikutmu yang ramai
Betapa sucinya hatimu Muhammad
Engkaulah nabi
Engkaulah rasul

Ya Muhammad Ya Rasulullah
Ya Muhammad Ya Raisi Ummah
Engkaulah nabi yang terakhir
Engkaulah pesuruh Allah

Ya Muhammad Ya Habibullah
Ya Muhammad Ya Raisi Ummah
Engkaulah rasul yang terakhir
Engkaulah kekasih Allah

<<copypaste>>

Dengan dukacitanya, saya nak maklumkan.. Saya tak dapat cuti sempena maulud ni. Sedih.. walaupun Johor ambil cuti maulud...

psst : Jom selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W banyak-banyak.. =)

15 January 2013

Babies "Kembang"

Assalamualaikum..

"Saya selamat melahirkan anak.. Alhamdulilah, dapat kembar 4.. "

Masih ingat Kembang tak kauorang? Kembang dah dapat anak. hehe.. serius, happy gilalah. Alhamdulilah dan rasa terlalu teruja sebab inilah kali pertama zila akhirnya ada anak buah dan makayah dapat cucu baru. hehehe..  

Jumaat ~ Mak ada cakap, dah lama tak nampak Kembang, dah seminggu tak balik rumah. Selalunya kalau lapar ke, dia akan balik rumah. Kami sekeluarga cerita pasal kucing-kucing kt luar rumah tu, Ayah cakap adik beradik Kembang dah beranak, 

Keesokkannya (Sabtu)~  Kembang balik rumah juga, bagi dia makan, tengok dia makan berselera betullah, Lapar benor tu..Makan lauk ikan masak sambal (ayah masak) sedap sangat tak pandang kiri kanan. 



Malam Ahad ~ Kalau time malam, ayah memang tak bagi Mike / Kembang masuk rumah. Sebab bimbang bila orang semua tidur, takut dia membeseh dan berak merata-rata. Cuma siang je lah diaorang boleh 'lepaking' dalam rumah tu.. Malam tu, Kembang asyik mengiau je. Bila ayah bagi makan, dia tak nak makan pula, Kucing lain pula yang makan, Tapi still lagi mengiau. Zila bagi dia masuk rumah kejap, bagi dia makan. Tapi tetap tak makan juga, buat tak endah je makanan depan mata tu. Tapi asyik nak pergi bilik je. 

Zila tengok perut dia, kenapa lain macam je besarnya. Tengok dari belakang, nampaklah sisi kiri kanan perut dia, macam bunting. 

Zila : Mak kenapa perut Kembang besar je, bunting ke??
Adik : (Adik pergi usap perut Kembang, dia rasa macam ada kepala) A ah lah mak, dia bunting.
Mak : (Rasa juga mendapatkan kepastian) A ahlah, baru perasan. Agak kau bunting Kembang (bermonolog dgn kucing)

Mana tak perasannya, perut Kembang memang besar, Bila dia bunting, sorang pun tak tahu.. tup-tup je dah bunting. 

Ahad ~ Pagi-pagi ayah dengar anak kucing mengiau, ayah pergi jengah. Rupa-rupanya anak Kembang. Baru semalam, tengok perut dia. Sekarang dah kempis. Mak kata tiga ekor je hidup, yang lagi seekor dah mati. 

Meow~~~~nak susu ibu
Hitam/Putih : Tomi 
Kuning/Putih : Jery
Kuning : Miki 
Hitam : Tak sempat beri nama dah mati.

(nama pemberian oleh mak daku)

Tapi tak nampak pun ekor macam Kembang, mungkin kecik lagi kot. Tu yang tak nampak lagi tu. Semua kucing ini jantan, tak ada betina pun..

Perbualan kami : 
Mak :  patutlah malam semalam dia tak nak makan, mungkin masa tu dah bukak berapa cm.. hahaha
Zila : (terdiam) ye kot, hahaha..Anak siapa lah ni? Ada macam Ramadhan (kucing jiran), ada macam Mike juga. 
Mak : Dua-dua tak along. hahaha
Zila : Hahaha, ada pula macam tu. Tak kanlah macam tu. Satu benih je lah mak. 

Hahaha.. mak buat loya buruk pula.. 

"Ibu sayang kamu semua nak" Kembang berkata

Nanti ada potong jambul jangan lupa datang. hahahaha