24 October 2012

Rangka Kereta VS Rangka Ayam

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, zila masih bernafas di bumi Allah dengan keizinan-Nya. Pernah makan rangka ayam mesti sedapkan, sehingga menjilat jari. Tapi ni bukan nak cerita rangka ayam tapi cerita rangka kereta. Perbezaanya, rangka ayam boleh makan,sedap.. tapi rangka kereta yang hangus????

Kauorang pernah tak tengok kereta terbakar depan mata kauorang sendiri tak? zila? tak pernah. Tapi pernah tengok rangka kerata yang telah dijilat api. Antara punca boleh terbakar mungkin berlaku kemalangan, gemar mengubah aksesori kenderaan contohnya pasang lampu kt bawah kenderaaan lepas tu ubah suai kenderaan..  lagi-lagi barang dyorang tu tak ada lesen.

Ahad lepas, pegi JB nk jenguk adik kt poli. Sepanjang perjalanan, boleh dikatakan nampak 3 buah kereta yang tinggal rangka je. Sah-sah kebakaran habis kalau dah tinggal rangka je kan. First nampak jalan kt pulada, kereta wira ---> lepas tu pula Kerata saga (Jalan Kampung Sungai Tiram ) ---> Singgah pasar malam kt scintex beli buah tangan untuk adik jumpa pula Van sekolah (depan kedai scientex elok je kt tempat parking). Kalau kt tepi jalan tu mungkin kemalangan atau pun terbakar sendiri. Tapi kalau kt depan kedai je, elok je parking, rasanya tu memang dah terbakar sendirianya. Masuk pasar malam ternampak "rangka ayam" pulop..

Harap tuan punya kereta-kereta tu selamat tak ada cedera parah atau pun maut.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Musim hujan sekarang, cari port untuk "berkhelah" kt Taman Layang-Layang. Yes, akhirnya jumpa. Sebelum makan buat sesi fotografi satu family dengan power camera samsung galaxy...

twist potato.. Ngee :p . my sister

Wassalam.. :)

20 October 2012

Politeknik Merlimau

Assalamualaikum...

Psst.. zila bukan ex-student Politeknik Merliamu, zila ex-student Politeknik Ibrahim Sultan (Politeknik Johor Bahru). Tajuk je Politeknik Merlimau sebab artwork pernah zila buat kt situ. :p tongueBukan nak sombong tapi sebagai designer mesti kita rasa gembira, bila design kita dipaparkan, digantungkan di tepi jalan, di bangunan, digunakan ye tak. Sekurang-kurangnya, kita rasa bersyukur, say 'Alhamdulilah' bila kita dapat satu perkara yang gembira kan. Kalau tanya pada designer lain mesti mereka rasa macam tu kan.


Salah satu signboard di depan bangunan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.


Ni pula-  arrow 'Culinary Lab' tempat masak-masak tu

Pintu masuk Jabatan
Gambar yang terakhir tu bukan zila yang buat, yang tu company lain yang buat 'font' tu. Lepas tu hantar kt kedai, pekerja yang tolong finalkan je letak gold.

Berpeluh pasang ni, dengan gigih zila panjat tinggi semata-mata untuk pasang ni. hahaha.. nampak benor nipu nya. Sah-sah general worker yang pasang ni. Sah-sah lah zila duduk office saja sambil menambahkan lemak kt badan ni, satu titik peluh pun tak keluar.  Mesti ada barang yang mereka gunakan untuk contohnya pakai 'cren'.

To student Politeknik Merlimau mungkin ada pernah nampak atau perasan dengan design signboard ni. Designnya simple je tak memeningkan kepala. Cuma orang yang gantung atau pasang je lah guna tenaga sampai keluar keringat kt dahi tu.

Ni semua adalah hasil kerja zila masa zila practical kt dulu. Alhamdulilah, masa practical banyak design-design kita dah hasilkan. Bila dalam kereta nampak satu design yang kita buat, zila berkata ''makayah tu design along buat. hehehe.."

15 October 2012

Aku adalah seekor "Kembang"

Assalamualaikum...



Aku adalah seekor kuciing betina. Aku telah dijumpai oleh seorang budak lelaki yang sedang bermain-main dengan kawan-kawanya. Aku telah dibawa balik ke rumahnya. Aku dimandikan, dikeringkan supaya bulu aku ini menjadi 'kilat' berseri. Aku meronta-meronta untuk dilepaskan, tapi apakan daya, kekuatan budak lelaki itu lebih kuat berbanding tubuhku yang masih kecil lagi.

Aku telah diberi nama 'kembang' kerana aku mempunyai ekor yang kembang dan sentiasa dinaikkan atas. Aku selalu ditegur supaya menjadi 'perempuan seekor betina yang sopan-santun, menutup aurat' kerana aku sering mengangkat ekorku. Aku tidak tahu macam mana hendak menurunkan ekorku.. Mungkin kerana aku mempunyai 'aset' ekor yang kembang sebab itu aku tidak mampu untuk menurunkannya selalu.

Aku memiliki bulu berwarna coklat, kuning dan putih. Aku tidak tahu, sama ada aku ini mengikut "germ' ibu atau ayah aku. Sewaktu aku kecil, aku selalu diberi makanan kucing. Aku sangat suka akan makananku itu. Kerana bila aku makan makanan itu, aku mempunyai bulu yang sihat, mata berkilauan, dan 'cubby' macam budak lelaki yang mengambilku sebagai kucing belaan. Aku juga memiliki mata yang besar. Aku juga memiliki perut yang besar, walaupun tubuh aku comel. Manusia kata 'buncit'. Kadang-kadang mereka fikir aku bunting anak empat, TIDAK, perut aku cuma buncit saja. Buktinya, sampai sekarang perut aku tidak kempis dan aku masih tidak mempunyai anak kandung sendiri.

Di dalam rumah itu, aku juga ada ramai kawan. Aku dapat berkenalan dengan 'Mike' seekor kucing jantan yang 'macho'. Mike juga haiwan belaan tuannku. Selain Mike, aku juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang selalu datang ke rumah tuanku untuk makan. Walaupun mereka bukan kucing belaan, tuan aku tidak 'lokek' untuk memberi makanan kepada mereka. Aku sunggu bertuah kerana terpilih menjadi haiwan belaan mereka.

Aku suka tidur di bilik anak perempuan tuan aku, kadang-kadang di bilik tuanku, kadang-kadang dibilik jahit, dan kadang-kadang aku tidur di ruang tanu. (berapa banyak kadang-kadanglah).  Aku selalu duduk di rumah je, sebab aku tahu, aku ini seekor kucing betina kenalah duduk dirumah je.. Walaupun kadang-kadang tuan-tuan aku pernah marah aku, mereka tetap sayang aku. Mereka sayang aku kerana aku ni tak dengar kata.

Aku pernah di bawa jalan naik ke kereta. Aku duduk di dalam kereta selama 4 jam. Rupa-rupanya aku telah dibawa ke Kg Serom 1, Muar. Aku telah berkenal dengan saudara-mara tuanku itu. Dan aku juga telah berkenalan dengan seekor kucing betina 'comat'. Comat adalah kucing belaan datuk dan nenek 'penulis'. Aku ditinggalkan di kampung atok, tujuannya supaya Comat tidak keseorangan. Aku sempat tinggal di sana selama dua bulan je. Aku terus di bawa balik ke Kota Tinggi. Aku telah hidup bersama tuan aku selama 2 tahun lebih. Aku dijaga dengan baik.

* Aku takut pada penyapu, tapi kenapa Mike tu tak takut pada penyapu eh??

~~~ Bersambung ~~~