20 September 2012

Semangat nak Tidur Dalam Bilik

Assalamualaikum semua.. 

Lepas balik kampung, mak cakap "nk beli set bilik tidur tak kt bilik along ni. Kita bayar sama-sama." Zila dengan semangatnya "Nak!! Nak!". Mak kata "esok petang lepas kemas kita pergi" OK.. Esoknya dari pagi sampai ke petang kemas 1 umh, gotong-royong dengan family. Lepas siap terus start enjin  pak itam JMG. 

Cari dan survey kedai-kedai perabot yang tawarkn harga berpatutan dan boleh delivery dengan segera. Mak kata "sementara along ada kt umah ni, bolehlah kemas". Puas cari, lagi-lagi musim raya baru seminngu, kedai pun tak banyak yang buka. So pergilah mana-mana kedai yang boleh buat servis tu. Last-last dapat kt sebelah BSN yang leh delivery untuk esok. Sampai kt kedai, alasan yang mak beri kt owner kedai tu. Alasan yang sangat kukuh kenapa nak guna cepat. Alasan yang berbeza dari alasan sebelum ni.. Mak kata "hari sabtu ni nak guna untuk tukar cincin (bertunang), boleh tak hantr esoknya". Owner "Boleh-boleh". Zila dah tersipu-sipu, menahan ketawa dengan alasan tu. Hanya mampu tersenyum yang paling manis sekali..dengan muka yang merah padam.. hahaha.. (ok mak buat lawak,dalam hati ni, bila lah habis discuss ni, rasa tawa nak meletus ni). Pandai betul mak zila bohong ye.. Ada ea tipu sunat, wallahualam..

Bila dh pilih set bilik tidur, dapat yang berkenan.. Tapi Taukeh tu still buat interview lagi..  Lepas buat pembayaran semua. Minta diri. Jejk je kaki kt luar kedai, terus ketawa. Tapi mak nya buat muka macam tak ada apa-apa yang salah.. 

Keesokkannya, misi seterusnya kemas bilik, keluarkan semua barang dlm bilik tu. Kosongkan. sebab nak masuk barang baru. Sekrang bilik tu dah berwajah baru, mood pun baru lah. Orang pertama merasmikan tidur kt situ, Mak zila.. :]


Sila abaikan air botol tu. Air botol tu sentiasa ada bersama.. Kt tempat kerja, dalam kereta. Pergi mana-mana memang bawak di bersama. Atas almari tu, banyak kotak kasut pun abaikan juga. Kt situ dah macam rak kasut dah.. huhu. Untuk kasut yang sayang digunakan untuk buat basahan. Cermin Robok solek boleh tolah kiri dan kanan. 


Katil agak tidak string kan. Sebab bukan di hostel. heheeh.. Ada 3 bantal peluk. 1 untuk zila, mira dan alif. Dah lama tak gunakan sejak zila ada sakit brochitis. Skg, sakit tu dah tak ada, boleh gun semula. Bilik serba hijau + purple.. 

Sila jangan salah faham, tujuan beli set bilik tidur ni. Untuk diri tidur. Bukan ada sebarang majlis. Katil, almari dulu dah bakar sebab usianya dah hampir 22 thun. Sejak perkahwinan mak dulu. Bukan tak sayang, tapi kalau disimpn pun mmg tk leh digunakn lgi. hihihi.. zila ni ganas, smpi semu rosak.. huhuhu...  Tidur dengan nyeyak bersama katil yang empuk. Selamat Malam semua... :)

19 September 2012

Mood Raya

Assalamualaikum semua.. ni entry lama tapi baru nk post.. 

Seminggu nak syawal, mood raya zila membuak-membuak.. Dalam kepala ni dh macam-macam pikir, huaa tak sabarnya nak beli tudung raya. shopping tudung sampai 7 helai, nantikan next entry nanti k..bukan dalam kepala je..Sampai desktop pun bertukar wallpaper raya siap ada tulisan jawi dah. Macam komputer sendiri je zila ni. Tengah mood raya,. akk2, bos2 kenalah faham situasi ditempat zila ni.. nak buat kerja kena ambil mood dulu, barulah leh jalan kerja tu.. 

Look this.. dengan beraninya buat macam ni, walaupun sisa ketakutan tu ada.. ada zila ambil kisah (sambil buat muka paling cute)



Kalendar office pun dah macam-macam conteng, jadi reminder zila..Mangosteen is my favourite fruit.. Ngehh...

18 September 2012

Selamat Tinggal Syawal, Selamat Datang Zulkaedah


Assalamualaikum... 

Dah sebulan merayakan syawal, kini tiba bulan zulkaedah. Rasa sedih bila tinggalkan bulan yang penuh keberkatan ni. Inikan bulan Ramadhan yang dah lama meninggalkan kita selama sebulan.. Alhamdulilah, zila sempat menghirup udara bersih Allah S.W.T ini, sempat berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, sempat beraya selama sebulan dengan keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Macam event yang zila hadiri. Pergi beraya bersama officemate sama-sama, pergi open house dengan family.. Terima kasih yang jemput zila pergi open house,lauk pauk semua sedap, perut zila kenyang sungguh dan benda tu pun dah jadi lemak tepu kt badan.. hahha...  Semoga mereka dimurahkan rezeki.

Bulan Puasa berat badan turun sikit, lepas raya naik balik. Zila memang tak pandai nak berdiet. huhuhu..  Lepas ni kenalah rajinkan diri untuk gantikan puasa yang perlu diganti tu, sebelum menjelma ramadhan tahun depan. Pada kaum wanita,jangan lupa semua tu, ok..tak pasal2 kena bayar fidiah.. hehe..

Semoga bertambah amalan kita, Buang yang keruh ambil yang jernih. Selamt pergi syawal semog dapat bersua muka lagi tahun depan,kalau panjang umur.. InsyaAllah..