16 March 2013

Makan Masakan Gemuk

Assalamualaikum..

Yeah.. cerita pasal makan ni. Memang sah dalam fikiran ni terbayang makanan yang enak-enak belaka. 

"Ya Allah, sedapnya",  "Marvelous", "Laparlah".

 Lagi-lagi kalau tengok gambar, iklan yang boleh menaikkan nafsu makan ni. Waaa nak nangis pun ada.. Confirm tekak ni telan air liur banyak kali, nasib baik pakai tudung, kalau tak pakai nampaklah halkum ku bergerak atas bawah kan.

Aktiviti lepas balik kerja. Kadang-kadang tu mengeteh ngn kawan-kawan. Kalau mengeteh mestilah minum air sambil pekena roti canai cicah kari je kan. Tapi ni bukan kira mengeteh bagai. Habis kalau dah order makanan set, makanan berat. Itu namanya makan malam. huhu >_<

Kalau time picnic. Makan apa-apa pun masuk je. Memang berselara makan ramai-ramai ni. Lagi-lagi lah masakan mak. hehehe... Masakan zila?? Errrr.. tak pro macam mak dan perempuan yang lain-lain. Still learning. Kadang-kadang sampai lupa resepi. Mana tak nya dah belajar satu masakan tapi tak practice. Tu yang jadi lupa. Practice make perfect right?? hehehe :D Kalau ada rumah sendiri, ada dapur confirm punya setiap hari pegang kuali, sudip tu. :p >_<


Mee Rebus Azizah Sdn Bhd. Nyuummy gulp~~~



Ayam dan ikan 


Kalau selalu sangat melantak makan. Ini lah jadinya, ramai kawan tegur.

"Zila, kau makin gemuk ea sekarang", "Zila tembamnya kau", "Zila, tak takut gemuk ke?" "Zila bagi aku sikit daging kau" "Zila bla..bla..bla.....". 

Sampai kelu lidah nak jawab. "Errrrr......." Jawapan selamat

  "Hati senang, Alhamdulilah, maybe tu mok jadi nya"
tak pun
  "maybe kau dah lama tak jumpa aku, sebab tu kau fikir aku gemuks" 

Jawapan yang tak berapa nak selamatkan macam bagus sangatkan.
"Kalau nak gemuk macam haku ni, makanlah banyak-banyak" (pending kejap,boleh ea)

Ni lah gaya budak kelaparaan!! Tak perasan ada org snap. 

psst : InshaAllah akan rajinkan diri untuk update ok.. dah macam chipsmore dah tapi sedap.. :)

25 February 2013

Majalah Pertama

Assalamualikum..

Alhamdulilah.. Akhirnya siap juga Majalah Sinar Sekolah Menegah Kebangsaan Bandar Easter Edisi 21 tapi merupakan majalah yang pertama sekali yang zila telah hasilkan.


Selama dua bulan buat ni. Buat ot kat rumah. Tapi sebulan je baru betul-betul struggle buat majalah ni. Sebulan awal main lengah-lengahkan je. hihihi . Itu penyakit malas namanya. ;D :P (senyum nakal) 


Lebih menyenangkan kerja, cikgu sekolah tu dah taip semuanya, just design dan copy paste je word. Lebih mudah lagi, cikgu buat dalam Illustrator. :D (senyum lebar lagi)


Terima kasih sangat kt family, kawan-kawan, bos sebab bagi sokongan kt zila untuk siapkan majalah ni. Cikgu Anas dan Cikgu Radiah, minta maaf sebab kacau je time cuti sekolah, asyik call je cikgu. :). Terima kasih sebab bekerjasama dengan saya. :)


Ambil masa tiga minggu untuk siap cetak. Kalau tak awal lagi. CNY seminggu kan.


Mula-mula warna cyan, lepas tu tukar warna kuning sbb dah rambang mata. @_@




Simple, tak suka sangat design yang menganggu pandangan. Peace!! (syok sendiri) :P
Serius, puas hati dengan hasilnya :D


psst : 
Harap cikgu-cikgu, murid-murid sekolah SMKBE berpuas hati dengan majalah yang tak serupa ni. :) Hanya ini saja yang mampu saya hasilkan :)

08 February 2013

JJCM di Kota Tinggi

Assalamualaikum...

Saja je nak bagi kauorang terliur.hahahaha (ketawa jahat).  Mana yang tengah lapar tu, maaf ye. :)  Kalau rasa tak dapat tahan air liur tu meleleh, better pergi makan sekarang.. :p

Nasi Goreng Kerabu - pengganti nasi kerabu kelantan, bolehlah daripada kempunan - TEPI SUNGAI KOTA

spagetti ~ bukan makanan sendiri, mengecek kt orang, sedap juga... :D - PIZZA-


Pun bukan makanan sendiri, mengecek juga - WITCHERY IDER-

Roti tisu, tak tertahan manisnya..:) - KEDAI MAMAK-

Nasi goreng ayam BATU 4

Nasi Ayam - TOK MAK-

Tahu Goreng - SANGGAR KOTA- Time sekolah, selalu pergi mengeteh  makan ni. hehehe

Mkanan sendiri~ Spaggeti bla bla - tak ingat namanya, tapi ada arabic macam tu lah.. :D - PIZZA-
Spaggeti white sauce + cheese - WITCHERY IDER-

Selamat menjamu selera.. 
Selamat Tengahari semua. 
Cuti CNY selama seminggu,
 Off cuti seminggu.. 

hehehe.. Wassalam. :)

~bersambung~