27 November 2012

Doa Senjata Islam

Assalamualaikum..

Curi pakcik google punya

Doa mempunyai kedudukan yang luar biasa di dalam ajaran Islam. Agama Islam mengajarkan umatnya berdoa, banyak perkara-perkara luar biasa terjadi yang tidak mungkin berlaku menurut akal. begitu luar biasa doa dalam agama Islam.

Contohnya :
  • Nabi Yunus AS, dapat keluar daripada perut ikan disebabkan dengan doa.
  • Bumi Mekah yang semuanya tandus, kering, sukar ditanam, tidak ada tumbuhan, menjadi subur dan ramai diziarahi umat seluruh dunia disebabkan dengan doa Nabi Ibrahim AS.
  • Nabi Muhamad s.a.w, selamat keluar daripada rumahnya sewaktu dikepung hendak dibunuh oleh tentera Abraha, juga disebabkan dengan doa. 
Berikutan mustahaknya doa, dalam Al-Quran, Allah s.w.t. memberikan banyak ayat daripadanya yang digunakan para nabi-nabi untuk memunajat kepadaNya. Seperti juga dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w terdapat banyak hadis- hadis Nabi Muhamad s.a.w yang mengajarkan kepada kita betapa pentingnya berdoa.

Berdoa kepada Allah, kerana doa itu senjata umat Islam. 




Berdoa merupakan cara kita berhubung dengan Allah s.w.t dan menunjukkan yang kita amat memerlukanNya dalam setiap perkara. Allah menciptakan manusia adalah untuk beribadah kepadaNya. Dan secara terang terangnya kita amat memerlukanNya sebagai tempat pengharapan pada permulaan, pertengahan dan juga pengakhiran. 

Tanpa berdoa tidak lengkap amalan seseorang sebagaimana Firman Allah :

"Katakanlah (wahai Muhamad) : "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapa yang serupa dengan-Nya"  - Surah Al-Ikhlas :1-4

Namun tidak bererti kita hanya berdoa tanpa melakukan sebarang usaha. Seharusnya setiap mukmin harus berjiwa positif dalam menguasahakan tugas dan tujuan masing-masing sambil mematuhi syariat. Selebihnya kita harus memanjat doa dan harapan kepada Allah untuk mencapai kejayaan. 


*pss: Amalakan D.U.I.T, bukan duit $_$ tapi stand for Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal

Sumber re-type : Buku 260 Doa Pelajar Ke Arah Kecemerlangan Dunia dan Akhirat


3 comments:

✿A I N A A✿ said...

Thats true!! doa itu senjata dan doa itu juga penyelamat kita... SubhanaAllah, hebat betul nikmat dan kuasa Allah ni kan... Hanya berdoa, mampu menumpaskan segala senjata

Nur Azila said...

Harap penduduk palestin aman disana..

QasehnyaRania said...

sama2 kita berdoa ;D
salam kenal :D