07 June 2013

Pelik Ambuyat

Assalamualaikum....

Baru-baru ini, cousin kesayangan (Kak Teha) dan kejauhan telah melangsungkan perkahwinannya. Alhamdulilah.. Akhirnya dapat juga zila pergi Sabah minggu lepas. Ok yang ni tipu

Tengok kak teha cun melecun habis, lain sangat muka dia, maklumlah kalau muka jarang make up. So bila dihari bahagia, nampak lebih berseri-seri gitu kau. Yang bestnya, saudara mara dari Johor dapat tiket free ke Sabah dari keluarga pengantin. Seminggu mereka pergi sana. Mak cik balik Johor bagi kami beli ole-ole Kuih Cincin, Ambuyat, Belacan dan Terubok Ikan Masin.

Ha Ambuyat!!?

Ambuyat ni merupakan salah satu makanan tradisional dari negeri Sabah dan Brunei. Teksturnya putih, licin tapi macam gam. Sekali kena tangan kau, memang melekat terus. Ok tipu lagi. 

Diperbuat daripada pokok sagu rumbia. Daripada pokok sagu tu hasillah sagu rumbia. Serius baunya sangaaaatlah 'wangi' sebelum masak tu. 

Rupa selepas dimasak dan sebelum dimakan.

Tapi bila dah masak, sangatlah wangi. Bila dah makan pula sangatlah sedap lebih-lebih lagi letak dalam kuah asam. Semakin sedap jadinya. Tengok ayah makan berselera, bertambah makan. Zila pun turut serta menambah. 

Ambuyat + kuah asam

Cara-cara nak makan ambuyat ni pun bukan main klasik sungguh. Macam makan guna ala-ala chopstick tu. Tapi ni guna lidi sate nak makan, 

nampak ada gam disitu


Dah bertahun-tahun tak makan ni. Dulu makan masa saudara dari Sabah balik Johor, makan sama-sama dengan diaorang. So orang Sabah yang masak. Nak guna lidi jadi je, tak jatuh-jatuh pula. Nak ambil pun senang. 

Tapi kali ni makan, payah bebenor. Last-last makan guna sudu cepat sikit masuk dalam mulut. Orang Johor baru first time buat, nasib baik ada mak cik yang pernah study kt sana jadi ingat-ingat balik step by step nya.

Sejak-sejak makan ambuyat dan kuih cincin ni. Tiba-tiba mulut ni selalu sangat menyanyi "Tinggi-tinggi gunung kinabalu.. blaa..blaa" lupa lirik

Salam Isra' Mikraj :)


21 May 2013

Se'Genap' Pekerja

Assalamualaikum.. 

Alhamdulilah.. genaplah setahun 15 Mei 2013 minggu lepas, zila menjadi warga bekerjaya pekerja. Dapat juga sambut Hari Pekerja untuk kali pertamanya. :D. Jadi setahun juga lah zila bekerja di company sekarang. Dah 4,3 orang baru dah masuk kerja situ dan bertukar-tukar dah. Tapi muka ni juga masih ada kt sini.

Kawan-kawan di tempat kerja pun best-best semuanya. Sporting. Seronok kerja kalau ada kawan yang macam tu kan..

Bukan kt tempat kerja dapat kawan baru. Luar dari tempat kerja pun dapat juga berkenalan dengan kawan-kawan baru. :D 

Zila hanya sempat tanam anggur cuma dua minggu je. Anggur pun tak sempat nak berbuah lagi. :) Tak puas nak rehatkan diri katanya. :D Alhamdulilah dah rezeki Allah bagi. Bersyukur :)

Sebelum habis diploma, zila dah mula busy apply kerja. Sebab katanya "Tak nak mengganggur lama sangat".  Cehh...

Katanya nak kumpul duit untuk sambung study. Alhamdulilah dapat peluang sambung belajar di UMK dapat course Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan. Bukan senang nak dapat UPU ni. 

Tapi tolak atas sebab-sebab tertentu. :) Kalau tak sekarang tengah semeaster dua, dah ada kt Kelantan. Makan nasi kerabu! Tengah tungkus lumus siapkan assigment. Ada kawan baru lagi. Duduk hostel. ----->Dah lama tak duduk hostel :D hehe <--- rindu 

Peluang pertama dah tolak. Adakah ada peluang kedua, ketiga dan seterusnya?? 

"Semoga mendapat rezeki yang halal, Diperluaskan rezeki. Mendapat rezeki yang diberkati. Amin Ya Rabbal Alamin. :)"

I'm DESIGNER.. and YOU? :D





12 May 2013

Mak....

Assalamualaikum..

Hari ibu.. terus terang zila katakan zila tak pernah sambut Hari Ibu. SERIUS!!

Mesti kauorang cakap "eee.. budak ni memang tak kenang budi jasa ibu bapa dia"

Astagfiruallazim.. Ya Allah jauhkanlah aku dari sikap sebegitu.

Ya.. dulu zila memang tak tahu bila tarikhnya.. sebab tu tak sambut-menyambut ni. Bila dah besar dah tahu tarikhnya pada minggu kedua hari Ahad bulan Mei. Zila still tak sambut. Sebab zila rasa hari ibu adalah setiap hari. Bukan setiap hari tu je kan. Kenangkan setiap hari.

Hadiah istimewa ku untuk ibu ku..doa yang tak putus-putus setiap hari. Setiap hariku adalah hari ibuku...walau ibu menghadap ilahi. Hari-hari akan ku utuskan hadiah untuknya.. InshaAllah.. :D
 

UAI ADA BERKATA :
SAMBUTAN HARI IBU ADALAH HARAM (!)
Tak elok kita sambut . Dalam Islam , kita kena kenang jasa ibu setiap masa . Bila saja kita ada kesempatan , ziarahlah ibu dan berikan hadiah buat ibu .

- pesanan daripada => Ustaz Azhar Idrus :)*copy&paste*
UAI ADA BERKATA LAGI :
HARAM sambut hari ibu, Sambutan Hari Ibu adalah perayaan kristian. 
RASULLAH S.A.W BERSABDA :
Doakan Ibu bapa Murah Rezeki;
  “Apabila seseorang itu tidak lagi mendoakan kedua ibubapanya, sesungguhnya dia telah memutuskan jalan rezekinya”. (Hadith Riwayat Ad-Dailami)
 
~Wallahualam bi shawab~ 
Semoga mak dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan. lebih diberkati, dipanjangkan umur, semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.. Amin. ya rabbal Alamin. 
Mak. you are a best mom i have. I don't wanna anything in my life. I just need you always my side everywhere i'm going. Happy Mother day.