Assalamualaikum....
Baru-baru ini, cousin kesayangan (Kak Teha) dan kejauhan telah melangsungkan perkahwinannya. Alhamdulilah.. Akhirnya dapat juga zila pergi Sabah minggu lepas. Ok yang ni tipu.
Tengok kak teha cun melecun habis, lain sangat muka dia, maklumlah kalau muka jarang make up. So bila dihari bahagia, nampak lebih berseri-seri gitu kau. Yang bestnya, saudara mara dari Johor dapat tiket free ke Sabah dari keluarga pengantin. Seminggu mereka pergi sana. Mak cik balik Johor bagi kami beli ole-ole Kuih Cincin, Ambuyat, Belacan dan Terubok Ikan Masin.
Ha Ambuyat!!?
Ambuyat ni merupakan salah satu makanan tradisional dari negeri Sabah dan Brunei. Teksturnya putih, licin tapi macam gam. Sekali kena tangan kau, memang melekat terus. Ok tipu lagi.
Diperbuat daripada pokok sagu rumbia. Daripada pokok sagu tu hasillah sagu rumbia. Serius baunya sangaaaatlah 'wangi' sebelum masak tu.
Rupa selepas dimasak dan sebelum dimakan. |
Tapi bila dah masak, sangatlah wangi. Bila dah makan pula sangatlah sedap lebih-lebih lagi letak dalam kuah asam. Semakin sedap jadinya. Tengok ayah makan berselera, bertambah makan. Zila pun turut serta menambah.
Ambuyat + kuah asam |
Cara-cara nak makan ambuyat ni pun bukan main klasik sungguh. Macam makan guna ala-ala chopstick tu. Tapi ni guna lidi sate nak makan,
nampak ada gam disitu |
Dah bertahun-tahun tak makan ni. Dulu makan masa saudara dari Sabah balik Johor, makan sama-sama dengan diaorang. So orang Sabah yang masak. Nak guna lidi jadi je, tak jatuh-jatuh pula. Nak ambil pun senang.
Tapi kali ni makan, payah bebenor. Last-last makan guna sudu cepat sikit masuk dalam mulut. Orang Johor baru first time buat, nasib baik ada mak cik yang pernah study kt sana jadi ingat-ingat balik step by step nya.
Sejak-sejak makan ambuyat dan kuih cincin ni. Tiba-tiba mulut ni selalu sangat menyanyi "Tinggi-tinggi gunung kinabalu.. blaa..blaa" lupa lirik
Sejak-sejak makan ambuyat dan kuih cincin ni. Tiba-tiba mulut ni selalu sangat menyanyi "Tinggi-tinggi gunung kinabalu.. blaa..blaa" lupa lirik
Salam Isra' Mikraj :)
9 comments:
salam..tq nur sudi baca cerpen sy...:-)..tggu next part ye..hehe
sy xpernah mkn mkanan ni..hehe...tringin lak nk merasa..
in shaa ALLAH..morning dear..:-)
haha pelik . tapi mesti sedap kan !
serius memang sedap. sebab tu tambah bnyk kali.. hehe.. makanan ni makanan rutin orang sabah, selalunya hidang bila kenduri kahwin.. :)
wahh...first time dengar pasal ambuyat ni!
kat sarawak ktaorg panggil ni INUT.sedppp
nana : Alkisahnya..kan.. tak makan nasi pun tak apa.. ehhe.. tapi nasi mesti nak makan juga. :D
cubalah sis.. memang sedapp.. :D
oh. saye tak pernah makan ambuyat ni. kuih cincin pernah lah :)
dill.
Post a Comment