25 February 2013

Majalah Pertama

Assalamualikum..

Alhamdulilah.. Akhirnya siap juga Majalah Sinar Sekolah Menegah Kebangsaan Bandar Easter Edisi 21 tapi merupakan majalah yang pertama sekali yang zila telah hasilkan.


Selama dua bulan buat ni. Buat ot kat rumah. Tapi sebulan je baru betul-betul struggle buat majalah ni. Sebulan awal main lengah-lengahkan je. hihihi . Itu penyakit malas namanya. ;D :P (senyum nakal) 


Lebih menyenangkan kerja, cikgu sekolah tu dah taip semuanya, just design dan copy paste je word. Lebih mudah lagi, cikgu buat dalam Illustrator. :D (senyum lebar lagi)


Terima kasih sangat kt family, kawan-kawan, bos sebab bagi sokongan kt zila untuk siapkan majalah ni. Cikgu Anas dan Cikgu Radiah, minta maaf sebab kacau je time cuti sekolah, asyik call je cikgu. :). Terima kasih sebab bekerjasama dengan saya. :)


Ambil masa tiga minggu untuk siap cetak. Kalau tak awal lagi. CNY seminggu kan.


Mula-mula warna cyan, lepas tu tukar warna kuning sbb dah rambang mata. @_@




Simple, tak suka sangat design yang menganggu pandangan. Peace!! (syok sendiri) :P
Serius, puas hati dengan hasilnya :D


psst : 
Harap cikgu-cikgu, murid-murid sekolah SMKBE berpuas hati dengan majalah yang tak serupa ni. :) Hanya ini saja yang mampu saya hasilkan :)

08 February 2013

JJCM di Kota Tinggi

Assalamualaikum...

Saja je nak bagi kauorang terliur.hahahaha (ketawa jahat).  Mana yang tengah lapar tu, maaf ye. :)  Kalau rasa tak dapat tahan air liur tu meleleh, better pergi makan sekarang.. :p

Nasi Goreng Kerabu - pengganti nasi kerabu kelantan, bolehlah daripada kempunan - TEPI SUNGAI KOTA

spagetti ~ bukan makanan sendiri, mengecek kt orang, sedap juga... :D - PIZZA-


Pun bukan makanan sendiri, mengecek juga - WITCHERY IDER-

Roti tisu, tak tertahan manisnya..:) - KEDAI MAMAK-

Nasi goreng ayam BATU 4

Nasi Ayam - TOK MAK-

Tahu Goreng - SANGGAR KOTA- Time sekolah, selalu pergi mengeteh  makan ni. hehehe

Mkanan sendiri~ Spaggeti bla bla - tak ingat namanya, tapi ada arabic macam tu lah.. :D - PIZZA-
Spaggeti white sauce + cheese - WITCHERY IDER-

Selamat menjamu selera.. 
Selamat Tengahari semua. 
Cuti CNY selama seminggu,
 Off cuti seminggu.. 

hehehe.. Wassalam. :)

~bersambung~


30 January 2013

Bas Degil Harung Air Banjir

Assalamualaikum..

Dari 18/1/2013, seminggu seterusnya.

Hujan tak henti-henti turun. Dari siang hingga ke malam dan bawa sampai keesokkan harinya. Jangan banjir sudahlah. Elakkan tak balik kota je, isnin bolehlah bagi alasan banjir tak boleh lalu.. hehehe...

Malam tu dengan akal bijak adik zila. Tengah tidur, boleh pula dia hala kipas kt depan muka dia.Tup-tup keesokkan bangun je pagi-pagi, dada mula sesak. Sahlah semput. Risau tengok. Ayah bawa pergi klinik masukkan gas, barulah elok sikit. Bolehlah bergurau-gurau dengan dia. hehe. Dapat main gusti-gusti ngn dia.. hahahaha

Dapat khabar berita, Batu 18 dah naik air. Kenderaan berat je yang boleh lalu. Air dah paras peha "KATANYA". Tapi kalau kenderaan ringan, bawa orang ramai, jadilah kenderaan berat sebab bawa mak cik (zila) semangat ni dalam kereta. hahaha..

Balik tu hantar zila lalu jalan Bukit Payung --> tembus Tenggaroh 2. Jauh tak jauhlah. Habis jalan dekat dah tak boleh lalu..

Banjir di Batu 18
Sepanjang perjalanan Jalan Jemaluang Mersing - Kota Tinggi


Akibat banjir ni.. mula-mula jalan Batu 18 je tak boleh lalu. Last-last, jalan Bukit Payung, tak boleh lalu.

Kesian family sebab terkurung kt sana selama berapa hari. Dengan bekalan makanan tak ada. Cuma beras je yg banyak. Hari tu mak belanja barang dapur sikit je. Mujur ada kebun kt belakang rumah, walaupun tak banyak. Alhamdulilah, kt sana dapat bekalan makanan banjir. Walaupun cuma biskut banjir, bersyukur sangat.


Bas yang degil, kan dah masuk side jalan - Jlan Bukit Payung