13 October 2012

HM - Fire Dragon

Assalamualaikum..

Skip entry yang pernah zila janjikan pasal kak siti zila tu.. Entry tu akan diceritakan nanti. hehe.. Sebabnya terasa 'teruja' nak ceritakan entry ni..

Zila baru balik dari tengok wayang kt MBO Heritage Mall. Dapat tengok movie "Hantu Kapcai". Walaupun cerita tu dah nak habis tayangannya kt pawagam..

  1. Dari sudut pandangan zila, cerita tu memang best tapi ada unsur-unsur yang sangat tak 'menarik' di mata dan telinga zila.  
  2. Yang dah tengok mesti tahukan.. so zila tak nak cerita apa-apa. Mungkin pada orang lain itu perkara biasa, tapi ada segelintar orang dapat rasa apa yang zila rasakan. OK, stop pasal cerita tu.
  3. Tempat yang besar dan dikenali ramai tapi ruang untuk solat sangat kecil. Itu zila tak kisah sangat.
  4. TAPI kenapa tak buat surau berasingan untuk lelaki dan perempuan. Bila ada perempuan/lelaki dalam surau tu, si perempaun/lelaki terpaksa menunggu giliran untuk solat. Tak ke itu merugikan masa lagi-lagi jangka masa waktu solat pendek seperti maghrib. 
  5. Ambil wuduk pun di'charge'. Sangat berkira. Masih tak kisah lagi.
  6. Dengan tak ada nya arrow, so mereka akan tercari-cari mana lokasinya. Kalau tak ada, meh sini tempah kt zila, zila tolong buatkan. :p 
Tapi itu semua dugaan, kita sebagai pengguna bersabar je. :) Bayangkan kalau tempat itu diusahakan oleh orang muslim, mungkin nasib orang islam terbela. InsyaAllah..

Depan pintu masuk mall, nasib baik ada pertunjukkan api, sekurang-kurangnya dapatlah hiburkan hati yang 'kecewa'. Lihat aksi-aksi dua beradik ni bermain dengan api. Seperti api itu adalah kawan rapatnya. Api tu tak 'makan' mereka pula. Mereka sangat lincah bermain api tu. Amazing!!. Sangat seronok melayan persembahan tu. Pelbagai gaya yang menarik ditunjukkan. Dipusing-pusingnya kayu api tu, dihembus-hembus dan tarian api itu mengikut rentak muzik. Diminum minyak tanah masuk dalam mulut lepas tu sembur-sembur kt api. Tu yang kita nampak api keluar dari mulut mereka.  Lepas tu dimasukkan api dalam mulut, tiba-tiba padam. Zila yang duduk jauh terasa bahang panasnya.. lagilah bila tengok, rasa menakutkan (dalam hati sila jarakkan diri anda dr saya).

sumber dari Mrs. Google.

P/S :

  1. Jangan tiru aksi ini dirumah, kelak ia akan memakan diri sendiri. 
  2. Mari sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah pelajar perempuan Politeknik Ibrahim Sultan  (PIS, tempat zila belajar dulu). Student Tourism Semester5 kemalangan di jalan kubur islam berdekatan Poli.. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Amin~
  3. Senyum tak perlu kata apa-apa. :) Keep in Touch. :)

10 October 2012

Wordless Wednesday


Assalamualaikum... pagi Rabu..

 Ada apa Siti Nurhaliza dangan Nur Azila? Pecah rahsia untuk next entry..sshhhh

09 October 2012

Tips Menghafal "muka surat " Al-Quran

Assalamualaikum.. 



Zila terjumpa satu page di "laman buka". Zila nak share pengetahuan yang zila baru belajar ni. Moga-moga ilmu ni bermanfaat untuk kauorang semua.Terjumpa satu tips menghafal "muka surat" yang sangat menakjubkan.. Jom belajar formula mengira darab dan tolak tak lupa juga "bergabung".. Moga-moga ilmu ni bermanfaat untuk kauorang semua.

Contoh 1

Jika kauorang ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4,
4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
*Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika kauorang ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9,
9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika kauorang ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22,
22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442



P/S :

  • Setiap nombor 2 kena letak selepas jawapan tau. Kalau tak salah nanti.
  • Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al- Quran......Kita yang golongan dewasa pun selalu lah membaca AL-QURAN. Sehari selembar 2 muka surat itu pun cukup.
*SHARE KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT,MOGA-MOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA.