25 December 2012

Own Library

Assalamualaikum..

Anda peminat novel? Anda pembeli dan pengumpul novel? Atau sekadar pinjam dari kawan-kawan? Kalau nak tahu kita mempunyai minat yang sama.. hehe..

Selama ini, zila cuma pinjam novel dari kawan-kawan je. Memang taak rasa nak memiliki novel sendiri. 

Start zila practical lah zila mula berminat nak ada koleksi sendiri. Duit elaun, zila beli novel. Kalau tak silap zila, novel pertama zila beli Harga Sebuah Cinta by Kak novelis kita Kak Hani Fazuha. Dari situ zila mula beli novel. Pernah sekali, zila beli 4 buah novel dalam satu hari, mentang-mentang ada member card jadi dapatlah murah. hehe.. Kalau dah kt kedai buku, zila akan tuju rak novel dulu. Belek-belek novel kt situ lama-lama pun tak apa. Tanda-tanda lama kt situ sebabnya dah rambang mata nak pilih yang mana satu, idaman kalbu (sambil menyanyi). 

Novel beli masa zaman practical dulu. 

Dulu masa sekolah nak baca novel pun sorok-sorok bila kt rumah. Sebab takut mak bising. Ayat yang selalu mak akan cakap macam ni. 

Mak : Baik baca buku daripada baca novel bukan dapat faedah.
Me : (diam je tapi dalam hati berkata "faedahnya dapat bina ayat-ayat sastera/lawa-lawa dalam karangan B.Melayu nanti" hehehe)

Bila dah habis sekolah :

Mak : Buat apalah beli novel, membazir je.
Me : (Diam juga, dalam hati "memang tahu ia membazir, tapi nk beli juga")


the latest collection, i have

"Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi" sebab adik zila pun dah start beli novel sendiri. Bila tengok akak dia pun ada. Jealous lah tu. hahaha. Tapi novel adik "Gaduh-Gaduh SayangSeandainyaAmir Minah Macho" novel yang sempat dia buat koleksi. Tapi tiga novel tu, zila tak sempat nak baca, maklumlah dah berkerjaya. 

Bak kata adik "Novel mu, Novelku juga. Novel ku, Novel mu juga". Maksud kau tu ada makna tu adik. haha.  Novel last zila beli Uda & Dara. Lepas  tu dah jarang beli sebab dah ada orang bagi nasihat, simpan duit tu untuk kahwin.

Setiap kali beli novel, sebelum baca zila kena ikut langkah-langkah ni :

  1. Sampul dulu dengan plastik jernih (nak jaga kualiti novel dari rosak)
  2. Kalau tak ada penanda buku, zila kena buat penanda buku sendiri (nak elak dari helaian muka surat tu terlipat) kalau bernasib baik dapatlah penanda buku free masa beli novel tu.
  3. Tulis nama, tarikh dibeli kt dalam cover novel tu (sebagai kenangan)



Nak pinjam tak?

17 December 2012

Alamak Bateri Nak Habis!

Kalau dalam perjalanan yang panjang, lupa nk bawa charger, charger kt rumah tak bawa kt tempat kerja. Adakah kauorang pasti bekalan beteri telefon bimbit kauorang mampu bertahan? Nak tahu cara-caranya meh sini baca cara terbaik untuk memanjangkan tempoh bateri telefon.

Paparan Skrin
Rendahkan "display brightness" dari 100% ke 50% ke.. Skrin yang terlalu terang akan memakan tenaga yang banyak jadi bateri akan lebih cepat habis. Tambahan pula, kalau display yang lebih rendah "brightness" akan membantu merehatkan mata kita.. Zila kalau nak jadi torchlight, zila set brightness-nya 100%. Jadilah torchlight.

Mode Standby
Kalau kita pasti tak ada orang call/ sms kita bolehlah meletakkan telefon dalam mode standby atau flight mode yang terbukti keberkesanannya untuk menjimatkan tenaga. Zila apa lagi terus set profile dalam flight mode walaupun bukan dalam flight pun.

Rangkaian Sosial
Bagi pengguna tegar laman sosial seperti Twitter dan facebook, kauorang log out dulu jika mahu menjimatkan bateri. Laman sosial yang sentiasa terpasang akan menggunakan jumlah tenaga yang banyak sebab ia akan fungsi refresh yang berterusan je.

Jauhi Muat Turun
Elakkan daripada download software, video mahupun muzik sekiranya tidak tak penting. Jumlah bateri akan cepat menurun jika data yang dipilih terlalu besar dan berat

Pengguna Telefon Pintar

Matikan fungsi-fungsi tambahan seperti GPS, location services atau automatic updates tatkala mengetahui lokasi dan arah yang dituju.

Tetapan Senyap

Pilih mode silent apabila keadaan bateri berada di tahap nazak. Bunyian seperti ringtone call.mesej dan alarm yang menggunakan lagu juga dianggap punca bateri cepat habis. Zila selalu sangat snooze-snooze.. sebab tu cepat habis.

Matikan Terus
Gunakan kaedah ini sebagai langkah terakhir sekiranya bateri berada di dalam keadaan kritikal dan perlunya kalau kita nak menghubungi seseorang nanti lepas ni. Matikan terus telefon bimbit dan hidupkan semula jika perlu sahaja..

Matikan Penghubung
Tutup semua laluan penghubungan seperti Bluetooth, Wifi , Infrared dan sebagainya sekiranya kiat tidak menggunakannya. Just hidupkannya bila nak guna sahaja. :)


Kalau kita guna telefon pintar mesti confirmnya. Jangka hayat beteri tu tak tahan lama. Kalau lama pun dalam dua hari kot, itu pun kalau tak guna buat apa-apa. Tapi kalau guna selalu dalam berapa jam, beteri dah kong habis. Bukan samsung galaxy, blackberry, sony je. Semua jenis smartphone mesti cepat low punya. Zila sedang mengalaminya sekarang. Handphone yang murah juga yang tahan lama beterinya. Percaya atau tidak?? Ni hasil kajiannya.. :D

nampak benor nipunya sampai 2068

Zila kalau beteri nak habis ni, nak dengar lagu pun jadi kedekut. Malas nak charge handphone ni. Handphone zila boleh bertahan selama 3,4 hari macam tu lah. Kalau dah tahu "king kong" tu, nanti malas nk charge semula. Biar semalaman tak ada bateri.

Zila dah tahu smartphone ni cepat low, tapi masih nak belinya juga. Smartphone sedang sedang dibooking :)

------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Pengantin Baru kak Maria Elena. Sangat cantik colour baju wedding dia. Love Turqoise colour :D
Dan zila baru tahu rupanya kak Fatin Liyana ni adik ipar kak Maria.

06 December 2012

The Guardians

Assalamualaikum..

Alhamdulilah.. rezeki yang lebih dapat dikongsikan dengan sahabat Vector saya sangat bermakna. Diberi banyak pilihan, akhirnya Rise of the Guardians menjadi pilihan hati kami.

Kedatangan zila dialu-alukan oleh Bananana. Terperanjat kejap bila salah seorang tu tiup benda tu. Dan sangat kesian bila ditumbuk oleh kawan dia.

Bermulalah kejakunan zila pasal 3D ni. Segan nak cakap, taip kt sini pun boleh kan.. sebenarnya first time ni tengok 3D, selalunya 2D je bedal. ^_^

video

Tak sabar nak tengok cerita Bananana ni, lihat kecomelan mereka.. Bila nak keluar ni?!

Zila berpeluang jumpa 5 guardian ni.

Dari kiri Jack Frost, North (Santa Claus), The Tooth Fairy, The Easter Bunny, &  cute Sandman

* Boleh tak nak bawa balik Sandman tu, boleh berbahasa isyarat dengan dia. :) Sedih sebab Sandman ni tak boleh bercakap (bisu)

Guardian zila --> Allah, Ibu Bapa zila.. :)

Vector = Ada kena mengena dengan Graphic Designer, Memang mudah kalau ada vector ni. :)

01 December 2012

Semoga Cepat Sembuh


I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you

For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed

If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you

Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday

Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday

You know you are the number one for me
Yes you are the number one for me, heaven to me.

Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine

Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do

There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

* Dedicate to my lovely mom, I hope my mom get well soon..