30 November 2011

PUISI CINTA ZAHIRIL UNTUK SHERA

Assalamualaikum...

Zila nak kongsikan kt korang tentang pasangan pengantin baru ni,, hero pelakon juvana ni.. sweet kan pasangan ni.. tetebi zila rasa, bilalah zila nak langsungkan hari bahagia ni.. Tapi bestnya zahiril ni, buat puisi lg tau.. jom kite tgk, gambo dyowg.. wow.. sweet giler.. cair zila tgk..

Tapi sebelum tu, kita tgk gambar pra perkahwinan mereka,, shera comey dan cantiklah.. zahiril pun boleh tahan jgk.. Ada salah satu gamabr pra perkahwinan mereka dijadikan kad jemputan. Rasa nak buat cam tu je bila nak kawen,,hehe.. Gatalkn zila..:P Setiap orang ada impian masing2 kan tuk hari bahagia meraka.


Puisi cinta meraka :

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



TEPUNG PLUS SERBUK KUNYIT.. ASYIK~~

Assalamualaikum.. hai, cmne hari ni.. korang sihat x? post kali ni nk tujukan kwan2 zila dak pelanduk flat A..heehe..

Zila tiba-tiba rasa nak update blog pasal "tepung plus serbuk kunyit". Mesti korang tertanya apa benda lah.. Zila buat kuih perasa kunyit ke? Nope, ni bukan buat pasal kuih ke, kek ke or something like that.. Ni pasal zila kena mandi ngn tepung + kunyit.. Mandi? best ke mandi ngn benda tu, tuk apa pula?buat rawatan tradisional ke, nk jd awet muda ke,langsing badan yang bam ni ke solid? Semua bukan,. Oh,bukan2.. Hehe, saja je nak bg hide ke hit ea? mls nak google,huhu.. kt korang.. Jom2 baca dengan penuh minat & tekun k..:P

Dalam bulan 11 jugalah, benda ni terjadi, minggu ke dua bulan 11. Zila tak ingat tarikhnya.. Ok, malam tu zila kai bju hitam,suar hitam, tudung coklat. Time tuk mkan.. Lepas mkan, En Daus ajak lepak kt bawah sinaran lampu jalan, ok kami pun ok je lah.. Tapi miss ain & miss nuyul naik atas umh dulu ada sikit. K tinggal zila, maya, daus, pie, acap, tiqa. Tggu lama jgklah si ain n nuyul ni,. dyowg ni hantar burger atau makan burger ni. Ok, masih menunggu dan menunggu. Yang si cik maya farida & si tiqa. Ajak zila berbual, ok fine, layan kan pertanyaan dyowg. Banyak tanya pula dyowg ni =_='' sampai xterkata zila. Sebab memekirkan jawapan yang sememengnya zila tahu..huhu.. TIBA-TIBA~~

Zupp~~ terus ke pangkal jantung, terkejut..Suprise, zila dimandikan oleh miss Ain yang comey lagi bergaya.. Dengan tepung + serbuk kunyit,tanpa rela.. huhu.. pergh, memang marvellouslah.. rasa cam nak lagi je.. Memang banyk ain taburkan zila. OK, zila dah start mengganas ye kawan2,tibanya masa korang pula dimandikan oleh zila, nyum2~~. Berlari, berkejaran seperti romie & julie. hehe.. Mangsa pertama Ain, mangsa kedua pie.. Haha.. pie,y paling zila kesian sebab dia kena herat ngn zila. Masa tu zila da tak ingat pape tah, masa tu tengah geram. Amik pie, kena mandikan ngn zila pula.. Maya pula, lepas tu daus & nuyul, kena ngn zila. Apa macam sedap x? hehe.. nak tgk gambo yang kami, yang putih melepak ni,, jom scroll bawah..huhu =_=''
Lepas zila kenakan pie, pie bisik kt zila, jom kenakan dyowg pula.. Pie tambahkan lg perisa air butter jagung, mangsanya Ain.. Huhu.. Sedapkan Ain..hehe..


zila, maya. pie & nuyul. Tapi nuyul cam nmpk bersihkan..

Ok, ni zila & pie yang bermandikan ngn tepung2 dan serbuk kunyit.


Ok,zila nak sambung buat keja.. to pie jgn lupa buat keja ea. kwan2 jumpa 12/12 ni k.. Rindu kt korang.. =) Ni adalah kisah persahatan kita.

Kalau dah baca, suka.. jemput2 lah like.. so zila akan tahu bpe orang yang baca entry ni..Anda pun dipersilakan pun komen disini.. Like & komen anda sangt berharga buat zila.. Thank you sebab sudi baca, lain kali dtglah sini lg.. ok. Wk'salam..


GARIS PANDUAN MAKANAN & MINUMAN DARI JAKIM

1. Tujuan

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

2. Sumber Bahan Makanan Dan Minuman

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.

  • Haiwan

    Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;
    • pic_020








      Haiwan Darat

      Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;
      • Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
      • Babi.
      • Anjing.
      • Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
      • Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.
      • Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
      • Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
      • Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
      • Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.
      • Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.
    • pic_020








      Haiwan Air

      Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

      • Tumbuh-tumbuhan

        Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.
      • Minuman

        Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.
      • Bahan Semulajadi

        Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
      • pic_020








        Bahan Kimia

        Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
      • Bahan Tambah

        Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.

      3. Bahan Gunaan Orang Islam

      Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

      • Kosmetik

        • Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.
        • Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.
      • pic_020








        Pakaian dan Peralatan

        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan
        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.
        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan
        • Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.