23 September 2012

Tahukah Anda??

Assalamualaikum..
Tahukan anda bahawa mulut anda sedang diserang bakteria? Jika pembentukan bakteria kalau tidak dirawat, mungkin boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut kita. (terfikir sejenak).

Terbaca satu sample kertas dalam kotak ubat gigi colgate total . Khusyuk membaca sambil berfikir. Kalau-kalau zila ada masalah tu. Mungkin ada tapi tak seteruknya (macam gigi aku ni elok sangat je)  Dah lama kot zila tak check gigi. Nak check sendiri tak pandai. hihi.

Masalah kesihatan mulut ni ada 5 prkara yang kita kena ambil berat.

  1. KAVITI      -   Kerosakan gigi ni boleh bermula apabila kita makan makanan yang manis atau pun     berkanji. Bakteria bertindakterhadap makanan untuk menghasilkan dan mengeluarkan asid berbahaya yang boleh mengakibatkan berlakunya kaviti pada gigi kita. 
  2. MASALAH GUSI     -  Kalau kita mengalami masalah gusi merah ke, bengkak dan lembut lepas tu berdarah bila kita berus gigi. Mungkin kita ini mengalami masalah gusi yang mungkin desebabkan oleh pembentukan bakteria juga.
  3. MASALAH GIGI SENSITIF     -  Pembentukan bakteria boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut. Bila kita minum air sejuk rasa ngilu, makan benda masin, masam ngilu jugak tu merupakan salah satu cirinya. Boleh mengakibatkan masalah gigi sensitif.
  4. KARANG GIGI        -   Pemebentukan karang gigi disebabkan pembentukan bakteria sepanjang garis gusi boleh mengeras dan mengakibatkan karang gigi. Bila karang gigi telah dibentukkan, cuma doktor gigi atau pun hygienist korang je yang boleh hapuskan. Kalau kita nak hapuskan mmg tak boleh melainkan korang sendiri dentist. huhu
  5. NAFAS BERBAU       -    Apabila makanan kekal di dalam mulut, di celah-celah gigi, pada lidah dan seluruh gusi, ia boleh membiak bakteria yang dapat menyebabkan nafas berbau. Sebab tu, lepas makan je, kita kena kumuh-kumuh mulut tu, gosok gigi tu. Tak kan korang nak biarkan benda tu terperuk je dalam mulut tu. Kadang-kadang ada makanan terselit kt gigi korang tu. Buang cepat sebelum jadi bakteria. 


Colgate total Professional Whitening

Colgate Total ada sediakan 5 produk yang diperlukan untuk mereka yang ada masalah ni.. tapi yang tak ada masalah nak pakai pun boleh juga. Antaranya Clear Mint, Professional Clean (Gel),  Professional Clean (paste), Professional  Whitening dan Professional Sensitive. Semua jenis ubat gigi ni ada warna tersendiri kt packagingnya.

Bak kata doktor-doktor gigi 33 Persatuan Pergigian seluruh dunia yang telah disyorkan "Colgate total adalah terbukti secara klinikal untuk menentang pembentukan bakteria dalam mulut anda untuk sepanjang 12 jam" kenapa tak sepanjang hidup . Ia juga membantu mengurangkan *plak sebanyak 98%, masalah gusi sebanyak 88%, pembentukan tartar sebanyak 55% dan nafas berbau sebanyak 52%.


Kalau rasa gigi anda putih salju dan bersih mana thu kot-kot korang menangkan. Belum cuba, tak tahu lagi kan.. Saya sebagai wakil doktor gigi seluruh dunia gunalah colgate total walaupun mahal sedikit berbanding ubat gigi yang lain.  Tak salahkan untuk kesihatan. Selamat menjaga kesihatan mulut.  Ceh macam bakal doktor pula.

2 comments:

Sheila Adziz said...

byk gak masalah gg kan... akak pun guna ubat gg colgate nie...

Unknown said...

susah nak jaga kan.. sy guna sbb sy ada masalh gusi ari tu. gusi sy lembut dan berdarah.. alhamdulilah skg dah ok.. :)