22 September 2013

Kerepek Bayam

Assalamualaikum.  Salam berhujung minggu. Salam tengahari. Salam Lunch. Salam Zuhur semua

Sayur bukan saja boleh buat sayur goreng yang campur dengan ikan bilis, bawang merah dan bawang putih. Selalunya sayur kita makan dengan nasi kan. Tapi ada sayur yang kita makan seperti snek. Makan depan tv, mulut mengunyah je. :D

Bayam bukan sekadar sayur yang dimakan dengan nasi, bayam pun bukan sejenis ulam. Tapi bayam ni boleh dimakan secara snek. Bayam ni digoreng dengan tepung gandum, jagung dan tepung beras. Ada juga yang letak ikan bilis. Tapi zila punya stail senang je. Beli tepung kentucy celup telur dah siap.hehe.. Better pakai sayur bayam kampung sebab daunnya lebih besar. 

Bahan-bahan :

Sayur bayam (berapa banyak kauorang nak makan atau buat stok)
Telur (dikacau)
Tepung goreng serbaguna (spicy atau biasa je)
Minyak masak

Cara-cara :
1. Siang dulu sayur bayam tu,buang batangnya (simpan). Ambil daunnya sahaja.
2. Dah siap siang. Celup daun dalam telur yang telah dikacau tadi.
3. Lepas tu, salutkan daun dalam tepung kentucy. (macam nak goreng ayam)
4. Dah salutkan, goreng daun bayam dengan minyak yang panas.
5. Dah garing lepas tu, angkat dan bolehlah makan sambil tengok tv dengan orang tersayangkan.. kan. :p

Bayam sedang digoreng
Siap digoreng 

tengok macam ala-ala ayam goreng je kan.

Adik zila yang beria-ia suruh buat ni. Minat sangat dia dengan kerepek bayam ni. Makan non stop tu. hehe.. 

psst : Doakan yang baik-baik untuk zila ye. Amin. :)

Wassalam

15 September 2013

Hadiah Terbesar

Assalamualaikum..

Fuh.. agak kangen dengan blog ni. Dah tiga bulan tak update ni apa kes! Merindui kawan-kawan alam maya ni. Ceh ada ke orang nak rindu kita. Perasan! Kalau dah lama tak update memang sah berhabuk dan berlapok plus keciciran nak update. So jadilah cerita throwback.. Ok cukup dengan mukadimah yang confirm orang lain pun tak ambil kisah.

Ni cerita April punya throwback (cerita lapok)

Alhamdulilah dengan izin Allah, zila berjaya mengenggam segulung diploma (eh segulung ke) lulusan grafik dari Politeknik Ibrahim Sultan (Dulu dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru). Syukur Alhamdulilah :'). Pada zila ni juga adalah hadiah ulang tahun kelahiran zila. Kebetulan kan buat bulan april, selang 4 hari je, tak adalah lama sangatkan :p Pandai betul pihak poli manage kan tarikh kan.. :D

Ini buktinya I dapat :")
Dan dapat ni juga. :) Purple I like
Terima Kasih kawan-kawan

Diaorang tak dapat datang hari masa konvo sebab time tu konvo buat hari isnin waktu mereka bekerja. Sedih. Tapi diaorang sudi datang malam sebelum konvo keesokkannya tu. Tak apa, dah datang pun dah kita ok. Terharu sangat. :) Terima Kasih Masih Ada Plan B, Dunia Tanpa Dakwat dan officemate (alang-alang tu promote sikit blog diaorang :p) sebab sudi datang malam. :')

Yang ni nak cerita part terkilan dan sedih ni. Dua minggu sebelum konvo, zila ada booking hotel Rose Cottage Hotel. Dah dapat booking.. Tup2 masa hari pendaftaran, tanya kawan menginap hotel mana. Diaorang kata kt Floral Hotel. Zila pun jawablah tidur kt Rose Cottage Hotel kt Masai area sama dengan kauorang ni. Ayat penuh yakinkan. Last2 kawan kata Rose Cottage Hotel dah tak ada kt Masai, dah tutup cawangan kt situ. Sekarang hotel tu ganti dengan Floral Hotel. Ahh... terus blur. Habis yang aku contact tu hotel mana pula. Bila call balik, rupa-rupanya hotel zila booking tu kata hotel cawangan dia kt Masai dah tutup. Sedih. Kelam-kabut minta mak ayah tolong booking kan Floral Hotel, kot2 ada kosong lagi. Alhamdulilah lega, ada bilikl kosong tapi kena berhimpit sikit. Kesian tengok ayah, mak dan adik. Serius terkilan.

Jari Jemari dan kaku,
Otak pun dah beku,
Mata pun dah layu,
Kita jumpa hari minggu,
:P

Wassalam. Sekian. :)

07 June 2013

Pelik Ambuyat

Assalamualaikum....

Baru-baru ini, cousin kesayangan (Kak Teha) dan kejauhan telah melangsungkan perkahwinannya. Alhamdulilah.. Akhirnya dapat juga zila pergi Sabah minggu lepas. Ok yang ni tipu

Tengok kak teha cun melecun habis, lain sangat muka dia, maklumlah kalau muka jarang make up. So bila dihari bahagia, nampak lebih berseri-seri gitu kau. Yang bestnya, saudara mara dari Johor dapat tiket free ke Sabah dari keluarga pengantin. Seminggu mereka pergi sana. Mak cik balik Johor bagi kami beli ole-ole Kuih Cincin, Ambuyat, Belacan dan Terubok Ikan Masin.

Ha Ambuyat!!?

Ambuyat ni merupakan salah satu makanan tradisional dari negeri Sabah dan Brunei. Teksturnya putih, licin tapi macam gam. Sekali kena tangan kau, memang melekat terus. Ok tipu lagi. 

Diperbuat daripada pokok sagu rumbia. Daripada pokok sagu tu hasillah sagu rumbia. Serius baunya sangaaaatlah 'wangi' sebelum masak tu. 

Rupa selepas dimasak dan sebelum dimakan.

Tapi bila dah masak, sangatlah wangi. Bila dah makan pula sangatlah sedap lebih-lebih lagi letak dalam kuah asam. Semakin sedap jadinya. Tengok ayah makan berselera, bertambah makan. Zila pun turut serta menambah. 

Ambuyat + kuah asam

Cara-cara nak makan ambuyat ni pun bukan main klasik sungguh. Macam makan guna ala-ala chopstick tu. Tapi ni guna lidi sate nak makan, 

nampak ada gam disitu


Dah bertahun-tahun tak makan ni. Dulu makan masa saudara dari Sabah balik Johor, makan sama-sama dengan diaorang. So orang Sabah yang masak. Nak guna lidi jadi je, tak jatuh-jatuh pula. Nak ambil pun senang. 

Tapi kali ni makan, payah bebenor. Last-last makan guna sudu cepat sikit masuk dalam mulut. Orang Johor baru first time buat, nasib baik ada mak cik yang pernah study kt sana jadi ingat-ingat balik step by step nya.

Sejak-sejak makan ambuyat dan kuih cincin ni. Tiba-tiba mulut ni selalu sangat menyanyi "Tinggi-tinggi gunung kinabalu.. blaa..blaa" lupa lirik

Salam Isra' Mikraj :)