26 June 2015

PART I - 40 HARI – ATOK MAK

Assalamualaikum, selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh barakah.

Rasa terpanggil nak update blog, rasa semangat yang dulu datang balik setelah 2 tahun mnyepi dalam blog ni. Alhamdulillah dikurniakan idea. Nak singkap balik hidup untuk 2 tahun yang sepi tu. Hukhukhuk..

Johor.. apa yang ada pada Johor? Lohgatnya? Cara hidupnya? Panggilannya?. Kalau dalam Kamus “Atok” untuk atok lelaki kita, “Nenek” untuk yang perempuan. Tapi di Johor ni lain sikit, baik lelaki atau perempuan dipanggil atok, tapi moyang di panggil “nenek”. Kalau panggil “Atok”. Dua-dua pandang. Nak membezakan panggilan mereka dengan menggunakan nama Atok Abah (lelaki), Atok Mak (perempuan). Tak tahulah kalau negeri lain sama juga macam ni. Huhu.. mohon ampun kalau silap. Hihi

Dulu cikzill rasa bangga syukur sebab masih punya dua-dua atok belah ayah dan mak. Tapi dunia ni hanya pinjaman je. Yang datang akan pergi, yang hidup pasti mati, Kunfayakun.. Tanggal 12 Mei 2015, Dapat panggilan teresak-esak dari mak, zuppp berdebar jantung menanti jawapan dari mak. Dalam kepala terlintas, makayah aku accident ke? Tapi rupa-rupanya atok mak cikzill dah pergi menghadap penciptanya..

Semasa dimandi dan dikapankan jenazah arwah tok mak buat di rumah sahaja, semua anak-cucu berkerumun melihat atok dimandikan. Sayu... Lepas juga niat atok mak nak semua anak-cucu-cicitnya membacakan Yassin untuknya. Alhamdulillah.. begitu juga urusan mandi dan dikapankan. Atok mak pun berhajat nak cucu-cicit lelakinya, mengusung kerandanya dari rumah ke kubur. Ye memang jauh..berjalan kaki mengambil masa 10 minit. Tahan kenderaan kt jalan raya, minta laluan untuk ke seberang jalan.

Pertama kali dalam hidup kehilangan orang yang terdekat dan pertama kali juga melihat proses jenazah dari dimandikan, dikapankan dan ditanam. Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan izinnya. :”) .

Terngiang-ngiang kata-kata dari atok mak sebelum pergi. Masa nak ambil gambar bertunang dengan atok bersama tunang, atok tak nak, atok cakap nak bergambar masa cikzill dah bernikah nanti. :”). Makcik cikzill cerita, atok mak ada juga buang tabiatnya....“tak dapat aku nak pergi zila kahwin nanti”, “tak dapat nak tengok kereta baru cucunya (cikzill dan adik cikzill)”, “Aku rindu kt cah (mak cikzill),dah lama tak jumpa dia”, “ni lastlah aku pijak tangga rumah kau ngah (mak ngah cikzill)” dan macam-macam lagi. Kebetulan, atok meninggal pada 12 Mei 2015 sama tarikh dengan No I/C nya. :”)

Tanggal 20 Jun 2015 genaplah 40 hari pemergiannya. Innalillahi wa innalillahirojiun... Dari Allah kamu datang dan kepada Allah kamu pergi. BIDAH BIN CHEMAT, SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT. :’)


Bersambung..........

No comments: