![]() |
| Sila Matikan rokok anda !! |
Rokok naik harga, tapi masih ada lagi orang yang sanggup beli. Kenapa Malaysia ni tak stopkan bekalan import atau export rokok ni. Walaupun harga import rokok dan cukai dah dinaikkan tapi perokok tegar tetap mampu beli lagi. Hasrat murni kerjaan untuk naikkan harga rokok untuk mengurangkan jumlah perokok negara ni memang dah baik. Tapi kan lebih baik kalau diharamkan jual rokok ni.. Nak cari sekotak rokok bukan main senang lagi kan. Rokok ada jual kt mana2 je. Kt Kedai Makan, 7e, Kedai Runcit, Stesen Minyak, restoran dan lain-lain. Siap tayang-tayang lagi rokok tu kt kaca antik.
Zila ni alah pada rokok. Bila terkena asap rokok, maaf kalau zila seboleh-boleh nak halau rokok tu daripada masuk hidung, tutup hidung dan kembang -kembang kan hidung tu ye. Kalau nak merokok tu, sila jarakkan anda dari zila.
Kt kotak rokok tu. Walaupun dah terang-terang bahayanya merokok. Mereka still nak menghisap lagi. Rokok tu bukan lagi membahayakan nyawa si perokok,, tapi ia juga lebih berbahaya kt orang tak hisap rokok tu. Merokok ini tidak hanya merugikan anda, tetapi ia juga merugikan orang disekitar anda. Kalau peduli tentang diri anda dan orang lain, maka wajiblah kita "STOP MEROKOK"
Satu rokok kotak tu dalam RM10. Selama seminggu/sehari kalau kita simpan duit tu kan lagi berfaedah.
Note :
- Alhamdulilah, ayah zila bukan perokok :)
- Semoga kawan-kawan jangan sekali2 nak cuba merokok
- Perokok sayangngi lah diri anda, keluarga dan orang tersayang.
- Yang mana nak berhenti merokok tu, sedang practice. lakukan secara berterusan, minum air masak banyak2. Nicotin ada, trylah kalau belum cuba lagi. Berdoa, niat dalam hati, ikhlaskan diri, berusaha, ikhtiar dan tawakal. :)
* Adakah anda seorang perokok? Adakah anda sedang berniat untuk berhenti merokok? Adakah anda baru nak berjinak-jinak hisap rokok? Adakah anda sedang practice mengurangkan hisap rokok?\


