27 November 2012

Doa Senjata Islam

Assalamualaikum..

Curi pakcik google punya

Doa mempunyai kedudukan yang luar biasa di dalam ajaran Islam. Agama Islam mengajarkan umatnya berdoa, banyak perkara-perkara luar biasa terjadi yang tidak mungkin berlaku menurut akal. begitu luar biasa doa dalam agama Islam.

Contohnya :
  • Nabi Yunus AS, dapat keluar daripada perut ikan disebabkan dengan doa.
  • Bumi Mekah yang semuanya tandus, kering, sukar ditanam, tidak ada tumbuhan, menjadi subur dan ramai diziarahi umat seluruh dunia disebabkan dengan doa Nabi Ibrahim AS.
  • Nabi Muhamad s.a.w, selamat keluar daripada rumahnya sewaktu dikepung hendak dibunuh oleh tentera Abraha, juga disebabkan dengan doa. 
Berikutan mustahaknya doa, dalam Al-Quran, Allah s.w.t. memberikan banyak ayat daripadanya yang digunakan para nabi-nabi untuk memunajat kepadaNya. Seperti juga dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w terdapat banyak hadis- hadis Nabi Muhamad s.a.w yang mengajarkan kepada kita betapa pentingnya berdoa.

Berdoa kepada Allah, kerana doa itu senjata umat Islam. 




Berdoa merupakan cara kita berhubung dengan Allah s.w.t dan menunjukkan yang kita amat memerlukanNya dalam setiap perkara. Allah menciptakan manusia adalah untuk beribadah kepadaNya. Dan secara terang terangnya kita amat memerlukanNya sebagai tempat pengharapan pada permulaan, pertengahan dan juga pengakhiran. 

Tanpa berdoa tidak lengkap amalan seseorang sebagaimana Firman Allah :

"Katakanlah (wahai Muhamad) : "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapa yang serupa dengan-Nya"  - Surah Al-Ikhlas :1-4

Namun tidak bererti kita hanya berdoa tanpa melakukan sebarang usaha. Seharusnya setiap mukmin harus berjiwa positif dalam menguasahakan tugas dan tujuan masing-masing sambil mematuhi syariat. Selebihnya kita harus memanjat doa dan harapan kepada Allah untuk mencapai kejayaan. 


*pss: Amalakan D.U.I.T, bukan duit $_$ tapi stand for Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal

Sumber re-type : Buku 260 Doa Pelajar Ke Arah Kecemerlangan Dunia dan Akhirat


24 November 2012

10 Ribu Langkah

Assalamualaikum..

Dah lama betul tak berjogging ni, YES! zila dah berjaya menjadi penternak lemak dengan jayanya. Rasa macam tak sanggup lagi nak ternak. Senang je apa kata kita buang lemak tu jauh-jauh dengan aktiviti jogging. Confirm lah dia pergi jauh-jauh kalau ....

Dengan satu tujuan 10 ribu langkah

Balik kerja dengan 1 matlamat untuk datang sini.......

Taman  _ _A na Bandar Kota Tinggi (tak dapat dikenalpasti ayat tu)

Bagi men first jalan dulu, lady jalan belakang.

Dengan berbekalkan air mineral . 

Seperti yang kami lakukan juga


Mereka berjaya bakar lemak mengelilingi tasik

Setelah penat mengeluarkan peluh,

Sampai satu port, berehat sebentar 

bersama kerepek ubi pedas ~ nyumm~

Nampak makanan terus ngap sambil menikmati keenakkannya. Zila mana nk bakar lemak kalau kau mencekik tak sudah, sudah..

Semua ni tipu belaka,, zila bukan berjongging pun, hanya berjalan je. Seperti telah dijanjikan oleh mereka, mereka nak bawa zila main kt taman sambil makan kerepek ubi. Zila anggap mereka seperti abg zila. Maklumlah orang tak ada abangkan. Duduk tepi tasik bagi ikan makan kerepek. Tengok orang-orang berjogging, buat exercise tapi zila duduk sambil menikmati makanan. Makan pun boleh termenung.

Lepas tu, zila naik gelongsor pusing-pusing, dapat se-round je.

Kawan tanya "zila. How old are you?" . Dan zila jawab "I'm 12 years old." . Jawab adiknya kepada abangnya.

Ketawa mendengar jawapan zila yang sungguh perasan tu. Tak puas jadi budak kecik dulu sbb masa kecik jarang pergi taman permainan ni.

Nota : JOM JALAN 1000 LANGKAH UNTUK KESIHATAN!!!

22 November 2012

Ohh Simpul Biawak

Assalamualaikum..

Famous biawak ni dikalangan orang kena cramp

Dalam minggu ni dah banyak kali kena simpul biawak / tarik mengkarung / leg cramp. Zila baru tahu namanya simpul biawak dari kawan-kawan office. Selama ni zila panggil cramp je. Tarik mengkarung, bahasa orang utara kot. :) 

Tengah duduk layan blog & twiter sambil tonton cerita "Rooftop Prince"  tiba-tiba kaki cramp. Terus  "Adoii" menjerit kesakitan. Minta tolong suami ira picit jari kaki kuat-kuat. Walaupun sakit boleh lagi ketawa. Tengok jari kaki pun takut sebab nampak jari yang satu tu bengkok. 

Tadi dalam office. Tiba-tiba, jari kaki terus cramp, menjerit sikit tapi tak lah macam menjerit kt rumah. Cramp kali ni lama betul, picit kaki sendiri masih tak jalan juga. Kawan suruh pijak ibu jari guna tumit kaki. Tapi still sakit lagi. Sambung semula buat kerja, jalan pun terdengkot-dengkot, jari kaki still bengkok lagi. Tak boleh jadi ni, minta tolong kawan pula pijak kaki. Pun still tak elok-elok juga. Last2 google search sendiri macam mana nak hilangkan simpul biawak ni. Ooo baru thu cara merawat. Minta minyak angin dekat kawan, buat urutan tradisional sendiri. Alhamdulilah terus lega. Mak ai memang sakit, sakitnya memang tak boleh cakaplah. sampai sekarang pun rasa sakitnya walaupun sekadar suam-suam kuku lah macam tu. bahasa apa yang zila guna ni

Time tengah dibuai mimpi indah, tiba-tiba otot betis kejang, menjerit kesakitan sampai meleleh air mata tahan sakit. Lama juga menahan, betulkan urat-urat kaki ni. Malam tu kesejukkan tapi memang dah pakai gebor sebelum tidur lepas tu hilang. Nampak benor ganas tidurnya disitu. Zila jenis orangnya kalau tidur tak suka pakai kipas kuat-kuat, tapi zila berkongsi dengan ira, so kenalah faham2.. Kalau kt rumah makayah, zila dan adik beradik kalau nak tidur memang guna kelajuan kipas  2 / 1.

Punca  (mengikut kefahaman) :

  • Duduk tempat sejuk / cuaca sejuk sebab tu sakit ni datang time pukul 2-4 pagi gitu  (akhir-akhir ni hujan je)
  • Tak bersenam (rindu nak bersenam)
  • Badan banyak toksik dan angin dalam badan (seorang yg banyak angin dalam badan, asal picit je confirm keluar angin mulut)
  • Peredaran darah yang kurang baik.
  • Kekurangan kalsium.
  • Terlalu banyak fosforus.
  • Kekurangan garam (terutamanya dalam cuaca yang panas)

Rawatan
Minyak Angin Cap Kuda
  • Minta tolong orang tekan tapak kai dan picit-picit.
  • Sapukan minyak panas kt jari dan kaki
  • Picit ibu jari kuat-kuat, kalau tak kuat macam zila, pijak je ibu jari dengan tumit
  • Picit2 pergelangan kaki tu.
  • Tarik semua jari ke atas.
  • Terus bangun, try berjalan rasa sakit lagi tak.

*psst : kaki zila terasa sakit lagi ni, rasa urat tegang lagi. Macam ada 'harapan' nak kena lagi je..Stanby minyak dalam beg. Mesti!!