19 September 2012

Mood Raya

Assalamualaikum semua.. ni entry lama tapi baru nk post.. 

Seminggu nak syawal, mood raya zila membuak-membuak.. Dalam kepala ni dh macam-macam pikir, huaa tak sabarnya nak beli tudung raya. shopping tudung sampai 7 helai, nantikan next entry nanti k..bukan dalam kepala je..Sampai desktop pun bertukar wallpaper raya siap ada tulisan jawi dah. Macam komputer sendiri je zila ni. Tengah mood raya,. akk2, bos2 kenalah faham situasi ditempat zila ni.. nak buat kerja kena ambil mood dulu, barulah leh jalan kerja tu.. 

Look this.. dengan beraninya buat macam ni, walaupun sisa ketakutan tu ada.. ada zila ambil kisah (sambil buat muka paling cute)



Kalendar office pun dah macam-macam conteng, jadi reminder zila..Mangosteen is my favourite fruit.. Ngehh...

18 September 2012

Selamat Tinggal Syawal, Selamat Datang Zulkaedah


Assalamualaikum... 

Dah sebulan merayakan syawal, kini tiba bulan zulkaedah. Rasa sedih bila tinggalkan bulan yang penuh keberkatan ni. Inikan bulan Ramadhan yang dah lama meninggalkan kita selama sebulan.. Alhamdulilah, zila sempat menghirup udara bersih Allah S.W.T ini, sempat berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, sempat beraya selama sebulan dengan keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Macam event yang zila hadiri. Pergi beraya bersama officemate sama-sama, pergi open house dengan family.. Terima kasih yang jemput zila pergi open house,lauk pauk semua sedap, perut zila kenyang sungguh dan benda tu pun dah jadi lemak tepu kt badan.. hahha...  Semoga mereka dimurahkan rezeki.

Bulan Puasa berat badan turun sikit, lepas raya naik balik. Zila memang tak pandai nak berdiet. huhuhu..  Lepas ni kenalah rajinkan diri untuk gantikan puasa yang perlu diganti tu, sebelum menjelma ramadhan tahun depan. Pada kaum wanita,jangan lupa semua tu, ok..tak pasal2 kena bayar fidiah.. hehe..

Semoga bertambah amalan kita, Buang yang keruh ambil yang jernih. Selamt pergi syawal semog dapat bersua muka lagi tahun depan,kalau panjang umur.. InsyaAllah..


13 September 2012

Kecil ke Besar

Assalamualaikum... 

Sebelum start entry ni, mari ikut zila buat senaman muka paling ringkas iaitu senyum.Senyumlah supaya hati kawan-kawanku tenang walaupun Dalian keadaaan susah dan senang.. 
~ Smile ~
Sekarang zila dah umur 21 tahun, semakin membesar. Dulu kecik je, lepas tu besar sikit, kecik -- besa -- kecik -- besar -- kecil semula dan sekarang besar kembali. hahaa.. 

Besar Time –
 Masa practikal SEM4 memang tak boleh nak dielakkan tumbesarannya yang semakin membesar, mana tak nya practical duduk je atas kerusi siapkan design dari pagi sampai ke petang.. Terlampau relax, badan tak aktif langsung, makan pun berat-berat. So berat bdan pun naik, kalau berat badan naik je tak apa, ni dengan badan-badannya pun sekali naik.
Lagi-lagi hati senang dengan keluarga, alhamdulilah masalah pun tak ada.. Everthing is ok.. 

Kecik semula -  

Time naik sem5 semula. Hari pertama masauk semula poli. Kawan tegur zila semakin berisi. Sambil picit-picit lengan zila yang menampung beban lemak yang banyak. Bila dah tension dengan belajar badan pun kembali kecil semula. Maklumlah masa SEM 5 buat advertising tentang Minuman Master Soy yang kak lInda Onn Dutanya tu. So orangnya pun kenalah kecil juga kalau tak macam mana naj yakinkan orang untuk beli produk yang zila iklankan.. Hahaha.. Mungkin sebab tu..  Walupun hati senang tapi badan kecil jgk, sepatutnya berisi. Faktor penjagaan makanan yang tak betul, tekanan belajar, selalu tidu lewat untuk siapkan assigment. Walupun kecil sikit, berat badan susah nak dapatkan sebelum practikal dulu.

Besar semula -

Kerjaya sebagai Pereka Grafik. Lepas habis belajar terus apply kerja. Alhamdulilah rezeki dapat awal. seminggu cuti. terus dapat kerja kt kota tinggi. Jadi masa tu duduk rumah cik along. Maka dengan itu berat bdan meningkat, pipi tembam. Kawan dah tegur "zila sejak kau start kerja sini, makin lama makin berisi, dulu masa masuk kecik je. Hati senang ea". Zila xdapat nk membalas jawapannya tu. Kerja pun relax je, Pergi kerja naik kereta. Masa belajar dulu, pergi kelas jalan kaki je. kerja ni tak exercise langsung. Duduk dalam office je, buat design. Tak banyak gerak bdan pun tembam. Huahaua... T_T..

Kenapa zila tak cakap zila kurus, kenapa perlu cakap kecik. Sebab zila bukan dalam  kalangan orang kurus slim tu.. Zila sedang-sedang je. Besar pun tak, kurus pun tak. Berat badan zila idel.. 
Moral kt sini. makanlah makanan yang seimbang jangan main bedal je.. macam zila.. bedal je apa yang ada kt depan mata tu. Kesihatan itu penting untuk kita melakukan ibadah suruhan Allah.. :) Kalau korang rasa tak faham, jangan baca.. :P