15 October 2012

Aku adalah seekor "Kembang"

Assalamualaikum...



Aku adalah seekor kuciing betina. Aku telah dijumpai oleh seorang budak lelaki yang sedang bermain-main dengan kawan-kawanya. Aku telah dibawa balik ke rumahnya. Aku dimandikan, dikeringkan supaya bulu aku ini menjadi 'kilat' berseri. Aku meronta-meronta untuk dilepaskan, tapi apakan daya, kekuatan budak lelaki itu lebih kuat berbanding tubuhku yang masih kecil lagi.

Aku telah diberi nama 'kembang' kerana aku mempunyai ekor yang kembang dan sentiasa dinaikkan atas. Aku selalu ditegur supaya menjadi 'perempuan seekor betina yang sopan-santun, menutup aurat' kerana aku sering mengangkat ekorku. Aku tidak tahu macam mana hendak menurunkan ekorku.. Mungkin kerana aku mempunyai 'aset' ekor yang kembang sebab itu aku tidak mampu untuk menurunkannya selalu.

Aku memiliki bulu berwarna coklat, kuning dan putih. Aku tidak tahu, sama ada aku ini mengikut "germ' ibu atau ayah aku. Sewaktu aku kecil, aku selalu diberi makanan kucing. Aku sangat suka akan makananku itu. Kerana bila aku makan makanan itu, aku mempunyai bulu yang sihat, mata berkilauan, dan 'cubby' macam budak lelaki yang mengambilku sebagai kucing belaan. Aku juga memiliki mata yang besar. Aku juga memiliki perut yang besar, walaupun tubuh aku comel. Manusia kata 'buncit'. Kadang-kadang mereka fikir aku bunting anak empat, TIDAK, perut aku cuma buncit saja. Buktinya, sampai sekarang perut aku tidak kempis dan aku masih tidak mempunyai anak kandung sendiri.

Di dalam rumah itu, aku juga ada ramai kawan. Aku dapat berkenalan dengan 'Mike' seekor kucing jantan yang 'macho'. Mike juga haiwan belaan tuannku. Selain Mike, aku juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang selalu datang ke rumah tuanku untuk makan. Walaupun mereka bukan kucing belaan, tuan aku tidak 'lokek' untuk memberi makanan kepada mereka. Aku sunggu bertuah kerana terpilih menjadi haiwan belaan mereka.

Aku suka tidur di bilik anak perempuan tuan aku, kadang-kadang di bilik tuanku, kadang-kadang dibilik jahit, dan kadang-kadang aku tidur di ruang tanu. (berapa banyak kadang-kadanglah).  Aku selalu duduk di rumah je, sebab aku tahu, aku ini seekor kucing betina kenalah duduk dirumah je.. Walaupun kadang-kadang tuan-tuan aku pernah marah aku, mereka tetap sayang aku. Mereka sayang aku kerana aku ni tak dengar kata.

Aku pernah di bawa jalan naik ke kereta. Aku duduk di dalam kereta selama 4 jam. Rupa-rupanya aku telah dibawa ke Kg Serom 1, Muar. Aku telah berkenal dengan saudara-mara tuanku itu. Dan aku juga telah berkenalan dengan seekor kucing betina 'comat'. Comat adalah kucing belaan datuk dan nenek 'penulis'. Aku ditinggalkan di kampung atok, tujuannya supaya Comat tidak keseorangan. Aku sempat tinggal di sana selama dua bulan je. Aku terus di bawa balik ke Kota Tinggi. Aku telah hidup bersama tuan aku selama 2 tahun lebih. Aku dijaga dengan baik.

* Aku takut pada penyapu, tapi kenapa Mike tu tak takut pada penyapu eh??

~~~ Bersambung ~~~

19 comments:

EPIK said...

ni mesti sebab tuan rumah selalu kejar kembang ngn penyapu...sebb tu kmbang takot...

Potrait Manusia Menggunakan Jari

Hazmin Hamudin said...

Kembang yang serius.. Hehe... Mesti ganas ni....

Nur Azila said...

hahaha... mungkinlah kot.. masih kecil lg tak tahu pape. tengok benda bergerak, kembang larilah.. haah

Nur Azila said...

hazmin - kan.. betina tapi mukanya ganas. myb macam 'penulis' nya kot.. :P mata dia yang buat dia tu garang.. :D

iAmCekbolat said...

kehkeh . hebat jugak kembang ni .

Nur Azila said...

hebatkan..belum dengar cerita mike si mata sepet lg.. :)

Miss Zahirah said...

ehh.. kucing kta pn nama kembang jgk..
sbb bulu dia kembang abis..
hehehe.. ;)

Nur Azila said...

hahaha kan.. geram kan tgk bulu kucing y kembang tu..kongsilah gambar

Miss Zahirah said...

hehehe.. insyaAllah..
sya akn kongsi.. ;)

Nur Azila said...

jgn lupa bgthu ok.. :)

sikecikanis said...

hehehe., anis pon ada gk "kembang" tp yg ney kitty., hehe., nakal

Nur Azila said...

anis - jgn lupa share tau,. kembang ni pun nakal jgk, walupun muka garang je..

puteri kasih said...

comel...puteri pun ada seekor kucing yang ekornya memang kembang..hehe

dhiashahida said...

ekor kucing kiter xkembang la...ekor dia kuncup jer..erk!! hik3

Evagurl said...

comelnye kembang! nak peluk!

meh sini meh ^^

sikecikanis said...

hehe., ok., nnt anis share., tapi skrg dia skt., cian dia.. T_T

Nur Azila said...

kak dhiya - hahah. kucing akk tu malu2 kot.. tu y kucup je. jgn lupa share tau.. nk bca jgk..

kak eva - peluklah klu dpt, :P hehehe

anis - semoga kucing anis sihat semula ye.. jgn bg duduk dlm plastik dah.. hha

Nadratul Syazwana said...

Amboi bulu diaaa. Cantik! ^^ Kucing kat rumah sy semua colour hitam putih jea

Nur Azila said...

Nad - tak kisah bulu kucing kita berlainan warna.. asalkan makan minum dia kita kenalah beri.. kucing haiwan kesayangan Nabi. seronok bela kucing ni ..:)