23 January 2013

Bila Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua..




Bila maulud:

  • Berselawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W
  • Berarak keliling kampung, pakai sedondon bersama orang kampung atau kawan-kawan sekolah sambil bawa banner/sepanduk.
  • Nasyid bersama-sama kumpulan nasyid masa sekolah rendah, menengah dan agama 
  • Khatam Al-Quran sama-sama dengan kawan sepermainan.
  • Makan dalam satu dulang
  • Dengar ceramah dari penceramah yang best. Tak kering gusi.
  • Dan lain-lain............................................................................... :)





Dirimu ku sanjung
Sepanjang masa
Engkaulah Muhammad
Nabi junjungan

Indahnya akhlakmu
Tidak tergambar
Engkaulah Muhammad
Nabi terakhir

Jasamu ku kenang
Sunnahmu ku amal
Walau ku tak pernah
Menatap wajahmu

Sakaratul maut
Menimpa dirimu
Namun kau bersabar
Untuk hadapinya

Pelbagai cabaran yang menimpa dirimu
Namun engkau sabar untuk menempuhnya
Engkau diseksa,dianiaya,disingkir dan dipulaukan
Engkau mencari perlindungan
Untuk pengikutmu yang ramai
Betapa sucinya hatimu Muhammad
Engkaulah nabi
Engkaulah rasul

Ya Muhammad Ya Rasulullah
Ya Muhammad Ya Raisi Ummah
Engkaulah nabi yang terakhir
Engkaulah pesuruh Allah

Ya Muhammad Ya Habibullah
Ya Muhammad Ya Raisi Ummah
Engkaulah rasul yang terakhir
Engkaulah kekasih Allah

<<copypaste>>

Dengan dukacitanya, saya nak maklumkan.. Saya tak dapat cuti sempena maulud ni. Sedih.. walaupun Johor ambil cuti maulud...

psst : Jom selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W banyak-banyak.. =)

15 January 2013

Babies "Kembang"

Assalamualaikum..

"Saya selamat melahirkan anak.. Alhamdulilah, dapat kembar 4.. "

Masih ingat Kembang tak kauorang? Kembang dah dapat anak. hehe.. serius, happy gilalah. Alhamdulilah dan rasa terlalu teruja sebab inilah kali pertama zila akhirnya ada anak buah dan makayah dapat cucu baru. hehehe..  

Jumaat ~ Mak ada cakap, dah lama tak nampak Kembang, dah seminggu tak balik rumah. Selalunya kalau lapar ke, dia akan balik rumah. Kami sekeluarga cerita pasal kucing-kucing kt luar rumah tu, Ayah cakap adik beradik Kembang dah beranak, 

Keesokkannya (Sabtu)~  Kembang balik rumah juga, bagi dia makan, tengok dia makan berselera betullah, Lapar benor tu..Makan lauk ikan masak sambal (ayah masak) sedap sangat tak pandang kiri kanan. 



Malam Ahad ~ Kalau time malam, ayah memang tak bagi Mike / Kembang masuk rumah. Sebab bimbang bila orang semua tidur, takut dia membeseh dan berak merata-rata. Cuma siang je lah diaorang boleh 'lepaking' dalam rumah tu.. Malam tu, Kembang asyik mengiau je. Bila ayah bagi makan, dia tak nak makan pula, Kucing lain pula yang makan, Tapi still lagi mengiau. Zila bagi dia masuk rumah kejap, bagi dia makan. Tapi tetap tak makan juga, buat tak endah je makanan depan mata tu. Tapi asyik nak pergi bilik je. 

Zila tengok perut dia, kenapa lain macam je besarnya. Tengok dari belakang, nampaklah sisi kiri kanan perut dia, macam bunting. 

Zila : Mak kenapa perut Kembang besar je, bunting ke??
Adik : (Adik pergi usap perut Kembang, dia rasa macam ada kepala) A ah lah mak, dia bunting.
Mak : (Rasa juga mendapatkan kepastian) A ahlah, baru perasan. Agak kau bunting Kembang (bermonolog dgn kucing)

Mana tak perasannya, perut Kembang memang besar, Bila dia bunting, sorang pun tak tahu.. tup-tup je dah bunting. 

Ahad ~ Pagi-pagi ayah dengar anak kucing mengiau, ayah pergi jengah. Rupa-rupanya anak Kembang. Baru semalam, tengok perut dia. Sekarang dah kempis. Mak kata tiga ekor je hidup, yang lagi seekor dah mati. 

Meow~~~~nak susu ibu
Hitam/Putih : Tomi 
Kuning/Putih : Jery
Kuning : Miki 
Hitam : Tak sempat beri nama dah mati.

(nama pemberian oleh mak daku)

Tapi tak nampak pun ekor macam Kembang, mungkin kecik lagi kot. Tu yang tak nampak lagi tu. Semua kucing ini jantan, tak ada betina pun..

Perbualan kami : 
Mak :  patutlah malam semalam dia tak nak makan, mungkin masa tu dah bukak berapa cm.. hahaha
Zila : (terdiam) ye kot, hahaha..Anak siapa lah ni? Ada macam Ramadhan (kucing jiran), ada macam Mike juga. 
Mak : Dua-dua tak along. hahaha
Zila : Hahaha, ada pula macam tu. Tak kanlah macam tu. Satu benih je lah mak. 

Hahaha.. mak buat loya buruk pula.. 

"Ibu sayang kamu semua nak" Kembang berkata

Nanti ada potong jambul jangan lupa datang. hahahaha

25 December 2012

Own Library

Assalamualaikum..

Anda peminat novel? Anda pembeli dan pengumpul novel? Atau sekadar pinjam dari kawan-kawan? Kalau nak tahu kita mempunyai minat yang sama.. hehe..

Selama ini, zila cuma pinjam novel dari kawan-kawan je. Memang taak rasa nak memiliki novel sendiri. 

Start zila practical lah zila mula berminat nak ada koleksi sendiri. Duit elaun, zila beli novel. Kalau tak silap zila, novel pertama zila beli Harga Sebuah Cinta by Kak novelis kita Kak Hani Fazuha. Dari situ zila mula beli novel. Pernah sekali, zila beli 4 buah novel dalam satu hari, mentang-mentang ada member card jadi dapatlah murah. hehe.. Kalau dah kt kedai buku, zila akan tuju rak novel dulu. Belek-belek novel kt situ lama-lama pun tak apa. Tanda-tanda lama kt situ sebabnya dah rambang mata nak pilih yang mana satu, idaman kalbu (sambil menyanyi). 

Novel beli masa zaman practical dulu. 

Dulu masa sekolah nak baca novel pun sorok-sorok bila kt rumah. Sebab takut mak bising. Ayat yang selalu mak akan cakap macam ni. 

Mak : Baik baca buku daripada baca novel bukan dapat faedah.
Me : (diam je tapi dalam hati berkata "faedahnya dapat bina ayat-ayat sastera/lawa-lawa dalam karangan B.Melayu nanti" hehehe)

Bila dah habis sekolah :

Mak : Buat apalah beli novel, membazir je.
Me : (Diam juga, dalam hati "memang tahu ia membazir, tapi nk beli juga")


the latest collection, i have

"Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi" sebab adik zila pun dah start beli novel sendiri. Bila tengok akak dia pun ada. Jealous lah tu. hahaha. Tapi novel adik "Gaduh-Gaduh SayangSeandainyaAmir Minah Macho" novel yang sempat dia buat koleksi. Tapi tiga novel tu, zila tak sempat nak baca, maklumlah dah berkerjaya. 

Bak kata adik "Novel mu, Novelku juga. Novel ku, Novel mu juga". Maksud kau tu ada makna tu adik. haha.  Novel last zila beli Uda & Dara. Lepas  tu dah jarang beli sebab dah ada orang bagi nasihat, simpan duit tu untuk kahwin.

Setiap kali beli novel, sebelum baca zila kena ikut langkah-langkah ni :

  1. Sampul dulu dengan plastik jernih (nak jaga kualiti novel dari rosak)
  2. Kalau tak ada penanda buku, zila kena buat penanda buku sendiri (nak elak dari helaian muka surat tu terlipat) kalau bernasib baik dapatlah penanda buku free masa beli novel tu.
  3. Tulis nama, tarikh dibeli kt dalam cover novel tu (sebagai kenangan)



Nak pinjam tak?