18 June 2015

Simkad Ajaib

Assalamualaikum dan Hye semua..

Alhamdulillah akhirnya dapat juga update.. Kejap timbul, kejap tenggelam, kejap lagi timbul, lepas tu tenggelammm terus, ni timbul semula. Lepasni tak tahulah tenggelam ke timbul. Macam chipsmore. Ala kau cakap macam ada orang je baca and orang kenal kau je kan zila.. Ah!! Tak ada maknanya puunn... 

Sejak berkerjaya ini. Kaktila ni bukan main busy lagi uolls mengalahkan teeeettt je. Sampai bisnes pun tak terjaga, rugi banyak. Ceh.. cakap macam ada bisnes sendirikan.. Hahaha. btw memang ada bisnes pasif income.. Contoh Tone Excel, Zenith Gold, designer dan Shaklee. Ni ada orang ajak join bisnes lagi. Bisnes pasif income i pun tak terhandle ini kan nak ada bisnes lain. Tak larat kaktila oi.. Kaktila busy dengan aktif income,kerja makan gaji je.. Hua..Hua bila nak jadi pengganggur dan surirumah berjaya ni.... mmm.. Betullah kata orang tua, perempuan belajar tinggi-tinggi pun ke dapur juga nanti. Menyesal kaktila tak belajar masak kaw..kaw dulu. Ni dah nak kahwin baru kau terhegeh-hegeh nak google resepi kan.. Habislah kaktila, macam mana nak hadap mak mertuea ni..Balik-balik kau masak kicap, sambal, sambal ijo, singgang dan asam pedas. Kaktila yang makan ni pun boring wei lauk yang sama, kalau laki kaktila confirm dah muntah hijau.. hihihi..kata namanya duduk rumah bujang, masak simple2 je lah, jimat masa dan tenaga.

Ha.. cakap pasal Tone Excel, kauorang tahu tak apa itu Tone Excel? Tak tahu, mehh kaktila storymory sikit. 

kaorang topap sebulan berapa? RM20, RM30, RM50, RM100? Dapat pape tak? Confirm lah dapat, tapi dapat ZERO kan? hehehe.. Memang ler kauorang guna simkad tak ajaib C.M.D.U dan sengkatannya.hihi..Tak cakap pun kaktila dah tahu.hehe.. Rugi ler kaorang, guna handphone bertahun-tahun, berabad-abad pun, kauorang takkan dapat apa yang kaktila dapat sejak kaktila mengguna simkad ajaib TONE EXCEL ini. Boleh menambung tahu? Dapat balik duit yang kita topap tau. Tu namanya simkad ajaib. huhu..

Tone Excel (Tone Group, Tune Talk) tapi simkad ni boleh buat duit. 
KELEBIHAN yang TIADA pada SIMKAD lain.

1--> Modal hanya bawah RM100

2--> Anda boleh MENGEKALKAN NOMBOR LAMA anda tanpa bayaran EXTRA.

3--> PERCUMA airtime RM30 didalam simkad.

4--> SIMKAD PERCUMA


5-->Topap RM50 dapat RM20 PERCUMA

6-->TOPAP RM30 PERCUMA INTERNET 1GB


7-->PERCUMA PA iNSURANS RM100K

8-->Cash back 3% setiap kali isi topap

9-->Kumpul BIG POINT setiap kali isi topap (boleh redeem smartphone, ipad, tiket wayang, tiket konsert, tiket flight Air Asia)

10-->DISKAUN 30% untuk penginapan di TUNE HOTEL

11-->Insetif UMRAH/PERCUTIAN PERCUMA

12-->Cabutan Bertuah mingguan bulanan, tahunan



13-->Bonus Fast Track RM20 setiap kali didaftarkan ahli baru

14-->Komisyen sehingga 26% setiap kali ORANG LAIN topap.


Ala sen..sen je ke? Pernah dengar peribahasa "sikit-skit lama-lama jadi bukit". Dah ada orang berjaya buat bisnes ini sampai beribu-ribu ringgit. Contoh Ikon Tone Excel Mazelan Abas. Pergilah tengok testimoni beliau yang berjaya tu. 

Nak ke nak? 

Hubungi kaktila : 

Abnormal Member Tone Excel
Email : nurazilamd.lazi@gmail.com

Semoga berjaya dengan bisnes yang anda ceburi. Wassalam..


22 September 2013

Kerepek Bayam

Assalamualaikum.  Salam berhujung minggu. Salam tengahari. Salam Lunch. Salam Zuhur semua

Sayur bukan saja boleh buat sayur goreng yang campur dengan ikan bilis, bawang merah dan bawang putih. Selalunya sayur kita makan dengan nasi kan. Tapi ada sayur yang kita makan seperti snek. Makan depan tv, mulut mengunyah je. :D

Bayam bukan sekadar sayur yang dimakan dengan nasi, bayam pun bukan sejenis ulam. Tapi bayam ni boleh dimakan secara snek. Bayam ni digoreng dengan tepung gandum, jagung dan tepung beras. Ada juga yang letak ikan bilis. Tapi zila punya stail senang je. Beli tepung kentucy celup telur dah siap.hehe.. Better pakai sayur bayam kampung sebab daunnya lebih besar. 

Bahan-bahan :

Sayur bayam (berapa banyak kauorang nak makan atau buat stok)
Telur (dikacau)
Tepung goreng serbaguna (spicy atau biasa je)
Minyak masak

Cara-cara :
1. Siang dulu sayur bayam tu,buang batangnya (simpan). Ambil daunnya sahaja.
2. Dah siap siang. Celup daun dalam telur yang telah dikacau tadi.
3. Lepas tu, salutkan daun dalam tepung kentucy. (macam nak goreng ayam)
4. Dah salutkan, goreng daun bayam dengan minyak yang panas.
5. Dah garing lepas tu, angkat dan bolehlah makan sambil tengok tv dengan orang tersayangkan.. kan. :p

Bayam sedang digoreng
Siap digoreng 

tengok macam ala-ala ayam goreng je kan.

Adik zila yang beria-ia suruh buat ni. Minat sangat dia dengan kerepek bayam ni. Makan non stop tu. hehe.. 

psst : Doakan yang baik-baik untuk zila ye. Amin. :)

Wassalam

15 September 2013

Hadiah Terbesar

Assalamualaikum..

Fuh.. agak kangen dengan blog ni. Dah tiga bulan tak update ni apa kes! Merindui kawan-kawan alam maya ni. Ceh ada ke orang nak rindu kita. Perasan! Kalau dah lama tak update memang sah berhabuk dan berlapok plus keciciran nak update. So jadilah cerita throwback.. Ok cukup dengan mukadimah yang confirm orang lain pun tak ambil kisah.

Ni cerita April punya throwback (cerita lapok)

Alhamdulilah dengan izin Allah, zila berjaya mengenggam segulung diploma (eh segulung ke) lulusan grafik dari Politeknik Ibrahim Sultan (Dulu dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru). Syukur Alhamdulilah :'). Pada zila ni juga adalah hadiah ulang tahun kelahiran zila. Kebetulan kan buat bulan april, selang 4 hari je, tak adalah lama sangatkan :p Pandai betul pihak poli manage kan tarikh kan.. :D

Ini buktinya I dapat :")
Dan dapat ni juga. :) Purple I like
Terima Kasih kawan-kawan

Diaorang tak dapat datang hari masa konvo sebab time tu konvo buat hari isnin waktu mereka bekerja. Sedih. Tapi diaorang sudi datang malam sebelum konvo keesokkannya tu. Tak apa, dah datang pun dah kita ok. Terharu sangat. :) Terima Kasih Masih Ada Plan B, Dunia Tanpa Dakwat dan officemate (alang-alang tu promote sikit blog diaorang :p) sebab sudi datang malam. :')

Yang ni nak cerita part terkilan dan sedih ni. Dua minggu sebelum konvo, zila ada booking hotel Rose Cottage Hotel. Dah dapat booking.. Tup2 masa hari pendaftaran, tanya kawan menginap hotel mana. Diaorang kata kt Floral Hotel. Zila pun jawablah tidur kt Rose Cottage Hotel kt Masai area sama dengan kauorang ni. Ayat penuh yakinkan. Last2 kawan kata Rose Cottage Hotel dah tak ada kt Masai, dah tutup cawangan kt situ. Sekarang hotel tu ganti dengan Floral Hotel. Ahh... terus blur. Habis yang aku contact tu hotel mana pula. Bila call balik, rupa-rupanya hotel zila booking tu kata hotel cawangan dia kt Masai dah tutup. Sedih. Kelam-kabut minta mak ayah tolong booking kan Floral Hotel, kot2 ada kosong lagi. Alhamdulilah lega, ada bilikl kosong tapi kena berhimpit sikit. Kesian tengok ayah, mak dan adik. Serius terkilan.

Jari Jemari dan kaku,
Otak pun dah beku,
Mata pun dah layu,
Kita jumpa hari minggu,
:P

Wassalam. Sekian. :)