30 November 2011

TIPS UNTUK JAGA WEBSITE DAN BLOG ANDA SEMUA DARI DI HACKER


Assalamualaikum w.b.t

Sejak-sejak akhir ni zila rajin sikit untuk berblog, taip entry panjang-panjang macam karangan da maklumlah zila skg nga break semester, tapi yang tak bestnya, cuti-cuti dapat assigment. alahai rasa tak seronok sangat cuti kali ni..

Ok, beralih pada topik sebenarnya, zila terjumpa satu post dari Gigahackers dari Cyber 4rmy kt wall friend zila. Zila berminat dengan post dari gigahackers tu dan zila pun berminat nak kongsikan kt kawan2 semua bagaimana cara-cara / tips untuk jaga website, FB,Blog dari digondam atau di hacker k.. Tujuannya untuk sedarkan pembaca semua agar dapat menjaga security blog, facebook, twitter, akaun bank online dan sebagainya.. Memang bahaya peraang siber ni kan dan sekiranya blog @ web peribada korang di hack oleh orang lain, sudah tentu segala maklumat yang ada dalam website tu rosak dan sebagainya. Mesti korang stresskan bila kena di hack. Mungkin tip-tip ni korang da tahu, tapi ada juga yang tak tahu kan. Zila nak kongsikan apa yang zila tahu untuk korang semua.

Di sini, zila nak kongsikan sedikit tips untuk jaga website dan blog korang semua dari di hack :

  1. Pastikan pasword anda sentiasa gunakan kombinasi nombor dan huruf. Cth : gigahacker9876!@#$%^& . Elakkan menggunakan nama diri dari perkataan yang sebenar, nama keluarga-Tujuan nak pastikan pihak hackers tidak dapat meneka pasword yang anda sedang guna. Selaulah up to date korangnya punya password ok.
  2. Pastikan anda tidak menggunakan email yang sama dalam satu masa, Cthnya, akaun FB dan Blog di gunakan bersama dan juga pasword pun diguna bersama2 - Ini nak mengelakkan facebook dan juga blog anda di gondam dan sekaligus membawa masalah kepada anda.
  3. Pastikan anda jangan download apa2 content yang mempunyai virus, sbg contoh keygen. Kerana di dalamnya terdapat keylogger. Keylogger berfungsi sebagai alat untuk merakam apa yang kita taip dlaam komputer kita. Hal ini menyebabkan segala maklumat peribadi anda yang ditaip pada komputer peribadi anda di rakam dan dihantar kepada hanckers2 yang lain..
  4. Pastiakn anda tidak login pada web palsu, cthnya "phishing". Ini menyebabkan anda akan di alihkan ke satu laman web yang sama menyebabkan email & pasword anda di terima oleh hackers, bukannya machine blogger google k. So pastikan anda berhati-hati, Tips kt sini ialah pastikan anda lihat pada address bar betul2 sebelum login sesuatu perkara di laman web. Tahukan address bar kt mne? =)
Ada banyak lagi, Kalau korang nak tahu lebih lagi maklumat ni, korang boleh search kt internet ok..



29 November 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H

Assalamualaikum.. Rasanya zila tak terlambat lagi untuk wish Salam Ma'al Hijrah y ke 1433H..

Ok, korang mesti da ada gambar raya family untuk tahun ni. Tapi zila dan family baru je shoot gambar masa awal muharam y lepas. Terlambat shoot, sbbnya baju zila tak siap lagi.. hehe.. Now, baju tu da da siap pun sebulan lepas.. baru sekarang berkesempatan untuk pakai baju kali kedua untuk buat photo album family raya 2011 ni. Tema baju family raya tahun ni warna biru lembut/ cair. Tahun ni semua perempuan, mak zila buat maxi jubah.. Warna dinding raya warna hijau mcam contoh gambar family zila kt bawah tu.

Ok, mak zila sewa cameraman hehe,, sewa lah sangatkan. Mintak tolong je ngn anak jiran belakang rumah zila. Tapi last-last, camera sendiri yang shoot, pakai timer je. Berapa banyak kali nak shoot lah. Asyik tak jadi je. Nasib badanlah labu sbb jadi model tak bertauliah ni. hehe.. Akhirnya jadi juga, & dapat gambar yang berkenan dihati.

Zila nak kongsikan kt kawan2 gambar family zila shoot raya / awal muharam 1433H ni.. =)

Ni adalah keluarga zila,. cuba tgk muka adik laki zila. suka sangat wt muka mcm tu tau dy.. =)
dinding & langsir warna hijau jgk, raya tahun ni punya. Dah lama tak bertukar lansir & dinding. Tapi sarung kusyen warna gold, p simpan kt robok, pakai time raya je..

TQ.. Jumpa lagi next entry


28 November 2011

Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri..

Petua ini diajarkan oleh Dato Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda,menawan dan berseri..Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja,asalkan kita istiqamah mengamalkannya..

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
~ambil air segelas
~baca al-Fatihah sekali
~Ayatul Qursi sekali
~Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
~Tiup dalam air dan minum..Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga..
{Surah al-waqiah ayat 35 -38}

Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri,awet muda luaran dan dalaman,amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

~Baca "Ya Badiyah" 1 x
~Baca "Ya Nur" 1x
~Baca "Ya Hadi" 1 x
~Baca "Ya Allah" 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan,kemudian sapu ke muka kita..Lakukan setiap hari..

Cara 3:
~Amalkan membaca ayat2 seperti berikut :

~Baca ayat ke 35,36,37 dan 38 dari Surah Al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh..
~Selepas baca ayat2 ini,hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut..

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik,muda dan bertenaga luar dan dalam..
Semoga Bermanfaat..
InsyaAllah