27 December 2011

Jumpa Pengacara TV/Radio

Assalamualaikum..

Ehem3.. wow.. zila update blog pagi lah..haha.. zila pagi ni sampai tengahari tak ada kelas tapi ptg zila ada kelas Entrepreneurship For Design.. =( begitu malas kan.. da 3 hari cuti bila naik kelas, aduh rasa malasnya.. Cakap pasal Entreneurship For Design. entry zila kali ni ada kena mengenalah ngn subjek baru zila ni.. tapi still tak lari lagi ngn tajuk sebenarnya..huhu

Korang ingat tak entry zila "Semester baru & Politeknik Baru" tu, zila ada cakapkan minggu tu adalah minggu busy dan bnyk berlaku perkara menarik, zila pun da janji ngn korangkan nak update pasal minggu tu kan.. Now, zila update skg..Tapi kalau siapa y belum baca entry zila hari tu, boleh klik sini.

Hari Sabtu, 17/12/2012.. Pagi sampai petang zila ada kursus keusahawanan untuk subjek zila tu. Petang pula ada perasmian PolyBoutique.. Petang tu, ada pengacara TV dan Juru Hebah Radio. Cuba teka sape y zila jumpa, salam dan bergambar?
-
-
-
zila berjumpa ngn juru hebah radio suria f.m yang kendalaikan Segmen Suria Drive 4 ptg - 8 mlm dan Ex-Pengacara Sehati Berdansa.. dapat tangkap tak? Miss L.O.. haha terang2 zila bg hint kt korang.
-
-
-
Miss Linda Onn kita.. ahaha.. Linda Onn datang sbb dia jadi Duta Polyboutique kt Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) (tempat zila study). Dia pun jadi jemputan vvip usahawan contoh.. Ok lah zila tak nak cakap banyak.. jom cuci mata kt bwah ni..

Dari kiri Usahawan 1,L.O,Pengarah PIS, VVIP,orang kuat PIS,Pengasas Polyboutique (exstudent PIS)

Perasmian

Ai. linda... ukur baju nak buat dress kawin ke?huhu ^-^

Bergambar ngn bagunan Polyboutique

Gambar2 ni sumber dari website Politeknik Ibrahim Sultan, nak thu lebih lanjut baca kt sini ye syg2 ku.. Gambar zila ngn kawan2 bersama L.O ada tapi zila malas nak amik dan cucuk External Hard disk..

Sebelum tu, jom singgah jap..

Yang tension2 ,Nak restkan badan, minda tak.. Jom singgah sini kejap
-
Yang minat dalam fotografi dan video baca ni.. ada hadiah yg menunggu korang..

Terima Kasih semua

23 December 2011

Berat Badan Ideal Anda

Assalamualaikum..

Hai, semua.. apa khabar sihat tak hari ni? Hope korang semua sihat belaka.. InsyaAllah.. Jangan lupa jaga kesihatan korang, makan ikut diet seimbang yang betul. Jangan main sumbat je.. Nanti tiba-tiba check berat badan naik.. Selain tu, jangan lupa buat aktiviti beriadah, seminggu sekali pun xpe, tahu korang masing2 buzy kn.. zila pun busy jgk.. hihi.. Kalau tak dapat nk beriadah tu, ringan-ringan kan lah tangan dan badan korang tu tuk kemas rumah korang.. confirm kuar peluh tau.. Zila pun baru je selesai mengemas rumah sewa ni.. Huhu..

Huhu, sebelum tu nak tanya korang.. korang pernah tak timbang berat bdan, ukur tinggian dan keseluruhan berat jisim badan korang? Zila da lama tak check jisim bdn zila.. Alhamdulilah td zila baru check, berat bdan zila unggul..sharp2 51kg..Zila kena stabilkan berat bdn zila, jangan kurang dan lebih.. huhu..

Jom kita check sama-sama, jangan malu2, jgn segan, confirm korang excited nak check, macam zila, terlalu excited...huhu :

1. Sekarang klik "Kalkulator Berat Jisim Badan" tau.. tggu sampai dy loading..
2. Lepas tu nanti korang akan jumpa macam gambar kt bawah ni. Nampak tak, nampak tak?


3. Fill kan apa yg patut.. tapi, kena ingat tinggi, berat bdan korang tau.. jangan salah tekan jantina pula..huhuhu :p
4. Klik button "Keputusan" dan automatik terus kuar mcm gambar yg comel lote ni..
Ni tuk gurl tau.. kalau laki gambar laki lah..huhu..

Tadaaa~~ ni contohnya..huhu ^^..comelkan kartoon tu...=)

OK.. Selamat mencuba kawan-kawan..

Terima Kasih Daun Keladi =)

21 December 2011

Semester baru dan Politeknik baru..

Assalamualaikum....

Hai, da lama zila tak update blog kan. Sebabnya minggu lepas berlaku banyak peristiwa yang menarik dan busy sedikit, tempat zila belajar da tukar nama daripada Politeknik Johor Bahru ke Politeknik Ibrahim Sultan.. Hari selasa - Ahad 13-18/12/2011, tarikh yg busy buat zila..huhu.. hari selasa pergi daftar untuk sem last, Rabu pula pergi poli kemas kan studio major sem 6, hari Khamis pula perasmian pengistiharan Politeknik Ibrahim Sultan. Jumaat, zila ada kelas major pula, Sabtu ada kursus keusahawan dan perasmian PolyBoutique, Ahad pula pergi hang Out ngn kawan zila... Tapi, sedihnya teramat sangat sbb nya adapter zila problm pula pada hari2 tu.. So xdpt nak settlekan asgmnt yg terbengkalai dan update.

Opss.... zila dah berleter terlalu panjang pula kan.. dah lari tajuk da.. 15/12/2011 hari Khamis adalah hari yang bersejarah untuk poli zila sebabnya poli zila da bertukar nama ke Politeknik Ibrahim Sultan. Yes, sangat suka. Naik sem baru, nama pun baru jugak. Poli zila naik semester Dis 2011 paling awal daripada Politeknik yang lain. Zila tak dapat nk cuti lebih macam student poli lain. sedihkan.. but i'm happy.. :) . Zila bangun2 pagi, xsabar nak tgk Sultan Johor, nama pun Poli Ibrahim Sultan.. of course lah Sultan pun dtg.. Bukan sultan je dtg, anak Sultan pun dtg, tapi bukan Tengku Mahkota Johor. Tengku Mahkota Johor pergi umrah.. credit info dari ex pengarah poli zila yang baru je bertukar jawatan ke bahagian pembelajran. First time berbual2 ngn pengarah tau.. kira teruja sikit, walaupun dia ex pengarah poli zila. Zila pergi ngn kawan2. Tapi pie dan daus dtg p balik umh semula, sbbnya xde pape.. last2 sendiri menyesal.. rugilah korang..hahahaha.. padan muka mereka kan.. good.. lagi pie, ingtkan wt asgmnt balik tu, p hampeh.. tido jek...

Hahaha.. sangat kelakar pun ada, sbb nya zila dan sudent2 lain berebut2 tuk salam ngn Sultan Johor. Selain sultan, Menteri Besar Johor pun dtg sekali. Zila dapat salam ngn dua2 orang penting dalam Johor. Masing-masing nak shoot gambar2. Termasuklah zila tapi xbestnya xdpt nk amik gambar bersama2 ngn Sultan dan MB. :( . Terlalu ramai yang keremun dan berebut.

Ni kereta Sultan naik..huhu....:)

Motorsikal diraja

Ni pula kereta diraja Polis Johor

Ni bagunan baru Pusat Teknologi Politeknik Ibrahim Sultan yang bakal akan dibuat.

Sultan Ibrahim sedang beramah mesra dengan warga Politeknik Ibrahim Sultan. Seorang yang peramah, mesra rakyat :)

Ni Menteri Besar Johor :)

Info

Ngn motorsikal berkuasa tinggi milik Polis Diraja Johor, yang bawak nya semua exscort perempuan.. k abaikan ejaan zila tu..huhu

Ni ngn berposing ngn kereta pula :p

Ni bersama2 kawan zila.. dari kiri saudari2 nuyul, Ain, zila sendiri dan Maya.. Diorang ni pun blogger jgk tau.. k, nak promote.huhuh :p

Ok. zila da lewat sgt da ni tdo.. zila nak tdo dlu.. k, t jumpa next enry pula ea.. k wk'salam...

13 December 2011

Jom timbang berat blog korang!! huhu


Assalamualaikum..

Korang pernah tak check berat blog korang?.. thu tak macam mana nak thu berat blog korang tu? pnh tak tahu berapa berat? berapa saiz blog? berapa Load Time blog? berapa Average Speed korang?. Mungkin ada certain blogger y tahu kn.. Masa zila nga blogwalking, zila terjumpa satu entry dr sorang blogger ni. Kalau time korang bukak blog korang atau pun blog blogger lain.. pernah tak masa bukak tu, lambat betul nak loading habis kan..Nak tahu, Jom baca sekarang..hoho..

1) Meh sni Klik "iwebtool"
2) Lepas tu, korang nmpak tak "Frequently Used Tools"
3) Than, korang cari ni "Website Speed Test", dan klik.
4) Taipkan website blog korang kt kotak kosong tu, contohnya - zilaviolet.blogspot.com -
5) Lepas tu Kliklah "Check!!" hoho...

Macam mana skg result berat blog korang.. huhu...

Ni berat blog zila...=)

11 December 2011

Impianku..

As'salamualaikum blogger...

Zila baru je balik dari kenduri kawen umh jiran zila.. jiran 6 buah umah.. balik2 je.. trus basuh baju, nsb baik auto.. sambil2 basuh baju, buat asgmnt yg masih menggunung ni.. tinggal 1 hari je nak start sem baru.. last sem.. sem ni zila da jd senior sem6.. hahaha... cerita pasal sem6, insyaAllah xlama lagi zila nk grad kan.. xsabar rasanya nk pegang segulung diploma Graphic Design & pakai baju konvo.. & zila pun xsabar nk tempuh alam perkerjaan.. tapi xleh keja lama2 sgt, nanti nak sambung belajar ke peringkat seterusnya, da liat jdinya.. InsyaALLAH.. ada rezeki, dapatlah zila sambung belajar kan..

Impian zila lepas je habis diploma bila da pgg segulung diploma.. bulan 4/2012 ni zila habislah.. doakan utk zila ea.. sem 6 ni hard skit asgmntnya..Zila da pasang impian awl da.. huhu..

Impian :

1) Nak sambung degree - habis je dip, zila terus apply UPU, harap rezeki tuk zila sambung kt U, tercapailah..

2) Kerja - Sebelum tunggu mana2 panggilan U, zila nak cari pengalaman berkerja, kalau boleh zila nak keja luar dr koa tinggi ni.. Tapi masalahnya makayah zila susah benor nak lepaskan anak dara dyowg ni g jauh.. zila cuma nak berdikari di negeri owg, daerah orang.. nak jugak mengembangkan kepala otak ni, mesti zila jakunkan..hahaha.. mcm rusa masuk bandar.


3) Kumpul duit - zila nak kumpul duit tul beli laptop baru, kumpul duit selama bpe bulan hasil wi kerja. Laptop skg ni nak letak kt umh je, bg makayah, adik pakai.. Kalau xdpt pun. pakai yang skg pun boleh jgk..


Buat masa ni, ni lah je impian zila y ada lepas abs diploma n sambil tunggu mana2 panggilan sambung belajar.... Mohon doa dari kalian semua.. InsyaAllah.. xlama lagi result PMR nak kuarkan.. gud luck adik2.. =)

09 December 2011

Blogger where are u?

Assalamualaikum...

Entry utk kali ni.. adalah entry luahan hati zila.. harap korang pun sudi mendengar, kalalu tak dapat mendengar.. sudi baca pun da ckup bg zila.. Korang-korang pernah kehilangan kawan tak? Tapi kawan-kawan yang zila maksudkan ni.. kawan2 zila kt senarai follower zila.. emmm sedih teramat sedihnya.. bila bukak blog, tgk rakan da bertambah 70 orang.. Alhamdulilah, syukur sgt bila ada blogger sudi follow, dan jengah teratak simple rose tu. hanya itu yang mampu zila buat, walaupun zila ni student grafik last semester, tp simple je kan.. bukan ape, cuma xmenyempatnya nk perbaharuinya..

Ok lah, dah lari tajuk pula kan.. jom dengar zila bercerita ceria sebenar ikut tajuk k atas u ye kawan2.. macam ni.. pg td 8/12 zila bukak blog, follower zila dah 70 orang.. tapi, bila zila refresh semula.. ttbe jd 17 orang je.. Masa tu da terkeju beruk da, bila tgk follower tinggal tu je, mana pergi y lain.. Nak sedapkan hati, mungkin sementara je kot, atau pun line xkuat sbb tu jd mcm tu.. so tak hiraukan sampai ke malam.. TAPI....

Bila tgk malam pula, jumlah follower tetap sama jgk, membuatkan zila semakin terkejut beruk jadinya.. terus sedih.. bersoal pada diri sndiri,, napa ni jadi mcm ni.. mana kawan2 ku semua.. pulangkanlah kawan2 ku semula... Terus terlintas nak kongsikan ngn blogger, ok.. buat post kt group.. akhirnya dpt jawapan dari group yg ramah tamah orangnya group Kelab Blogger, Ex-Tream Blogger dan lain2 nya... komen2 dr blogger sgt memberangsangkan jiwa, hati dan fikiran n supaya lebih yakin.. yang ni hanya sementara je.. Harap2 dapatlah pulangkan rakan2 zila semula yep.. pada sape y da follow zila ptg dan malam ni.. sory zila xdpt nk follow skg. sbb follower zila yang terbaru xdp nk tgk skg.. cuba korang tinggalakn url je lah ea kt shoutmix atau pun komen, pasti zila akan balas semula... Sayang korang..zila kan dapatkan korang semula k..=)

Teratak simple rose yang ceria mekar menjadi suram je.. bila kehilangan rakan2 nya.. "kembalikan rakan2 ku semual.. pllezzzz"....

ni adalah muka geram, sedih, & macam orang xbetul bila berlaku mcm tu.. sila jgn ketawa, tapi abaikan je..haaha.. sbb ni adalah pertama kali berlaku dlm blog zila... muka kan kembali senyum bila ada perubahan tuk hari keesokan dan seterusnya.. Amin..

04 December 2011

memory PLKN

Assalamualaikum, hai blogger..

Sape kt sni pernah pergi PLKN? Macam mana perasaan korang bila korang terpipih sebagai pelatih PLKN? suka atau xsuka? Zila suka sgt sbb terpilih pergi PLKN.. mmg zila nantikan semua ni.. klu xdpt, myb zila akan kecewa.. Zila suka pergi sbb zila ni suka aktiviti lasak.. mmg hobby zila. tapi sejak sambung pelajar kt poli ni, zila xberapa nak aktif sgt sbbnya zila amik grafik so bnyk sgt kerja, n nk join pape kt poli, mmg xkesampaian lah..


Ok, cerita ni da lama da 3 thun lepas da. tapi zila lambat nk post kt korang, sbb zila terlalu bz sgt. Zila PLKN dpt kn PLKN PTH Padang Hijau, Kahang, Kluang , Johor. Zila dapat panggilan pertama siri ke 6/2009. Memang untung zila, sbb zila dpt kt kwasan johor je.. so snglah makayah nak lawat..heheh...Hari pertama zila mmg xkenal sape2 lg. so mcm orang asing da kt situ.. zila dpt company charlie.warna kuning. Bilik C13.. zila hari pertama da dpt kawan da.. kawan yang zila mula2 kenal namanya Hani.. mmg rapat sgt. G makn ngn dy, .. pastu barulah merebak kawan..

Ni best fren zila masa PLKN.. ni lah hani nya..
Ni pun kami jgk, pakai baju celoreng =)

kt sane pelbagai aktiviti kiteorang buat.. Kebanyakan aktiviti yang lasak.. selain tu ada kelas jgk.. Ada 4 company charlie, delta. alfa, bravo. Kem zila ni selesa sgt.. Jom terjah gambo zila masa kt kem..=)
Ni zila bersama kawan2, minah kuning.. semangat kuning.. hehehe.. masa ni semua dak bilik kai baju kuning..
Ni gambar lepas sarapan.. wee~ sgt comel kami.. =) Ni lah dak bilik zila. Gambar bawah u, zila ngn warden bilik zila atau pun jurulatih charlie.. Vouge kan..huhu

Gambar ni zila ngn Bilik 14.. Charlie jgk.. =)

Zila with Fairuz (Five)

Ni masa ada ape nth, zila lupalah..(sambil garu kepala)

Jom kongsi ngn zila, jom.. semoga korang tersenyum bila baca apabila teringat memory korang masa PLKN.. y adik2 lepasan SPM, korang klu dpt ni, jgn give up k.. Bila korang g sana t, korang akan rasa seronok.. Xrugi tau.. ramai kawan2.. mkn pun sedap.. mkn 8 kali sehari.. masa ni berat bdan zila mmg naek.. hehehe..

01 December 2011

Teruja Kahwin

Assalamualaikum..apa khabar kawan2? sihat x? =)

Entry zila kali ni mesti korang terfikir.. kawen? yes, betul kawen.. zila ada kawan yang sebaya dengan zila, dia sahabat yang kedua sudah menjadi isteri orang telah mendirikan rimah tangga bulan 5 hari tu. Hehe,, sorylah.. busy sgt, baru nak upload kan. Tengah cuti sem skg, tu yang bersemangat nak update. Padahal asgmnt bnyk dapat ni.. =)

Ok,beralih tajuk yang asal. Korang pernah tak hadiriperkahwinan sahabat korang? mesti ada kan.. Zila da rasa pengalaman yang pertama tu.. Bila zila tgk dia kawen, zila pula yang jadi teruja bagai, & zila pula happy, berdebar bila majlis akad dia hari tu. Namanya Syafiqah, panggil ika je.. (promote nama). Zila nak kongsikan kt korang gambar kawin ika sebelum, sedang, selepas nikah & majlis resepsi. Jom kita cuci mata ..

Ni lah pengantin baru, da 6 bulan dy jadi wife orang, silap2 da pregnant kan.. Ni gambar before nikah, lawa solekannya. berkenan pulazila.. hehe.. ok, zila da start menggatal da,,huhu..

Gambar iqa da sah jadi wife kepada suami dy. Sweetkan.

Gambar after nikah, iqa lawa masa ni tau. tgklah wajah ceria dia.

Ok, ni gambar masa majlis resepsi iqa.. yang belakang2 pengantin tu,. adalah kawan zila dan iqa. Tapi budak kecik tu, adik kawan zila, abg dia kai baju unggu (enol). Dapat juga bergambar dengan pengantin baru kan. Ain jadi pengampit pengantin masa ni =) zila jadi tetamu diundang dengan kad wangi,,haha..



Ni gambar zila dengan kawan2 zila. Dyorang ni kawan zila mase tadika, rendah, menengah n smapai skg. Kami jarang berjumpa sebab masing-masing bawa haluan masing. Ada yang pergi sambung belajr, kerja. Masing-masing busy. Samalah zila pun busy jgk, busy dengan pelajaran zila.. Ok,korang mesti nak thukan sape mereka. Korang nak zila start yang mana satu dlu. dari kiri atau kanan..huhu.. cepat pilih?? Lambatlah ko
rang ni pilih.. zila start dari kiri tau.

Yang posing manja2 tu, pakai baju warna unggu yang cubby2, bam2 tu namanya Enol..skg dia ni belajar kt poli JB sama ngn zila.Yang pkai selendang tu, abaikan kegemukkan dia k.. kegemukkan dia sgt ketara selepas practical dan dia skg cuba untuk maintainkan berat bdan dy kembali asal ..:p tu zila sebenrnya..hahaha..Belakang zila, namanya ain.. Dia boleh model iklan colgate. Klau amik gambar, gigi dia mesti nampak.. haha..Tapi zila tertarik ngn scarf rmbut dia pkai tu.. rasa cam nak beli je, tapi kalau beli pun, zila bukan pakai, so membazir je kan. lainlah klu zila ni free hair.. Ain ni pula study kt Insted (betul x ejaannya, ok abaikan). Next, yang sebelah zila tu, yang kai tudung pink namanya nabila, nama popular bella,, haha.. tak pun nurul..Dia ni belajar kt UTM. Yang pakai baju biru, tudung biru, putih2 tu namanya farahin, dy ni amik STPM, skg xthulah sama ada dia belajar lg ke atau da keja. Yang bestnya, dy ni da ada kereta. Best gila jadi dia. Ok, yang mata menggoda, berbaju coklat, itu wana..dia study tempat sama ngn ain ktInsted.. Sebelah wana tu, fendi.. continue~~~

yang pakai baju biru, yang duduk atas kerusi, namanya ipah, dia skg keja. Yang pakai baju kuning ke coklat ea, sebelah ipah tu, namanya ramzani. nama glamour ram / nor.. =)

p/s : untuk kawan2 ku.. kita akan sentiasa berkawan sampai bila. walaupun da ada kwan baru.. kawan lama tetap dihati ok.. Kenangan dengan korang dari sekolah tadika, rendah dan menengah kan ku semat dalam hati sampai bila. Walaupun masing-masing buat haluan masing. Semoga korang berjaya dalam hidup. =) & pesanan lagi tuk korang, jgn lupa kawin jemput tau, nak kad wangi punya tau.. lagi2 Ram, ipah.. hehe..

Kalau da baca, suka.. likelah..& kalau korang nak sharekan pengalaman pertama korang pergi perkahwinan kawan sendiri, apa perasaan korang. Adakah perasaan korang sama macam perasaan zila yang teruja bagai. Kite kongsi sama2 k.. nak kongsikan tentang persahabatan pun boleh juga.. Komen anda amat dihargai,. yang bukan blogger nak komen pun boleh.. specially tuk kawan2 zila dalam gambar tu.. hehe..=) Selamat membaca.. semoga enjoy this post...

30 November 2011

PUISI CINTA ZAHIRIL UNTUK SHERA

Assalamualaikum...

Zila nak kongsikan kt korang tentang pasangan pengantin baru ni,, hero pelakon juvana ni.. sweet kan pasangan ni.. tetebi zila rasa, bilalah zila nak langsungkan hari bahagia ni.. Tapi bestnya zahiril ni, buat puisi lg tau.. jom kite tgk, gambo dyowg.. wow.. sweet giler.. cair zila tgk..

Tapi sebelum tu, kita tgk gambar pra perkahwinan mereka,, shera comey dan cantiklah.. zahiril pun boleh tahan jgk.. Ada salah satu gamabr pra perkahwinan mereka dijadikan kad jemputan. Rasa nak buat cam tu je bila nak kawen,,hehe.. Gatalkn zila..:P Setiap orang ada impian masing2 kan tuk hari bahagia meraka.


Puisi cinta meraka :

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



TEPUNG PLUS SERBUK KUNYIT.. ASYIK~~

Assalamualaikum.. hai, cmne hari ni.. korang sihat x? post kali ni nk tujukan kwan2 zila dak pelanduk flat A..heehe..

Zila tiba-tiba rasa nak update blog pasal "tepung plus serbuk kunyit". Mesti korang tertanya apa benda lah.. Zila buat kuih perasa kunyit ke? Nope, ni bukan buat pasal kuih ke, kek ke or something like that.. Ni pasal zila kena mandi ngn tepung + kunyit.. Mandi? best ke mandi ngn benda tu, tuk apa pula?buat rawatan tradisional ke, nk jd awet muda ke,langsing badan yang bam ni ke solid? Semua bukan,. Oh,bukan2.. Hehe, saja je nak bg hide ke hit ea? mls nak google,huhu.. kt korang.. Jom2 baca dengan penuh minat & tekun k..:P

Dalam bulan 11 jugalah, benda ni terjadi, minggu ke dua bulan 11. Zila tak ingat tarikhnya.. Ok, malam tu zila kai bju hitam,suar hitam, tudung coklat. Time tuk mkan.. Lepas mkan, En Daus ajak lepak kt bawah sinaran lampu jalan, ok kami pun ok je lah.. Tapi miss ain & miss nuyul naik atas umh dulu ada sikit. K tinggal zila, maya, daus, pie, acap, tiqa. Tggu lama jgklah si ain n nuyul ni,. dyowg ni hantar burger atau makan burger ni. Ok, masih menunggu dan menunggu. Yang si cik maya farida & si tiqa. Ajak zila berbual, ok fine, layan kan pertanyaan dyowg. Banyak tanya pula dyowg ni =_='' sampai xterkata zila. Sebab memekirkan jawapan yang sememengnya zila tahu..huhu.. TIBA-TIBA~~

Zupp~~ terus ke pangkal jantung, terkejut..Suprise, zila dimandikan oleh miss Ain yang comey lagi bergaya.. Dengan tepung + serbuk kunyit,tanpa rela.. huhu.. pergh, memang marvellouslah.. rasa cam nak lagi je.. Memang banyk ain taburkan zila. OK, zila dah start mengganas ye kawan2,tibanya masa korang pula dimandikan oleh zila, nyum2~~. Berlari, berkejaran seperti romie & julie. hehe.. Mangsa pertama Ain, mangsa kedua pie.. Haha.. pie,y paling zila kesian sebab dia kena herat ngn zila. Masa tu zila da tak ingat pape tah, masa tu tengah geram. Amik pie, kena mandikan ngn zila pula.. Maya pula, lepas tu daus & nuyul, kena ngn zila. Apa macam sedap x? hehe.. nak tgk gambo yang kami, yang putih melepak ni,, jom scroll bawah..huhu =_=''
Lepas zila kenakan pie, pie bisik kt zila, jom kenakan dyowg pula.. Pie tambahkan lg perisa air butter jagung, mangsanya Ain.. Huhu.. Sedapkan Ain..hehe..


zila, maya. pie & nuyul. Tapi nuyul cam nmpk bersihkan..

Ok, ni zila & pie yang bermandikan ngn tepung2 dan serbuk kunyit.


Ok,zila nak sambung buat keja.. to pie jgn lupa buat keja ea. kwan2 jumpa 12/12 ni k.. Rindu kt korang.. =) Ni adalah kisah persahatan kita.

Kalau dah baca, suka.. jemput2 lah like.. so zila akan tahu bpe orang yang baca entry ni..Anda pun dipersilakan pun komen disini.. Like & komen anda sangt berharga buat zila.. Thank you sebab sudi baca, lain kali dtglah sini lg.. ok. Wk'salam..


GARIS PANDUAN MAKANAN & MINUMAN DARI JAKIM

1. Tujuan

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

2. Sumber Bahan Makanan Dan Minuman

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.

  • Haiwan

    Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;
    • pic_020








      Haiwan Darat

      Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;
      • Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
      • Babi.
      • Anjing.
      • Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
      • Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.
      • Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
      • Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
      • Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
      • Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.
      • Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.
    • pic_020








      Haiwan Air

      Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

      • Tumbuh-tumbuhan

        Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.
      • Minuman

        Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.
      • Bahan Semulajadi

        Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
      • pic_020








        Bahan Kimia

        Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
      • Bahan Tambah

        Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.

      3. Bahan Gunaan Orang Islam

      Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

      • Kosmetik

        • Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.
        • Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.
      • pic_020








        Pakaian dan Peralatan

        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan
        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.
        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan
        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.