18 November 2012

In Shaa ALLAH

Assalamualaikum..

Kita dan termasuk zila selalu sebut insyaAllah / InshaAllah. Sekarang tulis dengan betul " In Shaa ALLAH" sama-samalah kita membetulkannya.. :)



Boleh minta tolong sikit kawan-kawan, pinjam  1 minit je untuk sama-sama kita berdoa untuk penduduk Gaza disana semoga mereka sentiasa tabah dengan dugaan Allah..

Ya Allah Ya Rahman Ya Karim Ya Mukmin Ya Jabar Ya Amin , selamatkan saudara-saudara islam ku di Gaza daripada yahudi laknatullah.. kuatkan iman mereka kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan masjidil aqsa di sana.

P/s : Kalau sudi tolong forwardkn post ni ok :) biar lebih ramai yg berdoa. Ini je yg mampu kita berikan kepada mereka. Sesungguhnya, doa adalah senjata umat Islam..Aminn

Luahan Hati :
Bila ramai yang ajak "boikot Mc'D"..ada juga segelintir orang kita yang menyumpah seranah dan kata macam-macam.

Kenapa nak boikot la, itu la ini la. Mc'D kat Malaysia tak menyumbang kepada Israel la. macam-macam komen yang mempertahankan "makanan segera" tu.

Pendapat persendirian : Kalau seumur hidup tak makan Mc'D, tak mati pun la kawan. Lagi pun banyak lagi makanan berkhasiat yang lebih baik untuk dimakan :) peace !

17 November 2012

Mereka Dah Bersuami

Assalamualaikum.. 

Tahniah kawan-kawan sebab dah menjadi orang rumah kepada suami.  InshaAllah sayang semoga ikatan ni berkekalan hingga ke akhir. Aaamin.. 

Hani kawan masa PLKN. :) 3 tahun berpisah dan pertama kali jumpanya masa wedding hani. 
Hani & Abu

Wana, kenal dia sejak form 1 lagi. Pasangan ni satu sekolah juga. :)
Wana & Usop

Shafiqah - sejak sekolah rendah lagi kami berkawan :)
Baru lepas Akad Nikah

Farfar pun kawan masa PLKN juga. Dia berkenalan dengan bakal suami masa sekolah tak silap zila form 4. Bercinta dengan cikgu tu. Lama tu, 6 thun mereka berkenalan, akhirnya 24/11 ni pernikahan mereka. Birthday dia sama ngn zila :) 3 April.
Farfar & Ammo

Bila orang  bertanya pada zila "kau pula bila nak bersuami?" Jawapannya sambil senyum dan berkata "Tunggu kau dah beranak sorang,2,3 orang atau lebih dari tu atau pun secepat selepas tu" hahaha..

13 November 2012

Pantun Cuti Deepavali

Assalamualaikum.

Nak berpantun sikit..

Hari Selasa Hari Deepavali,
Saya cuti raya dekat sini,
Walaupun saya tak merayai,
Saya akan gunakan untuk bercuti.

Gendang Gendut tali kecapi,
Deapavali ku cuti,
Nak cuti lagi 1 Muharam nanti,
Minta Allah gerakkan hati,
Bos saya nanti.

Saya tak percaya bos bagi cuti,
Saya rasa gembira hati,
Dengar-dengar pun sedap didengari,
Alangkah bahagianya cuti ini.

Pada mereka yang tak dapat cuti,
Jangan mengeluh hati,
Lakukan hari ini dengan seikhlas hati,
Nanti kauorang dapat cuti juga nanti.

Bos saya bagi cuti,
Katanya customer ramai tak datang hari ini,
Agak-agak 1 muraharam dapat cuti,
Harap-harap dapat cuti lagi.

Hari ini Deepavali,
Siapa yang sedang bercuti,
Tak pergi mandi lagi,
Bawa-bawalah pergi mandi.

Hari Deepavali,
Kaum india sambut deapavali,
Jangan lupa bawa meruku kt sini,
Saya juga hendak merasai meruku ini.

Walaupun office tak ada orang sambut deepavali,
Tapi bos bagi cuti,
Alhamdulilah aku mensyukuri nikmat diberi,
Dapat rehat tubuh badan ini.

Sabtu ahad hari cuti,
Bukan semua company cuti,
Orang kata bestlah cuti,
Memang bos tetapkan hari tu cuti.

Memang saya dapat cuti,
Tapi saya kt rumah ini,
Buat OT bergaji,
Jangan harap fikir cuti.

Happy Dewali to all my Indian friends. :)

Pantun sekadar suka-suka je untuk hiburkan hati.
Pecah kepala karang pantun ni,
nak merangka pantun empat kerat ni.

Karya : Zilaviolet