Assalamualaikum. Salam berhujung minggu. Salam tengahari. Salam Lunch. Salam Zuhur semua.
Sayur bukan saja boleh buat sayur goreng yang campur dengan ikan bilis, bawang merah dan bawang putih. Selalunya sayur kita makan dengan nasi kan. Tapi ada sayur yang kita makan seperti snek. Makan depan tv, mulut mengunyah je. :D
Bayam bukan sekadar sayur yang dimakan dengan nasi, bayam pun bukan sejenis ulam. Tapi bayam ni boleh dimakan secara snek. Bayam ni digoreng dengan tepung gandum, jagung dan tepung beras. Ada juga yang letak ikan bilis. Tapi zila punya stail senang je. Beli tepung kentucy celup telur dah siap.hehe.. Better pakai sayur bayam kampung sebab daunnya lebih besar.
Bahan-bahan :
Sayur bayam (berapa banyak kauorang nak makan atau buat stok)
Telur (dikacau)
Tepung goreng serbaguna (spicy atau biasa je)
Minyak masak
Cara-cara :
1. Siang dulu sayur bayam tu,buang batangnya (simpan). Ambil daunnya sahaja.
2. Dah siap siang. Celup daun dalam telur yang telah dikacau tadi.
3. Lepas tu, salutkan daun dalam tepung kentucy. (macam nak goreng ayam)
4. Dah salutkan, goreng daun bayam dengan minyak yang panas.
5. Dah garing lepas tu, angkat dan bolehlah makan sambil tengok tv dengan orang tersayangkan.. kan. :p
![]() |
Bayam sedang digoreng |
![]() |
Siap digoreng |
![]() |
tengok macam ala-ala ayam goreng je kan. |
Adik zila yang beria-ia suruh buat ni. Minat sangat dia dengan kerepek bayam ni. Makan non stop tu. hehe..
psst : Doakan yang baik-baik untuk zila ye. Amin. :)
Wassalam