Assalamualaikum..
Fuh.. agak kangen dengan blog ni. Dah tiga bulan tak update ni apa kes! Merindui kawan-kawan alam maya ni. Ceh ada ke orang nak rindu kita. Perasan! Kalau dah lama tak update memang sah berhabuk dan berlapok plus keciciran nak update. So jadilah cerita throwback.. Ok cukup dengan mukadimah yang confirm orang lain pun tak ambil kisah.
Ni cerita April punya throwback (cerita lapok)
Alhamdulilah dengan izin Allah, zila berjaya mengenggam segulung diploma (eh segulung ke) lulusan grafik dari Politeknik Ibrahim Sultan (Dulu dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru). Syukur Alhamdulilah :'). Pada zila ni juga adalah hadiah ulang tahun kelahiran zila. Kebetulan kan buat bulan april, selang 4 hari je, tak adalah lama sangatkan :p Pandai betul pihak poli manage kan tarikh kan.. :D
Ini buktinya I dapat :") |
Dan dapat ni juga. :) Purple I like |
Terima Kasih kawan-kawan |
Diaorang tak dapat datang hari masa konvo sebab time tu konvo buat hari isnin waktu mereka bekerja. Sedih. Tapi diaorang sudi datang malam sebelum konvo keesokkannya tu. Tak apa, dah datang pun dah kita ok. Terharu sangat. :) Terima Kasih Masih Ada Plan B, Dunia Tanpa Dakwat dan officemate (alang-alang tu promote sikit blog diaorang :p) sebab sudi datang malam. :')
Yang ni nak cerita part terkilan dan sedih ni. Dua minggu sebelum konvo, zila ada booking hotel Rose Cottage Hotel. Dah dapat booking.. Tup2 masa hari pendaftaran, tanya kawan menginap hotel mana. Diaorang kata kt Floral Hotel. Zila pun jawablah tidur kt Rose Cottage Hotel kt Masai area sama dengan kauorang ni. Ayat penuh yakinkan. Last2 kawan kata Rose Cottage Hotel dah tak ada kt Masai, dah tutup cawangan kt situ. Sekarang hotel tu ganti dengan Floral Hotel. Ahh... terus blur. Habis yang aku contact tu hotel mana pula. Bila call balik, rupa-rupanya hotel zila booking tu kata hotel cawangan dia kt Masai dah tutup. Sedih. Kelam-kabut minta mak ayah tolong booking kan Floral Hotel, kot2 ada kosong lagi. Alhamdulilah lega, ada bilikl kosong tapi kena berhimpit sikit. Kesian tengok ayah, mak dan adik. Serius terkilan.
Jari Jemari dan kaku,
Otak pun dah beku,
Mata pun dah layu,
Kita jumpa hari minggu,
:P
:P
Wassalam. Sekian. :)
3 comments:
hahhaa semakin jarang update kan???
haha.. a ah lah wen.. busy sikit. (busy lah sgtkan) :D
;’)
Post a Comment