Anda peminat novel? Anda pembeli dan pengumpul novel? Atau sekadar pinjam dari kawan-kawan? Kalau nak tahu kita mempunyai minat yang sama.. hehe..
Selama ini, zila cuma pinjam novel dari kawan-kawan je. Memang taak rasa nak memiliki novel sendiri.
Start zila practical lah zila mula berminat nak ada koleksi sendiri. Duit elaun, zila beli novel. Kalau tak silap zila, novel pertama zila beli Harga Sebuah Cinta by Kak novelis kita Kak Hani Fazuha. Dari situ zila mula beli novel. Pernah sekali, zila beli 4 buah novel dalam satu hari, mentang-mentang ada member card jadi dapatlah murah. hehe.. Kalau dah kt kedai buku, zila akan tuju rak novel dulu. Belek-belek novel kt situ lama-lama pun tak apa. Tanda-tanda lama kt situ sebabnya dah rambang mata nak pilih yang mana satu, idaman kalbu (sambil menyanyi).
Novel beli masa zaman practical dulu. |
Dulu masa sekolah nak baca novel pun sorok-sorok bila kt rumah. Sebab takut mak bising. Ayat yang selalu mak akan cakap macam ni.
Mak : Baik baca buku daripada baca novel bukan dapat faedah.
Me : (diam je tapi dalam hati berkata "faedahnya dapat bina ayat-ayat sastera/lawa-lawa dalam karangan B.Melayu nanti" hehehe)
Bila dah habis sekolah :
Mak : Buat apalah beli novel, membazir je.
Me : (Diam juga, dalam hati "memang tahu ia membazir, tapi nk beli juga")
the latest collection, i have |
"Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi" sebab adik zila pun dah start beli novel sendiri. Bila tengok akak dia pun ada. Jealous lah tu. hahaha. Tapi novel adik "Gaduh-Gaduh Sayang, Seandainya, Amir Minah Macho" novel yang sempat dia buat koleksi. Tapi tiga novel tu, zila tak sempat nak baca, maklumlah dah berkerjaya.
Bak kata adik "Novel mu, Novelku juga. Novel ku, Novel mu juga". Maksud kau tu ada makna tu adik. haha. Novel last zila beli Uda & Dara. Lepas tu dah jarang beli sebab dah ada orang bagi nasihat, simpan duit tu untuk kahwin.
Setiap kali beli novel, sebelum baca zila kena ikut langkah-langkah ni :
- Sampul dulu dengan plastik jernih (nak jaga kualiti novel dari rosak)
- Kalau tak ada penanda buku, zila kena buat penanda buku sendiri (nak elak dari helaian muka surat tu terlipat) kalau bernasib baik dapatlah penanda buku free masa beli novel tu.
- Tulis nama, tarikh dibeli kt dalam cover novel tu (sebagai kenangan)
tag : Tiada yang kedua, Cinta Perisa Dia, Kasih Ke Syurga, Merdu Lirik Kasih, Cinta Yang Kurasa, Biar Jadi Kaktus, Harga Sebuah Cinta, Senyuman Manismu, Hati Bergetar Rindu, Sekebun Bunga Cinta, Uda Dan Dara, Gaduh-Gaduh Sayang,Amir Minah Macho.
Nak pinjam tak?
10 comments:
Haha..mak tgk and mak ty satu novel Rm20 kn..cuba kira semuanya berapa? ibak jawab kepuasan mak..haha
hahaha.. cuba kau total semua sekali berapa?
my sister like novel sooo much... ena minat kumpul komik je... ena pun nk buat library komik satu hari nanti.. hikhik
wah.. selama ni sy ingat lelaki je minat kumpul komik ni. ena pun minat jgk.
ok lah tu, sorang minat novel, sorg lagi minat komik.. mcam2 koleksi tu. :)
waa.. banyaknyer novel!
anak kedua bunda minat sgt baca novel..
dulu akak mmg minat baca novel..seiring usia,sekarang dah malas..paling berkesan novel SALINA....sampai nanges2 akak baca
hehe..kite same!!sy pun de library novel kt umah...hehehe..dh nk roboh rak buku tu sbb penuh sgt..=)
hahaha... beli rak barulah pas ni tau.. hehe..
Haha kelakar lah ayat ni :
Bak kata adik "Novel mu, Novelku juga. Novel ku, Novel mu juga"
Post a Comment