17 December 2012

Alamak Bateri Nak Habis!

Kalau dalam perjalanan yang panjang, lupa nk bawa charger, charger kt rumah tak bawa kt tempat kerja. Adakah kauorang pasti bekalan beteri telefon bimbit kauorang mampu bertahan? Nak tahu cara-caranya meh sini baca cara terbaik untuk memanjangkan tempoh bateri telefon.

Paparan Skrin
Rendahkan "display brightness" dari 100% ke 50% ke.. Skrin yang terlalu terang akan memakan tenaga yang banyak jadi bateri akan lebih cepat habis. Tambahan pula, kalau display yang lebih rendah "brightness" akan membantu merehatkan mata kita.. Zila kalau nak jadi torchlight, zila set brightness-nya 100%. Jadilah torchlight.

Mode Standby
Kalau kita pasti tak ada orang call/ sms kita bolehlah meletakkan telefon dalam mode standby atau flight mode yang terbukti keberkesanannya untuk menjimatkan tenaga. Zila apa lagi terus set profile dalam flight mode walaupun bukan dalam flight pun.

Rangkaian Sosial
Bagi pengguna tegar laman sosial seperti Twitter dan facebook, kauorang log out dulu jika mahu menjimatkan bateri. Laman sosial yang sentiasa terpasang akan menggunakan jumlah tenaga yang banyak sebab ia akan fungsi refresh yang berterusan je.

Jauhi Muat Turun
Elakkan daripada download software, video mahupun muzik sekiranya tidak tak penting. Jumlah bateri akan cepat menurun jika data yang dipilih terlalu besar dan berat

Pengguna Telefon Pintar

Matikan fungsi-fungsi tambahan seperti GPS, location services atau automatic updates tatkala mengetahui lokasi dan arah yang dituju.

Tetapan Senyap

Pilih mode silent apabila keadaan bateri berada di tahap nazak. Bunyian seperti ringtone call.mesej dan alarm yang menggunakan lagu juga dianggap punca bateri cepat habis. Zila selalu sangat snooze-snooze.. sebab tu cepat habis.

Matikan Terus
Gunakan kaedah ini sebagai langkah terakhir sekiranya bateri berada di dalam keadaan kritikal dan perlunya kalau kita nak menghubungi seseorang nanti lepas ni. Matikan terus telefon bimbit dan hidupkan semula jika perlu sahaja..

Matikan Penghubung
Tutup semua laluan penghubungan seperti Bluetooth, Wifi , Infrared dan sebagainya sekiranya kiat tidak menggunakannya. Just hidupkannya bila nak guna sahaja. :)


Kalau kita guna telefon pintar mesti confirmnya. Jangka hayat beteri tu tak tahan lama. Kalau lama pun dalam dua hari kot, itu pun kalau tak guna buat apa-apa. Tapi kalau guna selalu dalam berapa jam, beteri dah kong habis. Bukan samsung galaxy, blackberry, sony je. Semua jenis smartphone mesti cepat low punya. Zila sedang mengalaminya sekarang. Handphone yang murah juga yang tahan lama beterinya. Percaya atau tidak?? Ni hasil kajiannya.. :D

nampak benor nipunya sampai 2068

Zila kalau beteri nak habis ni, nak dengar lagu pun jadi kedekut. Malas nak charge handphone ni. Handphone zila boleh bertahan selama 3,4 hari macam tu lah. Kalau dah tahu "king kong" tu, nanti malas nk charge semula. Biar semalaman tak ada bateri.

Zila dah tahu smartphone ni cepat low, tapi masih nak belinya juga. Smartphone sedang sedang dibooking :)

------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Pengantin Baru kak Maria Elena. Sangat cantik colour baju wedding dia. Love Turqoise colour :D
Dan zila baru tahu rupanya kak Fatin Liyana ni adik ipar kak Maria.

9 comments:

✿A I N A A✿ said...

hahaha tapi memang batteri nokia 33 sekupang ni tahan lama... ena memang prepare charger dalam kereta serta dalam beg.. bagus tips ni, kadang2 ena terlupa bawak charger

Mohammad Redha said...

lol.. fakta tetap fakta.. :P

Nur Azila said...

yes.. dah memang fakta bukan aota.. :P

Miss Zahirah said...

lagi canggih hp, lgi low qualitynyerr

Nur Azila said...

betullah..better pakai hpn tak canggih, tapi qualitynya terbaik..

Mia Liana said...

betul tu zila... bateri memang akan cepat habis..

Nur Azila said...

kalau nk beteri tu tahan dalam 2,3 hari. ikutlah langkah tu tau kak :)

kak nora said...

ada kelebihan n kekurangannya..

Kita tau ke said...

marah pengguna ipon nnt tgk pic tu...