Aku adalah seekor kuciing betina. Aku telah dijumpai oleh seorang budak lelaki yang sedang bermain-main dengan kawan-kawanya. Aku telah dibawa balik ke rumahnya. Aku dimandikan, dikeringkan supaya bulu aku ini menjadi 'kilat' berseri. Aku meronta-meronta untuk dilepaskan, tapi apakan daya, kekuatan budak lelaki itu lebih kuat berbanding tubuhku yang masih kecil lagi.
Aku telah diberi nama 'kembang' kerana aku mempunyai ekor yang kembang dan sentiasa dinaikkan atas. Aku selalu ditegur supaya menjadi '
Aku memiliki bulu berwarna coklat, kuning dan putih. Aku tidak tahu, sama ada aku ini mengikut "germ' ibu atau ayah aku. Sewaktu aku kecil, aku selalu diberi makanan kucing. Aku sangat suka akan makananku itu. Kerana bila aku makan makanan itu, aku mempunyai bulu yang sihat, mata berkilauan, dan 'cubby' macam budak lelaki yang mengambilku sebagai kucing belaan. Aku juga memiliki mata yang besar. Aku juga memiliki perut yang besar, walaupun tubuh aku comel. Manusia kata 'buncit'. Kadang-kadang mereka fikir aku bunting anak empat, TIDAK, perut aku cuma buncit saja. Buktinya, sampai sekarang perut aku tidak kempis dan aku masih tidak mempunyai anak kandung sendiri.
Di dalam rumah itu, aku juga ada ramai kawan. Aku dapat berkenalan dengan 'Mike' seekor kucing jantan yang 'macho'. Mike juga haiwan belaan tuannku. Selain Mike, aku juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang selalu datang ke rumah tuanku untuk makan. Walaupun mereka bukan kucing belaan, tuan aku tidak 'lokek' untuk memberi makanan kepada mereka. Aku sunggu bertuah kerana terpilih menjadi haiwan belaan mereka.
Aku suka tidur di bilik anak perempuan tuan aku, kadang-kadang di bilik tuanku, kadang-kadang dibilik jahit, dan kadang-kadang aku tidur di ruang tanu.
Aku pernah di bawa jalan naik ke kereta. Aku duduk di dalam kereta selama 4 jam. Rupa-rupanya aku telah dibawa ke Kg Serom 1, Muar. Aku telah berkenal dengan saudara-mara tuanku itu. Dan aku juga telah berkenalan dengan seekor kucing betina 'comat'. Comat adalah kucing belaan datuk dan nenek 'penulis'. Aku ditinggalkan di kampung atok, tujuannya supaya Comat tidak keseorangan. Aku sempat tinggal di sana selama dua bulan je. Aku terus di bawa balik ke Kota Tinggi. Aku telah hidup bersama tuan aku selama 2 tahun lebih. Aku dijaga dengan baik.
* Aku takut pada penyapu, tapi kenapa Mike tu tak takut pada penyapu eh??
~~~ Bersambung ~~~
19 comments:
ni mesti sebab tuan rumah selalu kejar kembang ngn penyapu...sebb tu kmbang takot...
Potrait Manusia Menggunakan Jari
Kembang yang serius.. Hehe... Mesti ganas ni....
hahaha... mungkinlah kot.. masih kecil lg tak tahu pape. tengok benda bergerak, kembang larilah.. haah
hazmin - kan.. betina tapi mukanya ganas. myb macam 'penulis' nya kot.. :P mata dia yang buat dia tu garang.. :D
kehkeh . hebat jugak kembang ni .
hebatkan..belum dengar cerita mike si mata sepet lg.. :)
ehh.. kucing kta pn nama kembang jgk..
sbb bulu dia kembang abis..
hehehe.. ;)
hahaha kan.. geram kan tgk bulu kucing y kembang tu..kongsilah gambar
hehehe.. insyaAllah..
sya akn kongsi.. ;)
jgn lupa bgthu ok.. :)
hehehe., anis pon ada gk "kembang" tp yg ney kitty., hehe., nakal
anis - jgn lupa share tau,. kembang ni pun nakal jgk, walupun muka garang je..
comel...puteri pun ada seekor kucing yang ekornya memang kembang..hehe
ekor kucing kiter xkembang la...ekor dia kuncup jer..erk!! hik3
comelnye kembang! nak peluk!
meh sini meh ^^
hehe., ok., nnt anis share., tapi skrg dia skt., cian dia.. T_T
kak dhiya - hahah. kucing akk tu malu2 kot.. tu y kucup je. jgn lupa share tau.. nk bca jgk..
kak eva - peluklah klu dpt, :P hehehe
anis - semoga kucing anis sihat semula ye.. jgn bg duduk dlm plastik dah.. hha
Amboi bulu diaaa. Cantik! ^^ Kucing kat rumah sy semua colour hitam putih jea
Nad - tak kisah bulu kucing kita berlainan warna.. asalkan makan minum dia kita kenalah beri.. kucing haiwan kesayangan Nabi. seronok bela kucing ni ..:)
Post a Comment