29 September 2012

Kaulah Sahabatku

Assalamualaikum..

Semua orang didunia ada sahabat kan?mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang.. Apa makna sahabat? Bagi zila,sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita.Tanpa mereka,siapalah kita kan? Sahabat adalah anugerah yang indah. mungkin seseorang boleh hidup tanpa kekasih tetapi, jarang orang boleh hidup tanpa sahabat..yg selalu menemani saat duka & lara...^^,

Mereka adalah sahabat zila. Since sekolah menengah sampailah sekarang. Sangat merindui mereka. Sweet moment with them.. Hopefully, dapat bersama hingga ke hari tua, InsyaAllah.. May Allah bless you always.

Sambil mengingati sahabat kita, sambil tu jom zila kenalkan kawan-kawan zila yang sangat rapat. Dan zila nak refresh semula kenangan bersama mereka.

Zarith ~ UniKL ipoh ,radioterapi.. Fatin ~ UPSI, Degree kaunseling.. Tini ~ Nursing.. Rahmat ~ Kolej UNITI.. Rina ~ UITM, Degree Accounting. Wana ~ UUM, Degree Bussiness Study.. Alhamdulilah. semoga mereka seorang yang success selalu.. :)

Zarith, Fatin, hi its me zila, Tini ~ Malacca Town atas beca
with a sweet girl ~fatin (bakal cikgu) "dah berpunya"
Cikgu Sawiah - addmate~ Cikgu Rita-Chemisry~
with my english &  est teacher
physic teacher~Fatin, me, Rahmat (hero malaya in class)
yang tak ada kepala tu, sbb terlampau tinggi, tak muat nk amik gambar :P

Sepatutnya ada Rina, Wana (dah jadi orang rumah). Tapi gambar Rina tak ada kt sini. :). Wana ada disini.


akhirnya saya berjaya mendapat segulung degree Sijil Tamat Sekolah

p/s : semoga kita semua mendapatkan sahabat yang baik yang boleh mengingatkan kita untuk selalu berbuat kebaikan dan menjauhi perbuatan yang tidak baik.. :)

27 September 2012

Manusia Dan Dugaan

Assalamualaikum..

Setiap manusia di bumi ini tidak kiralah lelaki atau perempuan, mereka akan diuji dengan dugaan. Setiap orang ada ujiannya mengikut tahap kemampuan kita. Dugaan itu nak mengingatkan kita semua supaya kembali kepada Allah. Ujian yang kita tempuhi itu menjadikan diri kita ni lebih kuat dan tabah mengharunginya semua cabarannya. Hipotesisnya kt sini "semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, semakin besar juga pahala yang kita perolehi. Jika dia beriman, dia kan menerimanya dengan redha. Kita perlu sabar dalam menghadapi dugaan ini. Orang yang tak pernah mendapat ujian dari Allah, rugilah mereka.

Zila sendiri pernah mengalami ujian yang sangat berat. Alhamdulilah, zila masih punya iman. Kalau tak ada iman, mungkin zila sakiti tubuh zila sendiri. Alhamdulilah zila dapat tempuhinya dengan sabar. Dengan dorongan daripada mak, ayah, dan kawan-kawan. Zila tabah mengharunginya.


Doa untuk menjadi orang yang sabar


Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti. Bersyukurlah kepada Allah. Kerana orang yang diberikah musibah atau ujian pasti akan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Kita tak perlulah protes kenapa Allah turunkan dugaan ni kepada kita. Patutnya bersabar dan bersyukur. Baca doa penerang hati, Surah Alam Nasyrah.


Memohon keampunan kepadanya


Tanda - Tanda Allah Sayang Pada Kita :
  • DIBERIKAN KESEDIHAN - Dengan keseedihan kita akan sering menyebut nama Allah. 
  • DENGAN KESAKITAN - Kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya. 
  • DIBERIKAN KESUSAHAN - Kita akan menjadi redha. 
  • DIBERIKAN KEHILANGAN - Kita meminta yang terbaik dari Allah. 
  • DIBERIKAN PENDERITAAN - Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah. 
  • DIBERIKAN KEMISKINAN - Kerana Allah mahu kita meminta kepadanya. 
  • DIBERIKAN KEHINAAN - Allah mahu kita mohon kemuliaan dari Nya. 

P/S :

  1. Jangan terlalu banyak ketawa, jangan terlalu bersuka ria kerana Allah akan jauh dari kita .. InsyaAllah.. sama-samalah kita memperbaiki diri kita. InsyaAllah.. Amin :) 
  2. Baca doa penerang hati, Surah Alam Nasyrah. Al-Fatihah, surah empat Qul, baca Al-quran, Yassin, Minum Air Yassin. Doa ni zila selalu amalkan.. InsyaAllah akan diamalkan sampai bila-bila.

25 September 2012

Aku Dan Majalah Popular

Assalamualaikum....

Zila dulu selalu juga masuk majalah tapi sejak umur dah meningkat, peluang untuk masuk majalah tu dah tak ada lagi. Mungkin dulu comel agaknya, pipi bersih tanpa ada parut jerawat pun, jerawat nak tumbuh kt muka pun takut dulu je sekarang tak. Sekarang ni je, populariti tu terjunam  ala-ala artis malaysia.. Kata orang semakin veteran, semakin tak popular. AstagfiruAllah Alazim 

Bukan Majalah mangga, wanita atau pun nur.. tapi majalah sekolah je mampu setakat ni.. ;p Kira popular lah tu kan :p  Boleh katakan zila aktif masa sekolah. Dalam Pandu puteri, zila dah sampai kebangsaan. Nak sampai antarabangsa tak mampu sebab dah pencen. Aktif Persatuan Rakan Sebaya. Zila sukan tak aktif sangat. Tapi adalah juga masauk olahraga lumba lari, lompat tinggi dulu. Tapi dah pencen. Semput nak lari jauh2, berat badan dah bermaharajalela..

Form 2 - Zila yang pengawas tu.. :p 
Form 5 ~ Kelab SPBT
Form 5 ~ Persatuan Pandu Puteri Malaysia
5 UKM--- > i really love this photo~ malay just have 4 student only in class~ 
Form 5 ~ Persatuan Rakan Sebaya~bendahari tak berdidikasi~

Form 5 ~ Persatuan Pengguna

Dalam kelas kebanyakkannya student chinease. Bila time exam berhempas pulas study. Mereka ni semua pandai2 belaka. Alahmdulilah.dapat fight mereka dalam mata pelajaran. Berlawan secara sihat tak apa kan daripada berlawan guna kaki tangan tu, bukan dapat pape pu. Badan kita yang sakit adalah. Betul tak?? sila jawab..

Masa sekolah zila belum berkaca mata tapi pakai time belajar je.. lepas habis sekolah terus pakai cermin mata kt mata ni. Sampai power mata pun naik. Pakai cermin mata kadang2 merimaskan. Nak pakai contact lens, zila tak berani pakai. Jadi kebanyakan gambar kt atas ni, zila tak pakai cermin mata. masa tu power mata elok lg lah.. nampak longkang depan mata lagi. Tapi tak nampak dari jauh.. Betullah orang kata bila pakai cermin mata, power makin naik. Tapi ada juga sebaliknya. Makan lobak pun still rabun..Bertuah orang yang pakai cermin mata, mata dia boleh sembuh. Pape pun aku bersyukur. 

BFF zila kebanyakannya masuk persatuan, kelab semua sama-sama. Kt atas tu ada BFF zila yang duduk di kerusi kt setiap gambar kt atas.. Form 2 jadi pengawas tapi lepas masuk f3 terus berhanti sbb nak fokus pada PMR acehceh.. Dengan pengorbanan tu, Alhamdulilah PMR dapt keputusan yang baik.. 4 tahun meninggalkan alam persekolahan. sangat2 merindui moment tu.