30 January 2013

Bas Degil Harung Air Banjir

Assalamualaikum..

Dari 18/1/2013, seminggu seterusnya.

Hujan tak henti-henti turun. Dari siang hingga ke malam dan bawa sampai keesokkan harinya. Jangan banjir sudahlah. Elakkan tak balik kota je, isnin bolehlah bagi alasan banjir tak boleh lalu.. hehehe...

Malam tu dengan akal bijak adik zila. Tengah tidur, boleh pula dia hala kipas kt depan muka dia.Tup-tup keesokkan bangun je pagi-pagi, dada mula sesak. Sahlah semput. Risau tengok. Ayah bawa pergi klinik masukkan gas, barulah elok sikit. Bolehlah bergurau-gurau dengan dia. hehe. Dapat main gusti-gusti ngn dia.. hahahaha

Dapat khabar berita, Batu 18 dah naik air. Kenderaan berat je yang boleh lalu. Air dah paras peha "KATANYA". Tapi kalau kenderaan ringan, bawa orang ramai, jadilah kenderaan berat sebab bawa mak cik (zila) semangat ni dalam kereta. hahaha..

Balik tu hantar zila lalu jalan Bukit Payung --> tembus Tenggaroh 2. Jauh tak jauhlah. Habis jalan dekat dah tak boleh lalu..

Banjir di Batu 18
Sepanjang perjalanan Jalan Jemaluang Mersing - Kota Tinggi


Akibat banjir ni.. mula-mula jalan Batu 18 je tak boleh lalu. Last-last, jalan Bukit Payung, tak boleh lalu.

Kesian family sebab terkurung kt sana selama berapa hari. Dengan bekalan makanan tak ada. Cuma beras je yg banyak. Hari tu mak belanja barang dapur sikit je. Mujur ada kebun kt belakang rumah, walaupun tak banyak. Alhamdulilah, kt sana dapat bekalan makanan banjir. Walaupun cuma biskut banjir, bersyukur sangat.


Bas yang degil, kan dah masuk side jalan - Jlan Bukit Payung

5 comments:

✿INA AINAA✿ said...

masyaAllah... kritikal sungguh kalau time banjir ni kan... dengan busnye mngada2 nak redah juga....

Unknown said...

budak2 dalam bas tu dah cemas dah.. last2 semua turun kena redah air banjir tu.. bas pun senget dia semacam je, nasib baik tak tumbang..

Miss Zahirah said...

ehh.. bkan bus yg degil la..
driver bus yg degil + gedik nak harung banjir.. knon2 ble lpas la.. hihihi

Nur Azila said...

hahaha.. silap pula. gedik tak boleh blah.. hahah

Kimi Jamai said...

uish... bahayanyaa..