27 September 2012

Manusia Dan Dugaan

Assalamualaikum..

Setiap manusia di bumi ini tidak kiralah lelaki atau perempuan, mereka akan diuji dengan dugaan. Setiap orang ada ujiannya mengikut tahap kemampuan kita. Dugaan itu nak mengingatkan kita semua supaya kembali kepada Allah. Ujian yang kita tempuhi itu menjadikan diri kita ni lebih kuat dan tabah mengharunginya semua cabarannya. Hipotesisnya kt sini "semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, semakin besar juga pahala yang kita perolehi. Jika dia beriman, dia kan menerimanya dengan redha. Kita perlu sabar dalam menghadapi dugaan ini. Orang yang tak pernah mendapat ujian dari Allah, rugilah mereka.

Zila sendiri pernah mengalami ujian yang sangat berat. Alhamdulilah, zila masih punya iman. Kalau tak ada iman, mungkin zila sakiti tubuh zila sendiri. Alhamdulilah zila dapat tempuhinya dengan sabar. Dengan dorongan daripada mak, ayah, dan kawan-kawan. Zila tabah mengharunginya.


Doa untuk menjadi orang yang sabar


Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti. Bersyukurlah kepada Allah. Kerana orang yang diberikah musibah atau ujian pasti akan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Kita tak perlulah protes kenapa Allah turunkan dugaan ni kepada kita. Patutnya bersabar dan bersyukur. Baca doa penerang hati, Surah Alam Nasyrah.


Memohon keampunan kepadanya


Tanda - Tanda Allah Sayang Pada Kita :
  • DIBERIKAN KESEDIHAN - Dengan keseedihan kita akan sering menyebut nama Allah. 
  • DENGAN KESAKITAN - Kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya. 
  • DIBERIKAN KESUSAHAN - Kita akan menjadi redha. 
  • DIBERIKAN KEHILANGAN - Kita meminta yang terbaik dari Allah. 
  • DIBERIKAN PENDERITAAN - Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah. 
  • DIBERIKAN KEMISKINAN - Kerana Allah mahu kita meminta kepadanya. 
  • DIBERIKAN KEHINAAN - Allah mahu kita mohon kemuliaan dari Nya. 

P/S :

  1. Jangan terlalu banyak ketawa, jangan terlalu bersuka ria kerana Allah akan jauh dari kita .. InsyaAllah.. sama-samalah kita memperbaiki diri kita. InsyaAllah.. Amin :) 
  2. Baca doa penerang hati, Surah Alam Nasyrah. Al-Fatihah, surah empat Qul, baca Al-quran, Yassin, Minum Air Yassin. Doa ni zila selalu amalkan.. InsyaAllah akan diamalkan sampai bila-bila.

2 comments:

Ammelia Yusoff said...

dalam setiap kesusahan ada kesenangan :)

Nur Azila said...

dan kesusahan itu mengajar kita erti kehidupan.. :) manakala kesenangan itu perlulah bersyukur anugerah yang Allah telah berikan.,, :)