Assalamualaikum..apa khabar kawan2? sihat x? =)
Entry zila kali ni mesti korang terfikir.. kawen? yes, betul kawen.. zila ada kawan yang sebaya dengan zila, dia sahabat yang kedua sudah menjadi isteri orang telah mendirikan rimah tangga bulan 5 hari tu. Hehe,, sorylah.. busy sgt, baru nak upload kan. Tengah cuti sem skg, tu yang bersemangat nak update. Padahal asgmnt bnyk dapat ni.. =)
Ok,beralih tajuk yang asal. Korang pernah tak hadiriperkahwinan sahabat korang? mesti ada kan.. Zila da rasa pengalaman yang pertama tu.. Bila zila tgk dia kawen, zila pula yang jadi teruja bagai, & zila pula happy, berdebar bila majlis akad dia hari tu. Namanya Syafiqah, panggil ika je.. (promote nama). Zila nak kongsikan kt korang gambar kawin ika sebelum, sedang, selepas nikah & majlis resepsi. Jom kita cuci mata ..
Ni lah pengantin baru, da 6 bulan dy jadi wife orang, silap2 da pregnant kan.. Ni gambar before nikah, lawa solekannya. berkenan pulazila.. hehe.. ok, zila da start menggatal da,,huhu..
Gambar iqa da sah jadi wife kepada suami dy. Sweetkan.
Gambar after nikah, iqa lawa masa ni tau. tgklah wajah ceria dia.
Ok, ni gambar masa majlis resepsi iqa.. yang belakang2 pengantin tu,. adalah kawan zila dan iqa. Tapi budak kecik tu, adik kawan zila, abg dia kai baju unggu (enol). Dapat juga bergambar dengan pengantin baru kan. Ain jadi pengampit pengantin masa ni =) zila jadi tetamu diundang dengan kad wangi,,haha..
Ni gambar zila dengan kawan2 zila. Dyorang ni kawan zila mase tadika, rendah, menengah n smapai skg. Kami jarang berjumpa sebab masing-masing bawa haluan masing. Ada yang pergi sambung belajr, kerja. Masing-masing busy. Samalah zila pun busy jgk, busy dengan pelajaran zila.. Ok,korang mesti nak thukan sape mereka. Korang nak zila start yang mana satu dlu. dari kiri atau kanan..huhu.. cepat pilih?? Lambatlah ko
rang ni pilih.. zila start dari kiri tau.
Yang posing manja2 tu, pakai baju warna unggu yang cubby2, bam2 tu namanya Enol..skg dia ni belajar kt poli JB sama ngn zila.Yang pkai selendang tu, abaikan kegemukkan dia k.. kegemukkan dia sgt ketara selepas practical dan dia skg cuba untuk maintainkan berat bdan dy kembali asal ..:p tu zila sebenrnya..hahaha..Belakang zila, namanya ain.. Dia boleh model iklan colgate. Klau amik gambar, gigi dia mesti nampak.. haha..Tapi zila tertarik ngn scarf rmbut dia pkai tu.. rasa cam nak beli je, tapi kalau beli pun, zila bukan pakai, so membazir je kan. lainlah klu zila ni free hair.. Ain ni pula study kt Insted (betul x ejaannya, ok abaikan). Next, yang sebelah zila tu, yang kai tudung pink namanya nabila, nama popular bella,, haha.. tak pun nurul..Dia ni belajar kt UTM. Yang pakai baju biru, tudung biru, putih2 tu namanya farahin, dy ni amik STPM, skg xthulah sama ada dia belajar lg ke atau da keja. Yang bestnya, dy ni da ada kereta. Best gila jadi dia. Ok, yang mata menggoda, berbaju coklat, itu wana..dia study tempat sama ngn ain ktInsted.. Sebelah wana tu, fendi.. continue~~~
yang pakai baju biru, yang duduk atas kerusi, namanya ipah, dia skg keja. Yang pakai baju kuning ke coklat ea, sebelah ipah tu, namanya ramzani. nama glamour ram / nor.. =)
p/s : untuk kawan2 ku.. kita akan sentiasa berkawan sampai bila. walaupun da ada kwan baru.. kawan lama tetap dihati ok.. Kenangan dengan korang dari sekolah tadika, rendah dan menengah kan ku semat dalam hati sampai bila. Walaupun masing-masing buat haluan masing. Semoga korang berjaya dalam hidup. =) & pesanan lagi tuk korang, jgn lupa kawin jemput tau, nak kad wangi punya tau.. lagi2 Ram, ipah.. hehe..
Kalau da baca, suka.. likelah..& kalau korang nak sharekan pengalaman pertama korang pergi perkahwinan kawan sendiri, apa perasaan korang. Adakah perasaan korang sama macam perasaan zila yang teruja bagai. Kite kongsi sama2 k.. nak kongsikan tentang persahabatan pun boleh juga.. Komen anda amat dihargai,. yang bukan blogger nak komen pun boleh.. specially tuk kawan2 zila dalam gambar tu.. hehe..=) Selamat membaca.. semoga enjoy this post...
2 comments:
salam 4low ngh sggh sini
mekasih coz singgah duniakongsi yer (^_^)
Wk'salam... sama2.. terima kasih jgk kerana sudi singgah zilaviolet.. kedatangan amat dihargai..=)
Post a Comment